Saturday, March 3, 2012

My Passion, Caramel Cake

Bismillah..


Sebelum dibakar


Hasilnya. Selepas dibakar


Bahan A
-> Masukkan 2 sudu gula kedalam loyang dan hanguskan gula tu diatas api dapur.
-> Setelah selesai, letakkan loyang ni didalam loyang yang berisi air. (seperti gambar di atas. Dipanggil kaedah water bath)

Bahan B
-> 7 biji teleur KUNING
-> 100 gram gula icing
-> Sedikit esen vanila
-> I tin susu cair
-> I sudu tepung castard

* kacau dan tapis kedalam loyang yang berisi gula hangus. (Bahan A)

Bahan C
-> 3 Biji telur KUNING
-> 140 gram tepung superfine white
-> 1 cawan (65 gram) air masak suam
-> 1/2 cawan minyak masak (Minyak jagung lagi bagus)
-> Secubit baking pawder

* kacau menggunakan mixer sehingga sebati.

Bahan D
-> 10 biji telur PUTIH
-> 80 gram gula
-> 1 tutup esen vanila

* pukul sehingga kembang(soft peak) atau apabila diterbalikkannya, telur putih tu tak tertumpah.


Cara-caranya:

* Masuukan [BAHAN C] kedalam [BAHAN D]. Kaupkan dan kacau sehingga sebati(tak perlu guna mixer). Guna spatula pun okay.
* Apabila sudah sebati, bahagikan adunan kepada beberapa bekas(sekiranya nak kek warna banyak, boleh buat banyak bekas adunan). Macam saya, hanya guna 2 bekas sebab nak buat 2 warna sahaja.
* Masukkan pewarna kesukaan anda. Kacau sehingga sebati lagi.
* Sendukkan secara bergilir-gilir (sedikit demi sedikit) kedalam loyang yang berisi gula hangus(BAHAN A dan BAHAN B)

-> Panaskan oven dahulu pada suhu 170c selama 10 minit. Bakar kek selama 1 jam 10 minit menggunakan api atas dan bawah. (Bawah sahaja pun boleh)
-> Jangan buka pintu oven 40 minit atau 30 minit awal. Dikhuatiri keknya turun atau masuk angin.

No comments: