Bismillah..
Masa kecil-kecil dulu, bukanlah dikategori keluarga yang susah tapi Alhamdulillah cukup segalanya. Sekadar cukup dan tidak boleh bermewah. 'Ala kulli hal, Alhamdulillah. Kita pun diajar agar tidak hubbu dunya(mencintai dunia) secara berlebihan.
Semasa kecil, selalu tolong mak meniaga kuih ketika bulan ramadhan. Mak ambil tapak untuk berniaga. Bayangka ketika umur 9,10,11 tahun kena tolong mak meniaga. I have noticed that, budak-budak berumur lingkungan nak membesar(dewasa) adalah sangat malas untuk membantu ibu bapa. Dan saya termasuk dalam golongan itu. Bagi saya ketika tu, saya masih kecil dan zaman tu adalah zaman saya bermain. Tak perlu membantu ibu bapa.
Tapi...
Apakan daya, mak minta juga untuk membantu didapur. Dahulu, bulan ramadhan jatuh ketika cuti sekolah akhir tahun. Memang kenalah dengan sayakan. :p. Mak meminta tolong pun dengan upah. Sehari dapat Rm5. Setiap tahun naik RM5. Kira banyak juga bagi saya yang berusia masih budak sekolah rendah.
Tiap-tiap hari bulan ramadhan, kena buat kuih. Antara kuih-muih yang "dipaksa" buat ialah kuih onde-onde, kuih cara manis, agar-agar tembikai, bingka pandan dan macam-macam lagi. Huhuh. Penat sangat masa tu. Kena bangun pagi-pagi, dan petang-petang kena kemas dapur bagi bersih. I_I
Lama-lama mak surrender dari meniaga dan mak buat kuih bagi orang meniaga pula. Sebab mak dah tak larat dan alasan yang paling reasonable, malam-malam liat nak ke terawih. Takut rezeki tak berkat. Buat kuih boleh, tapi nak teraweh malas.
Meniaga ni memang menguntungkan. Bayangkan mak boleh earning lebih dari RM4k or RM5k dalam masa sebulan. Tapi penatnya toksah cakap la. Kami anak beranak selain mak jadi fobia kalau nak hampir bulan ramadhan. :) Itu kisah dulu.
Tapi yang paling best pada tahun 2008, setelah sekian lama mak tak meniaga dan buat kuih, jiran sebelah minta mak buat kuih untuk dijual dibazar ramadhan. Ketika itu, saya tunggu nak sambung degree di Shah Alam.
Mak pun ajak saya buat kuih sekali. Kami buat 5 jenis kuih sahaja. Antaranya Kuih cara manis dan cara berlauk (RM0.40 sebiji), agar-agar tembikai (RM0.50 sekeping), kek coklat(RM1.00 ) dan kuih bakar(RM3.50 sekeping). Kami mula operasi jam 8.00 pagi dan siap around 12 tengah hari siap. Kalau lewat mula operasi, lewat sikit la kami siap. Selalunya by 3.15 pm tu dah siap semua. Kiranya petang-petang dah boleh mengaji Alquran dan santai-santai. Malam pun tak penat untuk berteraweh.
Alhamdulillah. Masa tahun tu saya dan mak dapat untuk bersih RM4.8K. Bahagi dua, dapat la RM2.4K seorang. :) Lepas dari tahun 2008 sehingga sekarang, mak pun dah tak buat kuih. Dan makin tua dan saya pun dan belajar dan bekerja.
Tetapi, kesan sekarang, saya sangat minat baking kuih muih, cakes dan agak cenderung untuk belajar memasak. Mak cakap, sedikit sebanyak, pengalaman dulu ketika menolong mak meniaga sudah berjangkit dengan saya.
Sekarang ni, setiap hari ada je benda nak buat. Beli bahan mentah, dan buat eksperimen cakes. Belajar sana, belajar dengan orang sini. Macam-macam.
Apa-apa pun, bersyukur dengan pengalaman dahulu dan thanks so much Mak! :)

No comments:
Post a Comment