Thursday, April 12, 2012

Ya, Itulah Impian Saya....

Bismillah..

Membaca satu perkongsian daripada Prof. Dr. Muhaya ni membuatkan saya tersenyum dan makin kuat menyimpan azam agar menjadi ibu yang terbaik untuk bakal anak-anak (InsyaAllah.  ehem ehem.  :))  walaupuns saya tahu ramai yang akan menentang saya menjadi surirumah sepenuh masa.  Tak salahkan berangan dan menyimpan azam?  Ia tidak perlu dibayar untuk berangan.  Lagipun ini perkara baik.  Pekerjaan puteri kesayangan Rasullah S.A.W. dan juga Khadijah (yang hanya menyelia perniagaannya daripada jauh). 


"Saya berkesempatan utk bertemu dgn ibu kepada seorang ilmuwan agama (ustaz) yang tersohor pada masa kini. Melihatkan kpd kebolehan anaknya dalam menyampaikan dakwah, maka saya bertanya kepada ibunya, apakah rahsia beliau dalam mendidik si anak? Jawab si ibu, sewaktu si anak (ustaz) dilahirkan, beliau telah mengambil keputusan utk berhenti kerja bagi menumpukan sepenuh perhatian beliau utk menyusukan anaknya selama genap 2 tahun. Selain itu, pada setiap malam, apabila mereka suami isteri dikejutkan si anak utk menyusu, suami beliau akan turut sama bangun. Suaminya akan menyediakan susu kepadanya utk minum sambil beliau menyusukan anaknya itu. Suaminya tak benarkan beliau menyusu sambil baring. Sebaliknya, suaminya akan menyediakan belakang badannya utk beliau bersandar menyusukan anak sambil duduk dan memastikan keselesaan semasa menyusu. Bayangkan bagaimana emosi si isteri apabli setiap malam dilayan sebegitu oleh si suami"

SUBHANALLAH.... indahnya alam rumah tangga jika bersandarkan amanah dan kasih sayang kerana Allah. Tak mustahil jika mereka dapat melahirkan generasi yang baik akhlaknya.


Persoalannya, siapakah si anak yang dimaksudkan???  

Beliau adalah USTAZ DON DANIYAL DON BIYAJID ;)




Thursday, April 5, 2012

Ujian & Kekuatan Iman

Kredit kepada Google.com/Images
Bismillah...

Seringkali kita meminta kepadaNYA agar dikurangkan ujian yang menimpa.  Pernahkan kita meminta agar diberi kekuatan iman agar dapat melalui segala ujian dengan tabah dan sabar?  :)  

I Can't Help Myself to Stop from Baking Cake :)





Bismillah...

These cakes are requested from my two big brothers.  They want bringing the cakes to the office tomorrow.  

So, as a solehah sister (erkkk..haha..cewah), I baked  just now.  :)  

Good Night.  Wassalam  ZZZZZzzzzzz

Tuesday, April 3, 2012

My Passion, Choclate Cake

 Bismillah..

And again, I did Choclate Cake.   :)  Love baking so much!  I made this cake less than 30 minute.  Minus baked the cake.  Very easy I told you.  hehe

I ate 4 cupcakes.  huh.  Ni namanya teringin tahan gaban. Few minutes after baking, terus ngap! 

Resipe asal menggunakan 4 cawan tepung gandum.  Tapi kali ini hanya menggunakan secawan sahaja tepung gandum.  Malas buat banyak sebab nanti akan makan B.A.N.Y.A.K.  :) Semua ni dilakukan demi menjaga kesihatan badan untuk diguna lama supaya kuat beribadah kepadaNYA.  :)
 




Resepi Asal:  Kawan mak
Saya menggunakan 1/4 dari adunannya.

-> 1 cawan tepung gandum *
-> 1 cawan gula
-> 1/2 cawan serbuk koko*
-> 1/2 cawan susu cair
-> 1/2 cawan minyak masak. (Lagi bagus gula minyak zaitun atau minyak jagung)
-> 1/2 cawan air panas
-> 1/2 sudu teh baking powder *
-> 1 sudu soda *
-> 2 biji telur


 *ayak
Cara-caranya:

Masukkan semua bahan diatas kecuali air panas. Kacau (menggunakkan Mixer) sehingga sebati. Akhir sekali masukkan air panas.

160c, 40 minit