Bismillah...
Kisah
ini terlalu popular sejak akhir-akhir ni terutamanya di wall facebook kawan-kawan. Mula-mula keluar berita tentang kehilangannya. Ibu bapa mencari dia, ulang alik ke tempat dia belajar dan sebagainya. Dan akhirnya pihak penaja, Petronas mengeluarkan saman kepada penjamin sebanyak RM890,000.00. Hampir sejuta. Jumlah yang terlalu banyak bagi keluarga yang sederhana macam aku!
Hutang PTPTN yang kurang dari RM30,000.00 pun dah rasa semput, ni yang hampir sejuta. Boleh mati terkejut. Na'udzubillah.
Okay, apabila terlalu ramai kawan meng'post' berita tentang pelajar ini di wall facebook, saya dah tak tengok banyak kali. cukup sekali dua hari mula-mula dahulu saya tengok. Satu, terdetik dalam hati saya, itu berita palsu. Boleh tak macam tu? Walaupun dah tengok muka dia, saya tetap kata berita itu tidak boleh dipercayai. Entah la, saya ni mudah kesian pada orang kot. Kedua, saya kesian. Kesian dengan ibu bapanya. Bukan setakat menanggung malu, tapi hutang beratus ribu.
Ketiga, bagi saya benda aib macam ini, tidak perlu terlalu diwarwarkan. Saya pernah dengar ceramah Dr. Fadilah Kamsah memberitahu, berita-berita yang tidak mendatangkan faedah atau mengaibkan orang ni perlu dihadkan seperti kes membuang bayi. Sekali kes buang bayi di berita keluar, tiap-tiap hari berita buang bayi ada. Benda ni macam berjangkit.
Sama dengan kes ni, saya khuatir, orang melayu ISLAM yang lain akan berani buat secara terang-terangan seperti ini.
Saya hanya insan lemah, apabila terbaca berita-berita sebegini, hati jadi sayu. Kan saya kata, saya sekarang sungguh beremosi!
Berdoalah, agar Allah S.W.T sentiasa mengawasi kita, setiap gerak-geri kita dan tidak meninggalkan kita walaupun sesaat. Juga Allah sentiasa ada di dalam hati kita. InsyaAllah