Wednesday, May 16, 2012

Mualim, Mualimah




Tiada kata yang terbaik mampu diucapkan melainkan 

"Terima Kasih cikgu!"  :)  

Kecintaan saya kepada bekas guru-guru bertambah apabila saya sendiri mempunyai pengalaman menjadi guru.  

Bukan senang nak mengajar budak-budak yang masih mentah lebih-lebih lagi tentang pelajaran dan kehidupan.  Mengajar mereka akhlak bertambah susah apabila acuannya berbeza.  Ibu bapa kata lain, guru-guru kata lain.  :)  

Tidak dinafikan, guru kehidupan kita ialah kedua ibubapa yang mana, kita lahir sahaja, mereka mengajar kita pelbagai ilmu.  MasyaAllah. 

'Ala kulli hal, Semoga Allah membalas jasa-jasa guru-guruku.  


Teringat Kisah Itu...

Bismillah..

Apabila terbaca kisah "hunger strike" ataupun mogok lapar yang dibuat oleh tahanan Palestine, saya teringat kisah ustaz saya yang menjadi tahanan ISA selama 5 tahun.  Tahunnya saya lupa.  Samada tahun 2000 atau 2001.  

Perkara yang paling sayu ialah mengenai keluarga ustaz.  Isteri(ustazah) dan anak-anaknya.  Saya memang rapat dengan isteri ustaz.  Satu hari(kalau tak silap saya, tahun 2003), ustazah mengajak saya menemaninya ke Kemunting, Taiping untuk menziarahi ustaz.  Saya terus setuju!  Lagipun ustaz ada juga bertanya pasal saya dan kawan-kawan.  

Ketika tu, ustaz belum mogok lapar lagi.  Kesempatan yang ada tu, macam-macam soalan saya tanya pada ustaz. 

"Apa aktiviti ustaz?"

"Ada polis pukul-pukul tak?"

Dan macam-macam lagi soalan budak sekolah saya tanya.  :)

Ustaz cerita, semua buku di dalam perpustakaan situ dah habis baca.  hehehe..  Ustaz juga ada cerita, tahanan boleh mendapat duit sekiranya bekerja.  Maksud bekerja ni, bercucuk tanam dalam kawasan ISA.  Lepas bercucuk tanam, dan jual hasil tanaman tu.  Nanti pihak penjara bagi duit dan disimpan didalam bank.  

Oh, bayarannya sangat sedikit.  Saya lupa, tapi sekitar RM1.20 sehari kot.  Saya lupa!

Dulu, Ustaz dikatakan akan ditahan selama 3 tahun sahaja dan selepas itu akan dibebaskan.  Tapi malangnya, pihak penjara (sudah pasti atas arahan PM) menahan ustaz sehingga 5 tahun.  Mengikut ustaz, 3 tahun pertama sahaja ustaz ikut peraturan seperti menyanyikan lagu Negaraku setiap pagi.  Tetapi selepas tu, ustaz buat bodoooo je. 

Memang ada pegawai yang marah ustaz, tapi ustaz guna hujah, dulu janji 3 tahun, tapi sekarang dah lebih 3 tahun.  Jadi, ustaz hanya ikut peraturan untuk 3 tahun sahaja. Ustaz orang kental.  Isterinya lagi tabah.  :)

After few time, saya mendapat tahu ada tahanan mogok lapar termasuk ustaz.  Saya sedih.  Seingat saya ustaz mogok lapar selama 17 hari.  Ustaz kurus sangat.  Dehidrasi.  Ustazah tetap tabah.  Saya nampak ketabahan ustazah walaupun hari-hari dia menangis.  

Selepas dari "hunger strike" tu, kerajaan "kalah" dan melepaskan tahanan.  Alhamdulillah.  Sekarang ustaz berada dikampung.  Ustaz buat bisnes.  Alhamdulillah.  :)  

Kekentalan, ketabahan, kesabaran, semua itu telah dibayar oleh Allah S.W.T. 

Hari Nakbah Palestine

Bismillah.



Semalam, 15 Mei 2012

Hari Nakbah Palestine.  Sudah 64 tahun (15 Mei 1948) Palestine dikacau oleh Israel laknatullah.   Saya abadikan peta ini di dalam blog saya supaya saya tidak lupa akan pengkhianatan Israel.  

Israel sememangnya tidak mempunyai tanah atau kawasan atau lebih spesifiknya tidak mempunya negeri/negara sendiri.  Jadi, Israel mula mengacau kawasan Palestine dan berniat untuk merampas Palestine.  

Pengkhianatan ni akan berakhir sekiranya orang Palestine/kepimpinan Palestine(Hamas) bersedia untuk menyerahkan tanah kepada Israel.  Tapi mereka telah bersumpah "Demi Allah, mati pun mereka sanggup dari menyerahkan tanah ini kepada Israel laknatullah."

Orang-orang palestine begitu teguh dan istiqomah memperjuangkan negaranya. 

Doa saya, Palestine akan bebas!  InsyaAllah.  Allah maha menolong hambanya yang menolong agamanya.



  
Kisahnya semalam, saya buka FB, dan terlihat ramai-ramai orang menukar DP masing kepada warna coklat(warna baju tahanan) seperti diatas.  Lalu, saya mencari maklumat kenapa ramai orang menukar DP.  

MasyaAllah, saya tertinggal satu berita di mana tahanan Palestine yang dipenjara oleh Askar Israel telah mogok lapar lebih dari 20hari.  Paling lama yang saya baca, 135 hari!  Saya tersentak.  Lalu saya mencari lagi maklumat, apakah dengan menukar DP ini sekadar ikutan sahaja.  

Akhirnya, saya perlu mengakui, walaupun hanya menukar DP gambar ini di FB, ia tetap timbul kesedaran dalam diri kita.  Saudara kita sedang bersedih disana, kita bersuka ria disini.  Dan dari sahabat-sahabat yang  menukar DP ni la saya tahu saudara kita di Palestine sedang mogok lapar.
Palestine will be free!  InsyaAllah

Thursday, May 10, 2012

Patah Tangan

Bismillah..

Kalau patah kaki, orang akan faham yang kita tidak mempunyai kenderaan @ kenderaan di workshop untuk merayau.  heheh.  Tapi patah tangan?  Apa maksudnya. 

Baru 3 minggu pindah rumah due to home's repair @ renovation.  Jadi, di rumah sewa ni banyaklah kekurangnya.  Contohnya, kat rumah sewa ni tiada Suis@plak khas untuk oven yang sedikit besar.  Jadi kena pakai oven yang comel je.  Perasaan nak membakar kek atau kuih tu kurang sedikit.  Apatah lagi memasak.   

One more thing that I have noticed, food is used to establish the ukhwah.  :)  That's why I like to bake and share it with my family and friends.  

This idea also came when I saw and bought this book. 

Bukan sekadar resepi adalah sebuah buku yang menyelitkan kisah disebalik resepi.  Membacanya sebagai terapi.  Seronok. 

Kadang-kadang berazam juga, nak tulis resepi dan selitkan sedikit cerita, tapi.....  belum cuba belum tahu!  hehe.  Puan Roza such a good writer.  MasyaAllah.  Her husband too. Prof. Haji Muhd Kamil.