Bismillah..
Hari Jumaat lepas, saya cuba membuat kuih ni pula. So far, Alhamdulillah jadi la juga. ;p. Buat Cheese Tart ni bawa pergi ke tempat kerja. Jamu kawan-kawan. Ada kawan ditempat kerja sangat minat makan cheese tart so saya janji nak buatkan untuk dia. Alang-alang tu, jamu kawan-kawan yang lain juga. :)
![]() |
| Bluebery Cheese Tart |
Saya ambil resepi dari sini. Saya berdoa semoga orang yang berkongsi resepi ni terus dirahmati oleh Allah. :)
Bahan-bahan untuk shell:
170 gm marjerin/butter *saya guna marjerin
50 gm gula icing
1 biji telur Gred C. (kalau telur besar sangat, buang sikit telur putihnya)
290 gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanila
Cara-caranya:
1. Pukul marjerin dengan gula icing dengan menggunakan senduk atau spatula. kacau biasa-biasa saja.
2. Masukkan telur dan esen vanila. Kacau biasa-biasa juga.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli sehingga menjadi doh. (sekiranya nak doh yang cantik, simpan doh didalam plastik dan simpan didalam peti ais.)
4. Ambil sedikit doh dan tekankan doh kedalam bekas tart tu. Cucuk tengahnya menggunakkan garpu.
Bakar pada suhu 170c, 20-25 minit. Bergantung pada oven masing-masing. Oven saya 15 minit, shell nya sudah hampir bertukar warna gelap.
Resepi Filling cheese tart.
250 gm cream cheese Philapedia
50 gm gula icing
1 biji telur saiz B
1/2 sudu teh esen vanila
Cara-caranya:
1. Putar cream cheese bersama gula icing.
2. Masukkan telur dan esen vanila dan putar lagi.
3. Paipkan cream cheese kedalam shell tart.
Bakar pada suhu 170c, selama 5 minit.
Selamat Mencuba. :)




No comments:
Post a Comment