Sunday, March 25, 2012

My Passion, Cream Puff

Bismillah..

Next recipe. :p

Dua tiga hari lepas, buat cream puff ni saja suka-suka. Last-last ada orang nak tempah. Layan aja la. Seronok juga berniaga ni.

Bahan-bahanya:

170 130 gm tepung gandum
300ml air
100 gm marjerin
1/2 sudu gula
secubit garam
secubit baking powder
3 biji telur

Cara-caranya:

1. Campurkan air dan marjerin di dalam kuali (Hanin guna non stick kuali) sampai marjerin dan air tu sebati dan bagi mendidih sedikit.

2. Kecilkan api, dan masukkan tepung gandum, baking powder, garam, dan gula kedalam kuali. Hanin ayak dulu semua ni dan satukan didalam bekas.

3. Gaul sehingga tepung tu menjadi lebih kurang doh dan tidak melekat pada kuali seperti gambar di bawah ni.

4. Tutup api, dan sejukkan didalam bekas yang lain. Selepas sedikit sejuk, masukkan telur satu persatu dan mix menggunakan mixer. (Telur hendaklah dimasukkan satu persatu) .


5. Masukkan adunan ke dalam pipping bag dan paipkan keatas loyang seperti gambar dibawah.

5. Bakar pada suhu 180 c, selama lebih kurang 20- 25 minit. Bergantung pada oven masing-masing.


Ini gambar cream puff yang sudah dibakar. :)


6. Selepas kulit cream puff dah sejuk, buat cream custard pula. Apabila sudah tersedia, paipkan aja cream custard tu kedalam kulit cream puff seperti gambar dibawah.



Bahan-bahan cream custard:

1 1/2 cawan air
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan tepung custard/tepung jagung
5 sudu besar gula (nak manis boleh tambah lagi).

Cara-caranya:

1. Masukkan air dan tepung custard kedalam periuk menggunakkan api kecil.

2. Kacau sedikit dan kemudianya masukkan gula dan susu. kacau sehingga hampir pejal. Means, tak ada dah cair seperti mula-mula tu.

No comments: