Saturday, March 31, 2012

Again and Again and Again. :)

 Bismillah..

Again and again and again.  Last night, my mum asked me to make cream puff a lot to give to my neighbour.   After worked at 6:30 pm, I went to Shah Alam due to attend the program until 12 midnight.  I arrived home at 1:30 am!  So tired.  But I have promised with my mum to make cream puffs.  Thus, after Isya prayer, I continued making cream puffs began at 2 am!  Alhamudlllah I managed to finish everything at 5:30 am. My mum woke up and looked at me with smiling.  :) I'm happy! Alhamdulillah.  After that, waiting for the Subuh prayer at 6 am, then started sleeping for a while because I had another program at school at 8 am.  I woke up at 7:15 am and prepared to go school at 8 am.  

I controlled the pupils with sleepy face.  After school, went to my friend's house to teach her how to make cream puff.  :)  I happy to share the recipe with others.  :)

After that, arrived home 2:30 pm and sleep!  mengantuknya.  Woke up and went to neighbour's aqiqah.  

Right now, I'm blogging but after that,I will be going to my friend's house(another friend) to teach her how to make cream puff and caramel cake.  :)  Again, I happy to share the recipe with others. 



Recipe is here.  :)

My Passion, Bluebery Cheese Tart

Bismillah..

Hari Jumaat lepas, saya cuba membuat kuih ni pula.  So far, Alhamdulillah jadi la juga. ;p.  Buat Cheese Tart ni bawa pergi ke tempat kerja.  Jamu kawan-kawan. Ada kawan ditempat kerja sangat minat makan cheese tart so saya janji nak buatkan untuk dia.  Alang-alang tu, jamu kawan-kawan yang lain juga.  :)

Bluebery Cheese Tart


Saya ambil resepi dari sini.  Saya berdoa semoga orang yang berkongsi resepi ni terus dirahmati oleh Allah.  :) 
Bahan-bahan untuk shell:

170 gm marjerin/butter  *saya guna marjerin
50 gm gula icing
1 biji telur Gred C.  (kalau telur besar sangat, buang sikit telur putihnya)
290 gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanila

Cara-caranya:

1.  Pukul marjerin dengan gula icing dengan menggunakan senduk atau spatula.  kacau biasa-biasa saja.
2.  Masukkan telur dan esen vanila. Kacau biasa-biasa juga.
3.  Masukkan tepung sedikit demi sedikit.  Uli sehingga menjadi doh.  (sekiranya nak doh yang cantik, simpan doh didalam plastik dan simpan didalam peti ais.)
4.  Ambil sedikit doh dan tekankan doh kedalam bekas tart tu.  Cucuk tengahnya menggunakkan garpu.

Bakar pada suhu 170c, 20-25 minit.  Bergantung pada oven masing-masing.  Oven saya 15 minit, shell nya sudah hampir bertukar warna gelap.


Resepi Filling cheese tart.

250 gm cream cheese Philapedia
50 gm gula icing
1 biji telur saiz B
1/2 sudu teh esen vanila

Cara-caranya:

1.  Putar cream cheese bersama gula icing.
2.  Masukkan telur dan esen vanila dan putar lagi.
3.  Paipkan cream cheese kedalam shell tart.

Bakar pada suhu 170c, selama 5 minit.  

Selamat Mencuba.  :)

Sunday, March 25, 2012

My Passion, Cream Puff

Bismillah..

Next recipe. :p

Dua tiga hari lepas, buat cream puff ni saja suka-suka. Last-last ada orang nak tempah. Layan aja la. Seronok juga berniaga ni.

Bahan-bahanya:

170 130 gm tepung gandum
300ml air
100 gm marjerin
1/2 sudu gula
secubit garam
secubit baking powder
3 biji telur

Cara-caranya:

1. Campurkan air dan marjerin di dalam kuali (Hanin guna non stick kuali) sampai marjerin dan air tu sebati dan bagi mendidih sedikit.

2. Kecilkan api, dan masukkan tepung gandum, baking powder, garam, dan gula kedalam kuali. Hanin ayak dulu semua ni dan satukan didalam bekas.

3. Gaul sehingga tepung tu menjadi lebih kurang doh dan tidak melekat pada kuali seperti gambar di bawah ni.

4. Tutup api, dan sejukkan didalam bekas yang lain. Selepas sedikit sejuk, masukkan telur satu persatu dan mix menggunakan mixer. (Telur hendaklah dimasukkan satu persatu) .


5. Masukkan adunan ke dalam pipping bag dan paipkan keatas loyang seperti gambar dibawah.

5. Bakar pada suhu 180 c, selama lebih kurang 20- 25 minit. Bergantung pada oven masing-masing.


Ini gambar cream puff yang sudah dibakar. :)


6. Selepas kulit cream puff dah sejuk, buat cream custard pula. Apabila sudah tersedia, paipkan aja cream custard tu kedalam kulit cream puff seperti gambar dibawah.



Bahan-bahan cream custard:

1 1/2 cawan air
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan tepung custard/tepung jagung
5 sudu besar gula (nak manis boleh tambah lagi).

Cara-caranya:

1. Masukkan air dan tepung custard kedalam periuk menggunakkan api kecil.

2. Kacau sedikit dan kemudianya masukkan gula dan susu. kacau sehingga hampir pejal. Means, tak ada dah cair seperti mula-mula tu.

Putrajaya & Kuala Lumpur

Bismillah..

Taman Botani, Putrajaya.

Hidup ini memang menggembirakan. Lebih-lebih lagi dikelilingi dengan orang tersayang iaitu Keluarga dan sahabat karib. :) Gambar dengan famili pun dah makin berkurang. Bukan apa, masing-masing sibuk dengan bekerja, dan jarang keluar bersama sebab masing-masing dah besar. Dulu-dulu, selalu je pergi bercuti. :) Tak apa, tiada gambar pun famili tetap dihati.


Walaupun namanya tinggal diarea Kuala Lumpur dan Selangor, tapi nak sampai ke Putrajaya tu pun susah. hehe. As a usrah/gathering bff, last week, we went to Botanical Garden, Putrajaya to see the beautiful Allah's scenery. Do you know what, there is Marocoo Pavilion at there. Such a beautiful building and art. Nice! We walked and did some exercise. ehem ehem. haha. Oh, I went with my lovely best friends. One of them brought her son too. Her husband was so busy last week.
You see the building! Awesome. MasyaAllah. I felt like I was in Marocoo. In real, I don't know when to go there. :) InsyaAllah one day.


Kuala Lumpur

This was also last week. I went to Putrajaya on Saturday and went to Kuala Lumpur on Sunday. Actually, one of my ex-classmate(she always informs me if there is Nestle activites) invited me to go to Dataran Merdeka due to Nestle 100 years celebration. Got a lot of Nestle's product. Bliss, coco crunch, honey star. Best juga. Oh, I also checked my colestrol. Alhamdulillah, normal. 4. ++

Since I had opportunity to come here, I took some pictures there. And I noticed, Kuala Lumpur also awesome! MasyaAllah. Dari dulu lagi terinigin nak ambil gambar kat sini. :) I went with my lovely cousin.

In front of Mahkamah Sultan Abdul Samad. It is true?


You see! My background just liked the painting! This is real one tau. MasyaAllah.

Friday, March 16, 2012

kebolehan & Minat Seseorang

Bismillah..

Masa kecil-kecil dulu, bukanlah dikategori keluarga yang susah tapi Alhamdulillah cukup segalanya. Sekadar cukup dan tidak boleh bermewah. 'Ala kulli hal, Alhamdulillah. Kita pun diajar agar tidak hubbu dunya(mencintai dunia) secara berlebihan.

Semasa kecil, selalu tolong mak meniaga kuih ketika bulan ramadhan. Mak ambil tapak untuk berniaga. Bayangka ketika umur 9,10,11 tahun kena tolong mak meniaga. I have noticed that, budak-budak berumur lingkungan nak membesar(dewasa) adalah sangat malas untuk membantu ibu bapa. Dan saya termasuk dalam golongan itu. Bagi saya ketika tu, saya masih kecil dan zaman tu adalah zaman saya bermain. Tak perlu membantu ibu bapa.

Tapi...

Apakan daya, mak minta juga untuk membantu didapur. Dahulu, bulan ramadhan jatuh ketika cuti sekolah akhir tahun. Memang kenalah dengan sayakan. :p. Mak meminta tolong pun dengan upah. Sehari dapat Rm5. Setiap tahun naik RM5. Kira banyak juga bagi saya yang berusia masih budak sekolah rendah.

Tiap-tiap hari bulan ramadhan, kena buat kuih. Antara kuih-muih yang "dipaksa" buat ialah kuih onde-onde, kuih cara manis, agar-agar tembikai, bingka pandan dan macam-macam lagi. Huhuh. Penat sangat masa tu. Kena bangun pagi-pagi, dan petang-petang kena kemas dapur bagi bersih. I_I

Lama-lama mak surrender dari meniaga dan mak buat kuih bagi orang meniaga pula. Sebab mak dah tak larat dan alasan yang paling reasonable, malam-malam liat nak ke terawih. Takut rezeki tak berkat. Buat kuih boleh, tapi nak teraweh malas.

Meniaga ni memang menguntungkan. Bayangkan mak boleh earning lebih dari RM4k or RM5k dalam masa sebulan. Tapi penatnya toksah cakap la. Kami anak beranak selain mak jadi fobia kalau nak hampir bulan ramadhan. :) Itu kisah dulu.

Tapi yang paling best pada tahun 2008, setelah sekian lama mak tak meniaga dan buat kuih, jiran sebelah minta mak buat kuih untuk dijual dibazar ramadhan. Ketika itu, saya tunggu nak sambung degree di Shah Alam.

Mak pun ajak saya buat kuih sekali. Kami buat 5 jenis kuih sahaja. Antaranya Kuih cara manis dan cara berlauk (RM0.40 sebiji), agar-agar tembikai (RM0.50 sekeping), kek coklat(RM1.00 ) dan kuih bakar(RM3.50 sekeping). Kami mula operasi jam 8.00 pagi dan siap around 12 tengah hari siap. Kalau lewat mula operasi, lewat sikit la kami siap. Selalunya by 3.15 pm tu dah siap semua. Kiranya petang-petang dah boleh mengaji Alquran dan santai-santai. Malam pun tak penat untuk berteraweh.

Alhamdulillah. Masa tahun tu saya dan mak dapat untuk bersih RM4.8K. Bahagi dua, dapat la RM2.4K seorang. :) Lepas dari tahun 2008 sehingga sekarang, mak pun dah tak buat kuih. Dan makin tua dan saya pun dan belajar dan bekerja.

Tetapi, kesan sekarang, saya sangat minat baking kuih muih, cakes dan agak cenderung untuk belajar memasak. Mak cakap, sedikit sebanyak, pengalaman dulu ketika menolong mak meniaga sudah berjangkit dengan saya.

Sekarang ni, setiap hari ada je benda nak buat. Beli bahan mentah, dan buat eksperimen cakes. Belajar sana, belajar dengan orang sini. Macam-macam.

Apa-apa pun, bersyukur dengan pengalaman dahulu dan thanks so much Mak! :)

Tuesday, March 13, 2012

My Passion, Homemade Bun

Bismillah..

Again, I did homemade bun but using another recipe. This one was much better rather than the first one I had tried.

this moment, I did 3 types of bun which were paun bread, sausage bun, and cinnamon bun. I just used the basic dough to make these buns.


The basic dough:

700 gm wheat flour
2 tbls softner
4 tbls sugar
2 egss
4 tbls susu pekat
210 ml water (suam)
2 teaspoon yeast
salt (a bit)

cara-caranya:

1. Larutkan gula+susu pekat+garam didalam air suam
2. Masukkan yis kedalam bekas gula+susu, kacau sehingga berbuih
3. Gaulkan softner kedalam bekas tepung gandum
4. Masukkan telur satu-satu ke dalam bekas tepung gandum
5. Campurkan kesemuanya di dalam bekas tepung. Uli sehingga menjadi dough yang lembut dan tidak melekat dijari.
6. Biarkan sehingga lebih kurang 1 jam ++ untuk dough naik dan kembang.
7. Uli lagi sekali untuk membuang angin dalam dough.

p/s: Bulatkan dough untuk ROTI PAUN, susun didalam loyang jarak-jarak dan kecil. Sebab nanti akan kembang mekar setaman.

P/S: Untuk ROTI SOSEJ, masukkan sosej kedalam dough dan bentukkan.

p/s: Untuk ROTI CINNAMON, tebarkan dough, dan taburkan serbuk kayu manis dan gula perang. Setelah itu, gulung dan potong bulat-bulat.

bakar 170c, 20 minit- bergantung pada oven masing-masing.


Roti Paun sebelum dibakar. Terlupa mau ambil gambar selepas dibakar.

Roti Sosej sebelum dibakar. Tetap terlupa nak ambil gambar selepas dibakar.

Roti Cinnamon. Warna coklat tu serbuk kayu manis dan gula perang.

My Passion, Caramel Cake

Bismillah..

Saya juga buat kek karamel ini sebagai hantaran daripada pihak perempuan untuk majlis pertunangan kawan saya. Selalunya majlis pertunangan banyak orang bagi makanan kan? I rasa la. ;p



Nampak tak macam warna biru-biru kat bahagian caramel tu? Sebenarnya terlebih letak pewarna biru, then pewarna tu turun kat bahagian caramel. Cepat-cepat tutup kecacatan dengan buah-buahan. hehee




My Passion, Sireh Junjung

Bismillah..

A friend of mine was tying the knot (engaged) with her special one. She asked me to decorate/compose sireh junjung as one of her hantaran. Since I don't have any experiences in composing sireh junjung, I just tried my best to make it looks beautiful. ececece. I know, it would be looked awkward but who cares? ;p


1. Polisterin (ambil yang tebal) di balut dengan kertas yang agak cantik. Susun sireh keliling polisterin tu.

2. Susun sireh lagi seperti di dalam gambar diatas. Kali ni sireh dilepat sikit tepinya. Dah siap, letak kan span basah ditengah-tengahnya untuk dicucuk bunga segar.

3. Susun bunga-bunga segar di sekeliling span basah.

4. Susun span satu lagi bagi tinggi sikit dan cucuk bunga-bunga segar lagi diatas sekali. Sebelum cucuk bunga-bunga segar, susan lagi dauh sireh yang dilipat sikit secara condong sedikit. Warnah putih pada daun sireh tu ialah kapur(cadangan daripada kakak kepada yang bertunang)

5. Susun lagi bunga-bunga segar di sekiling span basah seperti gambar diatas. Actually, warna merah tak berapa digalakkan sangat untuk diguna pakai dalam compose sireh, sebab tak berapa nak berseri. It should be warna yang terang-terang seperti pink, purple, biru laut.

Dari atas nampak ler kemas. hehehe

so far, Alhamdulillah, I made it real even though without any experience. This is my first experience in making sireh junjung. I have learnt for internet before composing this sireh junjung.

Everything at the fingertips! :p


Thursday, March 8, 2012

My Passion, Macaroon

Bismillah..

Alhamdulillah, berjaya juga buat kudapan Macaroon ni. Modal nak buat benda alah ni murah aja, tapi orang jual punyalah mahal. Ada tu sampai rm2.00 seketul. Tapi........... panjang tapi tu ye, nak buat ni renyah sikit ataupun sensitif. Silap gaul, jadilah macam saya buat ni, iaitu skirtnya kembang sikit. Tapi still dikira menjadi. ;)


Oh, hanya menggunakan kamera 3.2 megapixel. Kurang terang. :)


Sebelum masuk oven.


Not too bad right for person likes me? ;p

Link

Saya hanya buat separuh dari resepi sebab takut tak menjadi. so far, Alhamdulillah jadi. Dapat 25 couples of Macaroon.

Resepi asal daripada Puteri Manja from Singapore. She so kind because willing to share how to make macaroon step by step. How patient she is. :)

(50 couples)

2 biji telur putih saiz L (80gm) *1 biji
60gm gula kastor *30gm
80gm tepung almond (blend halus baru timbang) *4ogm
100gm gula icing *50gm
sedikit esen vanila
Pewarna serbuk(apa-apa warna aja)

cara-caranya:

1) Ayak tepung almond+gula icing, then kahwinkan = ketepikan dulu

2) Masukkan gula+telur putih didalam satu bekas dan ambil satu lagi bekas yang berisi air panas. Masukkan bekas yang ada gula+telur putih tu kedalam bekas yang ada air panas(Kaedah double boiling) = Kacau biasa2 je dan masukkan esen vanila

3) Keluarkan bekas yang ada gula+telur putih+esen vanila dan pukul menggunakkan mixer(high speed) sehingga soft peak. Bila terbalikkan bekas tu, telur putih tu tak jatuh.

4) Masukkan sikit-sikit gula icing+almond powder kedalam bekas telur putih.

5)kacau secara perlahan menggunakkan spatula sahaja. Jangan ovel gaul, nanti jadi kaki kembang.

6) Bahagikan adunan dan warnakan mengikut kesukaan anda.

7) Masukkan kedalam pipping bag dan picit keatas parchment paper then tunggu sehingga ia kering which is bila disentuh tak melekat ditangan (lebih kurang 40 minit. It depends pada cuaca.


Bakar pada suhu 140c, 20 Minit. This one pun depends pada oven. Kalau oven biasa, mungkin kena tambah 25 minit kot.

Tuesday, March 6, 2012

Mac 1924

Bismillah..

Satu ketika dahulu, saya suka bertanya pada diri sendiri, kenapa PAS bersungguh-sungguh nak tadbir Kerajaan?

Saya tidak bertanya kepada orang lain, bukan bererti saya sombong atau ego, tapi mahu melatih diri sendiri supaya boleh berfikiran kritis atau "critical thinking."

Saya "admire" pada manusia yang critical thinking. Mereka orang yang bijak. Kalau perempuan, saya akan kata mereka bijak dan cantik, kalau lelaki, saya akan kata, mereka bijak dan kacak! Walau zahirnya mereka tidak cantik atau kacak. Tetapi ciptaan Allah semuanya cantik dan kacak. :) Alhamdulillah.

Okay, berbalik pada persoalan diatas, saya berfikir kenapa PAS atau PR bersungguh-sungguh mahu mentadbir kerajaan?

Jawapan saya, mahu mengembalikan sistem khalifah (dari zaman Rasullah S.A.W) yang telah lama tumbang pada zaman Turki Uthmaniyah. Mahu mentadbir secara Islam. keseluruhanya; bukan 50% dunia 50% akhirat. No!

Peranan kita sebagai orang islam?

Saya memilih untuk menjadi guru kerana mahu mendidik anak bangsa supaya mereka sentiasa mengamalkan Islam, mengamalkan sunnah Rasullah S.A.W dalam kehidupan masing-masing. Apabila Islam sudah ada dalam diri, InsyaAllah, saya yakin apa jua isi kandungan dari Al-quran akan diguna pakai secara keseluruhannya.

Dari situ, akan melahirkan insan-insan yang memperjuangkan Islam seterusnya mereka akan belajar pandai-pandai dan dapat menjadi menteri! Wallah...

Sebenarnya ia ada kaedah iaitu kaedah Sulbah. Dalam kaedah ini ada beberapa peringkat untuk mencapai sistem khalifah ini semula.

Peringkat-peringkatnya:

Peringkat pertama : Individu Islam
Peringakt kedua : Keluarga Islam
Peringkat ketiga : Masyarakat Islam
Peringkat keempat : Negara Islam
Peringkat kelima : Daulah Islamiah di bawah pemerintahan Khalifah

Inilah peringkat-peringkatnya yang bermula dengan individu Islam iaitu diri sendiri, seterusnya kita berkahwin, melahirkan zuriat, anak-anak belajar tinggi-tinggi, menjadi pemimpin, maka InsyaAllah akan lahirlah negara Islam yang berdaulat dibawah sistem pemerintahan Khalifah.

Allahuakbar!

Monday, March 5, 2012

"Sesungguhnya Kita Adalah Bersaudara"

Bismillah..


Kredit: google/image


Bantulah mereka sekurang-kurangnya dengan doa kita. InsyaAllah..

Sunday, March 4, 2012

SOLDIERS OF ALLAH-1924

Bismillah...

Let's review the history on how the Khilafah system fell down.





It's up to you and me...
Either we make history or,
We become history..

[1924]

Tahun dimana kejatuhan sistem khilafah. Bermula dari zaman Rasullah S.A.W, Abu Bakar As-Siddiq, Umar Al-khattab, Uthman Affan dan seterusnya. Sehinggalah ke zaman Kerajaan Turki Uthmaniah(1924).

Laknatullah Kamal Attartuk telah menghalau Khalifah terakhir iaitu Sultan Abdul Majid II keluar dari Istana. Laknatullah Kamal Attarturk mendapat sokongan yang kuat daripada British dan zionis. Semenjak dari itulah negera-negara Islam sentiasa dilanda perebutan tanah atau kawasan seperti Palestin.

Laknatulllah Kamal Attartuk mengistiharkan untuk menghapuskan sistem khilafah ini. Menukar azan kedalam bahasa turki, tidak membenarkan perempuan memakai tudung dan sekiranya mahu memakai tudung, mesti memakai skirt. Banyak lagi idealogi yang dibawa oleh laknatullah Atarturk ini.

Marilah kita mengenal sejarah Islam dan berfikir Kenapa ada sesetengah pihak berusaha memperjuangkan Islam. Luaskan minda kita. Bukan sekadar membaca buku sejarah sekolah menengah. And yes.


I'm not scholar to talk about this, but just share what I know even a bit.
Sharing is caring. :)

Thanks a lot to my Naqib who shared this history that I never knew before. Barakallahu feek..



ps: Thanks for Abu Mujahid for introducing this song.

Saturday, March 3, 2012

My Passion, Puding Caramel

Bismillah..

Homemad Puding Karamel


Selepas diterbalikkan

10 biji telur
1 tin susu pekat
1 tin air masak
Sedikit esen vanila
1 sudu tepung kastard

Cara-caranya:

1) Kacau sehingga sebati( Tak perlu guna mixer)
2) Hanguskan 3 sudu besar gula didalam loyang(di atas dapur).
3) Masukkan adunan yang telah sebati ke dalam loyang dan pengukus. Panaskan air dulu.

Masak lebih kurang 20 minit.

*******************************************************

Gambar diatas, tak guna loyang sebab nak letak dalam bekas kecil comel. Caranya lebih kurang sama sekiranya menggunakan loyang. Yang membezakannya, kita kena masak gula didalam periuk dan campurkan sedikit air ke dalam periuk supaya gula tu tak mengeras apabila sejuk. Lepas tu, tuang sikit-sikit kedalam bekas.



Saya memang suka buat kuih tetapi bila dah terhidang, saya makan sikit sahaja. Sebab tak suka manis! hehe. Kalau buat banyak, memang niat untuk bagi jiran.

My passion, my hobby..

My Passion, Homemade Ice Cream

Bismillah..

Homemade Ice Cream

Tak berapa nak gebu tapi boleh la..
;-)

I tin susu pekat (* Hanin letak 1/2 tin saja)
I tin air suam
I sudu makan ovalet (* Hanin letak Eno yang orang sakit perut tu)
I biji telur
Esen Vanila
Perisa dan pewarna yang disukai

Masukkan kesemua bahan ke dalam mixer atau blender, putar sehingga sebati , gebu dan sebagainya.
Simpan dalam peti ais lama-lama. Dan sedia untuk makan.

:)

My Passion, Homemade Bun

Bismillah..

Homemade bun, before baking

Homemade bun, after baking

7 cawan tepung gandum
1 3/4 susu cair
1 cawan gula (nak manis, boleh tambah lagi)
11 gram yis
3 biji telur
1/2 sudu pelembut roti
1 1/4 cawan mentega(dicairkan)
2 sudu serbuk coco
sedikit garam

cara-caranya:
1) + susu cair, te gula, yis(kaca sehingga sebati dan yis sedikit).
2) Campurkan mentega dan serbuk coco. (kacau lagi)
3) Masukkan tepung kedalam bread machine. (Hanin guna mixer je). Dan uli sehingga menjadi doh yang lembut dan auwwww.. ehehehe
4) Perap bagi naik. Lepas tu uli lagi dan bulat-bulatkan mengikut selera anda. Susan didalam loyang dan tunggu doh tu naik lagi.

170 c, 20 minit.

My Passion, Choclate Cake

Bismillah..

Choclate cake. Picture credit goes to Fatyhah.

Choclate cupcakes

-> 2 cawan tepung gandum
-> 2 cawan gula
-> 1 cawan serbuk koko
-> 1 cawan susu cair
-> 1 cawan minyak masak. (Lagi bagus gula minyak zaitun atau minyak jagung)
-> 1 cawan air panas
-> 1 sudu teh baking powder
-> 2 sudu soda
-> 3 biji telur

Cara-caranya:

Masukkan semua bahan diatas kecuali air panas. Kacau (menggunakkan Mixer) sehingga sebati. Akhir sekali masukkan air panas.

160c, 40 minit


Icing

-> 1 buku butter
-> 3 cawan gula icing
-> 2 sudu besar susu cair
-> 1 sudu esen vanila
-> 1/2 cawan shortening

cara-caranya:

* Pukul shortening+butter sambil masukkan esen vanila.
* Masukkan gula icing sedikit demi sedikit dan kacau sehingga sebati.
* Masukkan susu cair dan pukul (high speed) sehingga kembang dalam masa 8 hingga 10 minit.


Sekirannya tidak mahu menggunakkan icing, boleh juga buat topping coklat.

-> 1 Cawan serbuk koko
-> 2 sudu air panas
-> 3/4 susu pekat.

masak secara double boiling

My Passion, Caramel Cake

Bismillah..


Sebelum dibakar


Hasilnya. Selepas dibakar


Bahan A
-> Masukkan 2 sudu gula kedalam loyang dan hanguskan gula tu diatas api dapur.
-> Setelah selesai, letakkan loyang ni didalam loyang yang berisi air. (seperti gambar di atas. Dipanggil kaedah water bath)

Bahan B
-> 7 biji teleur KUNING
-> 100 gram gula icing
-> Sedikit esen vanila
-> I tin susu cair
-> I sudu tepung castard

* kacau dan tapis kedalam loyang yang berisi gula hangus. (Bahan A)

Bahan C
-> 3 Biji telur KUNING
-> 140 gram tepung superfine white
-> 1 cawan (65 gram) air masak suam
-> 1/2 cawan minyak masak (Minyak jagung lagi bagus)
-> Secubit baking pawder

* kacau menggunakan mixer sehingga sebati.

Bahan D
-> 10 biji telur PUTIH
-> 80 gram gula
-> 1 tutup esen vanila

* pukul sehingga kembang(soft peak) atau apabila diterbalikkannya, telur putih tu tak tertumpah.


Cara-caranya:

* Masuukan [BAHAN C] kedalam [BAHAN D]. Kaupkan dan kacau sehingga sebati(tak perlu guna mixer). Guna spatula pun okay.
* Apabila sudah sebati, bahagikan adunan kepada beberapa bekas(sekiranya nak kek warna banyak, boleh buat banyak bekas adunan). Macam saya, hanya guna 2 bekas sebab nak buat 2 warna sahaja.
* Masukkan pewarna kesukaan anda. Kacau sehingga sebati lagi.
* Sendukkan secara bergilir-gilir (sedikit demi sedikit) kedalam loyang yang berisi gula hangus(BAHAN A dan BAHAN B)

-> Panaskan oven dahulu pada suhu 170c selama 10 minit. Bakar kek selama 1 jam 10 minit menggunakan api atas dan bawah. (Bawah sahaja pun boleh)
-> Jangan buka pintu oven 40 minit atau 30 minit awal. Dikhuatiri keknya turun atau masuk angin.