
Thursday, April 28, 2011
Keropok Ring, Keropok Sayur...

Wednesday, April 27, 2011
Entry Ke-3 Dalam Satu Hari
Sambungan dari kisah itu...
Sambungan daripada coretan ini..
Lepas tamat waktu di kelas 4 Amanah, saya kembali ke bilik guru dengan 1001 perasaan. Macam-macam saya fikir. Aku kah yang tidak bagus dalam mendidik? sejujurnya, saya suka mengajar. Inilah cita-cita saya semenjak bertahun lamanya. Ini juga pengalaman pertama saya mengajar walaupun sebagai guru ganti untuk tiga bulan. Alhamdulillah
Saya terus melayan perasaan. Sampai saja di meja saya di bilik guru, saya membaca 1 majalah INFO mengenai bagaimana cara ibubapa adik Muhammad bin Ahmad Zahid( Naib Johan AQ musim lalu 2010) mengasuh dan membesarkan Adik Muhammad. Hati saya kembali sejuk. Dalam artikel itu ada menulis mengenai cara didikan anak-anak mengikut islam.
Saya kira, itu memang antara didikan terbaik yang dilakukan oleh ibubapanya. Antaranya, ibubapa mesti menjadi tunggak "utama" dalam pendidikan anak-anak. Tidak kira pendidikan ukhrawi mahupun duniawi. Guru di sekolah sekadar "pembantu" ibubapa dalam pendidikan. Mungkin ada yang berkata,
"Saya tak belajar tinggi, macam mana mahu mengajar anak-anak?" ataupun "kami sibuk! pagi kerja, balik malam penat."
Saya berpendapat, dalam mendidik anak-anak, tidak semestinya perlu mengajar subjek-subjek tertentu kepada anak-anak tetapi apa yang perlu ialah ibubapa wajiblah bertanya mengenai pelajaran anak-anak. Bertanya perangai anak-anak disekolah, memeriksa buku-buku serta kerja sekolah yang diberikan dan sebagainya.
Mengikut didikan ibubapa adik Muhammad, mereka telah membiasakan anak-anak mereka dengan solat berjemaah dimasjid dan mengaji Al-Quran selepas solat. Jadi, kehidupan anak-anak mereka adalah solat berjemaah di masjid dan membaca Al-Quran.
Menarik bukan??
dan dan dan dan dan yang penting sekali ialah menjaga permakanan anak-anak serta keluarga. Cari lah yang halal. Bukan setakat halal, tapi baik. Jauhkan dari makanan yang shubhah. Kadang-kadang, kat bekas makanan tu ada tulis halal, tapi cuba cek kandungannya. Berhati-hatilah terutamanya kaum perempuan (bakal ibu) dan juga ibu-ibu sekalian. Bekerja dengan elok dan bersungguh supaya anak-anak mendapat rezeki yang halal dan berkat. InsyaAllah.
p/s: Walaupun saya belum berkahwin, tetapi saya mengimpikan anak-anak yang soleh dan solehah. Saya suka membaca buku atau artikal mengenai "parenting" acuan Islam dan education. Saya bersungguh mengenai hal ini dan sentiasa berdoa semoga dimakbulkan oleh ALLAH. Mungkin kerana naluri saya seorang perempuan yang semakin dewasa. :)
Tiba-tiba...
Assalamualaikum.
27 April 2011.
Saya ke kelas 4 Amanah lagi. Kelas yang terlalu "istimewa" di hati saya. Setiap kali saya hendak masuk kelas tu, saya akan berdoa seperti ini.
"Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosaku dan anak-anak muridku. Ya, Allah, engkau turunkanlah seberapa banyak malaikat untuk membantu aku mengajar dan jadikan mereka anak yang soleh dan solehah."
Ini la doa saya. Saya akan beristiqfar, beristiqfar, dan terus beristiqfar sebelum masuk kelas itu.
Hari ini, masih ada pelajar yang suka bergaduh sesama sendiri. Geram?? Oh,sudah semestinya. Tetapi saya cuba sedaya upaya untuk memendam perasaan geram atau benci saya pada 4 Amanah kepada orang lain. Kerna, masih ada pelajar 4 Amanah yang lain yang saya sayangi dan kasihi. Malangnya, kadang-kadang saya terluah juga. Cuma jenis luahan saya tu berbunyi macam ini.
"Pelajar Kelas 4 Amanah bergaduh lagi. Macam mana saya nak buat? Saya takut la."
Pelbagai cara saya lakukan. Kurangkan marah, bercakap lembut, memberi upah, dan sebagainya. Tetapi mereka tetap suka bergaduh sesama sendiri. Ya! Saya tahu, masih ada cara lain yang lebih efektif dan berkesan iaitu, jangan tinggal solat malam atau solat tahajjud. Walaubagaimana pun, saya harus terus bersabar. Indahnya pasti ada.
Fasobrun Jamil! Wallau'alam.
