Thursday, February 25, 2010

Membuka Mata Mereka



Alhamdulillah, hari khamis lepas sudah selesai dua perbentangan tajuk. Lega sangat-sangat.

Salah satu dari perbentangan yang aku perlu bentang ialah tentang politik. Masa perbentangan selama 30 minit tapi aku dan kawan bentang sampai 1 jam. Aku memang suka bab politik @ siasah. Selepas habis sahaja perbentangan, macam-macam soalan ditanya.

Ada satu soalan dari classmate aku yang aku kira boleh memberi aku peluang untuk bercakap lebih tentang pergolakan politik di masa sekarang.

"Pada pendapat anda, adakan PAS boleh memerintah negara?" Tanya beliau ringkas dan padat.

Aku menarik lafaz panjang dan tersenyum lebar. Tiba-tiba ada salah seorang dari dalam kelas aku menyampuk. Pensyarah dibelakang tersenyum lebar.

"Wow, isu panas. Soalan sensitif." sampuk kawan aku.

"Apa-apa yang didalam kelas ni, hanya dalam kelas. Ini hanyalah perbincangan dan pendapat sebagai pengetahuan untuk kita." Sampuk pensyarah kami.

Aku rasa semangat untuk jawab dan aku memang nak jawab. hehehe

"Bagi pendapat saya, apa-apa yang berlaku dimuka bumi ini jika berlandaskan Al-quran dan Al-sunnah, I'm sure everything will run smoohtly.

Al-quran bukan membincangkan tentang orang islam atau umat islam sahaja, malah Al-quran merangkumi semua aspek kehidupan. Muassasah, siasah, hiburan dan sebagainya. Isi kandungan di dalam Al-Quran tidak akan menindas orang kafir, orang bukan islam etc.

Sekiranya hendak berhibur, mesti ada caranya.

Sebab itu zaman Rasulllah dan zaman Khalifah Ar-Rusyidin bla...bla..bla...

Begitu juga dengan hukum hudud. Hukum hudud tidak akan dikenakan kepada orang bukan islam. Kenapa perlu takut. Hukum hudud bla...bla...bla...

Dari aspek lain, bla...bla...bla..."

Mereka tersenyum puas.

"Wow, jawapannya sangat padat!" Jerit kawan kelas aku.

"Eh, tanya lagi kat dia, nanti kita boleh tahu lagi."Sampuk kawan yang lain.

Pada hari perbentangan, aku ditanya perlbagai-bagai soalan mengenai politik malaysia.

"Kenapa ada korupsi?"

"Kenapa pemimpin sekarang terlibat dengan korupsi dan kenapa pemimpin Zaman Rasullah bagus semuanya?"

"Kenapa...kenapa..kenapa...?"

Kesimpulan yang boleh aku buat, mereka sangat dahagakan jawapan yang sebenarnya. Iya, mereka ialah mahasiswa dan mahasiswi. Mereka bukan tidak mahu menerima PAS, tetapi mereka kekurangan ilmu tentang politik. Yang mereka tahu, apa yang dicanangkan oleh media massa.

Bukan niat aku untuk berbangga,tapi aku puas hati dapat memberitahu kepada mereka apa yang tersirat mengenai politik Malaysia. Aku tidak banyak ilmu, tapi aku akan cuba sampaikan dengan cara terbaik.

"Ya Allah, ampunilah aku."




Teater

Pertama kali saku tengok teater. Begitu rupanya teater. Persembahan secara live. Guna suara pun live. Bukan orang lain yang tolong bacakan atau cakapkan. Menarik.

Kali ini aku tengok teatar yang bertajuk Sirah Junjungan. Seperti yang sedia maklum dalam entry yang terdahulu, program ini dibuat sempena Minggu Maulidur Rasul.

Pelakon-pelakon teater oleh Pelajar Teknologi Kreatif Artistik. Pandai betul depa ni berlakon. Lagi satu, teater ni berjaya membuatkan aku menahan airmata. Cerita mengenai Rasullah, memang la sedih.

Nanti aku gambar-gambar.

Monday, February 22, 2010

Nasyid + Band

Pertandingan nasyid intercampus.

Aku sampai kampus petang semalam. Usha-usha, rupanya ada pertandingan nasyid intercampus. Malam 20hb Februari ada saringan yang mana 13 kumpulan masuk bertanding tapi hanya 5 kumpulan sahaja yang terpilih untuk final. Hajat dihati memang malas nak turun sebab tengok dari bilik tepi tingkat pun dah boleh nampak dan sudah pasti sound system nya yang sangat kuat.

21 Februari, Final nasyid.

Bila memikirkan kupon (untuk kelayakan kolej next semester), terus bersiap dan turun ke dataran untuk melihat pertandingan dengan lebih dekat. Aku tak menyesal turun ke dataran, sebab pertandingan nasyid itu sangat best. Aku boleh bagi 4/5 bintang kepada pihak penganjur. Grand habis la.!! Yang penting, peserta-peserta sangat berbakat. Creative sungguh depa ni.

Pertandingan nasyid ini dibuat sempena Maulidur Rasul. Kira dalam masa seminggu ni, memang banyak program keagamaan . Alhamdulillah. Semoga ia berterusan hingga akhir hayat. Antara program-program lain yang bakal dijalankan ialah persembehan teater arahan Erma Fatimah, Forum dan solat hajat dan tahlil arwah. Bagi aku agak menarik program-program yang bakal dijalankan. Lagipun, ramai sahabat-sahabat aku terlibat. Itu yang lagi aku suka.

Pihak menganjur telah menjemput salah seorang dari Kumpulan Mursyidi, Mustika or Unic (tak ingat), dah Muaz sebagai pengadil. Akhir persembahan, kumpulan Mursyidi dan solo Muaz buat persembahan. And now, I'm falling in love with Muaz's song. best..!! Lagu Stand Up. Lagu sahaja ye, bukan orangnya, bukan caranya dan bukan segalanya. Orang lain dah biasa dengar kot, cuma aku ni. Baru nak kenal. hehehe.

Sedang aku kusyuk mendengar nasyid-nasyid yang dipertandingan, aku perasan seseorang yang aku kenal. Ye, itu Nasaie!! Tegur dia, rupanya masih kenal dia dengan aku. Aku sama kampus dengan dia semasa buat diploma di Sarawak. Dia sekarang dah makin advance. Ada band sendiri. Al-Farabi Band. Lagu-lagunya agak rock. Bagi yang suka, boleh dengar dan bagi yang tidak suka, just ignore it. Apa yang penting, dia bagi cd lagu free kat aku. Balik bilik, aku dengar, memang rock habis. Masa zaman di Sarawak dulu, dia memang minat nasyid, dan sekarang cita-citanya sudah tercapai. Sekarang ni dalam proses promotion.

Aku rasa, dalam masa setahun yang lepas, aku dah 3 kali jumpa dia. Pertama kali, jumpa dia kat majlis kawin anak kawan abah. Dia jadi DJ(Islamic Music) untuk majlis itu. Kali kedua, aku jumpa dia jadi penjual kat kedai buku dan ni kali ketiga aku jumpa dia, dia dah ada band sendiri. Tahniahlah buat Saudara Nasaie.

Ini gambar cd tu:


Al Farabi Band

Itu gambarnya


Saturday, February 20, 2010

Madinah & Mekah



Post kali ini akan menggunakan ganti diri "saya." Nak cerita benda baik-baik, kena guna "saya." hehe

Ada orang request kat saya , minta ceritakan pengalaman di Madinah dan Mekah. Cerita ini dah lama sebenarnya tapi masih mekar dalam otak fikiran saya. Mana mungkin saya melupakan kenangan ke Haramain.

Seminggu sebelum saya bertolak ke Haramain, saya demam. Bukan demam biasa, tapi demam campak. Saya dah risau masa itu. Dalam hati berbisik "boleh ke aku pergi ni? ke memang bukan rezeki aku nak ke sana?" Saya berusaha untuk sihat. Dan yang penting, saya tak pergi jumpa doktor pun. Sebab takut dengar jawapan doktor. heheh. Saya makan ubat 4 jam sekali, minum air kelapa, tidur tu memang terlebih cukup, tak buat satu kerja rumah pun, dan yang paling penting, memang saya rehat secukup-cukupnya. Badan dah naik banyak bintik-bintik merah. Tak putus saya berdoa kepada-NYA. Hari pertama nak bertolak tu, masih lemah. Dehydrate sangat masa tu. Muka dan bibir mengelupas dan kering+ badan lemah. Yang saya risau, saya pergi sana tanpa kenal seorang pun, sebabpergi seorang diri tanpa family.

Cerita bermula...

1 Jun 2009/Isnin/KLIA

Kat KLIA cari travel yang saya join ni, dan saya juga mencari kawan. heheh. Saya cari yang anak dara la. Alhamdulillah, jumpa kawan baru. Syarifah Hendon Al-Jash Salleh. Ada keturunan arab Jeddah. Cantik orangnya. 2nd times went to Haramain. Kiranya dia dah ada pengalaman ke sana. Senang nak ke Masjid Nabawi dan Masjidil Haram sendiri. oh. Dia pun pergi seorang tanpa family macam aku.
Airport Jeddah dan Jeddah


1 Jun 2009/Isnin/Bahrain - Jeddah - Madinah

Saya bertolak ke Bahrain dengan menaiki Pesawat Gulf Air selama 8 jam. (Transit) Penat sangat sampai susah nak tidur sedangkan saya masih demam ketika itu. Tambah lagi, saya tak sabar nak tengok Madinah. Teruja..!! Sampai Bahrain jam 2 petang waktu sana. Lepak-lepak, tengok keadaan sekeliling and then naik pesawat menuju ke Jeddah yang mengambil masa 2 jam perjalanan. Sampai di Airport Jeddah, kena periksa pasport dan mahram. Saya pergi tumpang mahram orang. Pengurusan di Airport Jeddah sangat lambat dan lembab.!! Orang arab ni,(sesetengah je) kalau nampak anak gadis cantik-cantik, cepat la buat kerja. Kalau yang tua tu, boleh dia marah-marah. Aduss..

Selesai di kaunter, serah pasport pada mutawwif dan bus tiba. Naik bus dan menuju ke Madinah jam 10 Malam waktu sana. Sampai Madinah jam 4 pagi. Wah, terus buka mata luas-luas. Nak tengok Bandar Madinah. Saya mencari-cari mana Masjid Nabawi. Sya (Syarifah) pun tunjuk kat saya. Cantik sangat. Awesome..!!!


Bandar Madinah

2 - 4 Jun 2009/Selasa - Khamis/Madinah

Hari pertama sampai Madinah, tak sempat solat subuh di Masjid Nabawi. Solat di bilik sahaja and then jam 9 pagi berjalan menuju ke Masjid Nabawi untuk memasuki Raudhah. Wah, sekali lagi teruja. Orang ramai sangat nak masuk Raudhah.(Taman-taman syurga) hah, sebelum masuk masjid, akan ada pekerja periksa beg kita. Hp not allow to bring into mosque. Hp tiada kamera sahaja boleh bawa. Tapi pandai-pandai siapa nak bawa tu. Sorok la kat mana-mana di anggota badan anda selagi tidak disyaki. hehe.. Alhamdulillah, saya sentiasa terlepas, tapi Sya mesti tak lepas. Sebab?? Muka dia ada iras orang arab. nasiblah. Tapi kan, orang lelaki jarang kena periksa. Selalunya lepas saja bawa hp masuk masjid. Hah, Discrimination Gender!!!

Masuk Raudhah ni kena kuat. Sebab orang-orang arab akan tolak kita sesuka hati. Be carefull. Kali pertama masuk Raudhah, saya tidak terus menghampiri Makam Rasullah, tak biasa lagi. Masuk sahaja ke dalam kawasan Raudhah aku mula bicara "Assalamualaikum ya Habibullah, aku datang menziarahimu. Keluargaku dan kenalan-kenalanku menyampaikan salam buatmu." Menitis air mata ketika ini. Subhannalah. Tidak sangka diberi peluang mengziarahi Rasullah & para sahabat terutamanya Abu Bakar As-Siddiq, Uthman bin Affan dan Umur Al-Khatab. Kali kedua masuk Raudhah, aku tunggu sampai betul-betul hampir dengan Makam Rasullah. Nak masuk Raudhah ni pun ada masa-masa tertentu. Sebab Raudhah ni kat tempat muslimin solat.


Di Madinah, saya melawat tempat pembikinan al-quran dunia, ladang kurma, Masjid Quba, Masjid Qiblataini, Masjid Tujuh, Makam Saidina Hamzah, Bukit Uhud dan sebagainya. oh, lupa. saya pergi musim panas. Suhu kadang kala mencecah 40 C keatas. Ada sekali tu, 5o C keatas. Pening kepala. saya tak tahan panas. Astaqfirullah, ini baru dunia. Memang sun glasses sentiasa di mata. Nak buka mata pun susah. Tapi yang bestnya, anda tidak akan merasa busuk dengan peluh!!Sentiasa kering.

Sebelum meninggalkan Kota Madinah, Saya pergi buat salam wida' buat Rasullah. Sedih tak terkata. Menangis semahu-mahunya. Susah nak describe kat sini bagaimana perasaan ketika itu. "Ya Rasullah, jadikan ini ziarah pertama aku, bukan ziarah terakhir terakhir dariku."

Saya juga menziarahi Tanah Perkuburan Baqi' (Kubur para sahabat Rasullah dan anak-anaknya). Kubur Siti Khadijah di Mekah. Di Muala'(Tak tahu ejaan betul ke salah). Kat sana, saya dan Sya sempat pergi makan Al-Baik. Al-Baik ini sebuah restoran fast food. Macam KFC kalau kat sini. Tapi makanannya sangat murah. Harga Air Pepsi 1 Riyal. Makanannya pula, ada 4 ketul ayam, kentang goreng yang sangat banyak, dan roti berharga 11 riyal. Murah bagi saya. Makan tak habis. Saya gatal tangan beli nuget pula. Yang ni pun banyak juga. Harganya 7 Riyal. hah, kat sana tidak dikenakan tax. Sebab tu murah. Negara dah kaya. Tak perlu Tax ni. Keadaan restorannya pun best. Ada dua bahagian. Family and single. Family ni kalau datang dengan family ataupun muslimat sahaja. Yang single pula untuk muslimin sahaja. Makan pun dalam tempat yang tertutup. Privacy!!





4 Jun 2009/Jumaat/Madinah - Mekah Al-Mukarramah


Bir Ali

Jam 2 petang bertolak ke Mekah. Singgah di Miqat Bir Ali untuk niat umrah wajib. Umrah pertama. Selesai semuanya, niat dan solat sunat ihram + solat asar di sana, kami meneruskan perjalanan menuju ke Mekah. 6 Jam perjalanan. Masa ini dah dalam keadaan ihram. Nak tidur pun takut, takut tertutup muka. Lebih kurang jam 10 malam kami sampai di Mekah. Masa ini teruja nak tengok nak tengok Masjidil Haram. Tak sabar pula nak tengok Ka'bah. Dalam hati ni takut juga sebenarnya. Ye la, macam2 cerita dengar sebelum datang Mekah. Tak nampak Ka'bah la, kaki sakit lah dan sebagainya. Kali pertama melihat Ka'abah, tak mampu nak berkata apa-apa, senyum sahaja dan berdoa. Awesome again!!

Tapi Alhamdulillah, saya selamat semuanya. Selesai Solat Jamak Maghrib dan Isyak, kami teruskan melakukan umrah pertama. Dimulai dengan Tawaf, saie dan Tahallul. Perasaan?? Penat tu memang pasti, sebab kali pertama melakukan umrah, tawaf 7 keliling dengan keadaan orang ramai, saie 7 kali dengan jauhnya. Tapi tu kali pertama sahaja, Alhamdulillah, perasaan teruja tu lebih mengatasi segalanya. Bersyukur sangat dapat melihat BAITULLAH. Macam-macam doa saya sebut. Apa yang saya mahu, semua saya sebut. Nampak sahaja Ka'abah, terus angkat tangan, berdoa, baca Al-quran dan sebagainya. Buatlah apa-apa kebajikan, insyaAllah, anda akan merasa tenang di sana. Hah, lupa saya nak cerita. Kalau di Mekah atau Madinah, hari Khamis dan Jumaat memang ramai orang sebab mereka cuti hujung minggu dan datang berkampung di Masjidil Haram. Jadi, ketika saya melakukan umrah pertama tu, memang ramai orang sangat. Malam di Mekah macam siang.

Tiada satu masalah pun dalam kepala otak ni untuk difikirkan. Semuanya gembira. Family di rumah pun saya tak ingat. Itu memang saya tak tipu. Mak selalu contact saya, tapi saya kurang ingat kat Malaysia. Malah sedih kalau teringat nak pulang ke Malaysia. *Tapi bila mak pergi Mekah, saya pula sibuk2 contact mak, padahal mak pun tak ingat kat saya. hehehe.2 x 5, 5 x 2..

5 - 8 Jun 2009/Jumaat - Isnin/Mekah




Selesai melakukan umrah pertama jam 2.30 pagi. Saya dan Sya balik hotel dan rehat. jam 3.3o pagi bersiap untuk ke masjid dan solat subuh. Rutin harian kami pergi masjid, melakukan umrah, tawaf sunat, kadang-kadang tawaf kedai, dan pergi bersiar-siar disekeliling hotel. Tengok2 Mekah.
Setiap hari akan berkejar ke masjid untuk berjemaah dan solat jenazah. Bahagia sungguh ketika itu. oh, masa 5 Jun tu, saya tidak pergi solat jumaat di Masjid, sebab terlalu penat. Tapi jumaat seterusnya, saya pergi untuk mendapatkan pengalaman. Ramai sungguh orang. Melimpah ruah sampai ke luar Masjid.9 Jun 2009/Selasa/Mekah(Ziarah)


Kami pergi ziarah Jabal Rahmah (di sini bukan sahaja kita berdoa untuk mendapatkan jodoh yang soleh dan solehah, bahkan kita juga harus berdoa semoga diampunkan dosa sebagaimana Allah mengampunkan dosa Adam dan Hawa yang telah dicampak ke dunia atas kesalahan yang dilakukan), Bukit ....(Saya dah lupa nama bukit ni), kawasan arafah, mina, dan jamrah.


10 Jun 2009/Rabu/Mekah(Gua Thur@ Jabal Nur)




Alhamdulillah, saya dan 9 jemaah lagi berpeluang mendaki Gua Thur(yang pergi ni hanya yang larat sahaja untuk mendaki). Tempoh mendaki selama 45 minit dah turun 30 minit. Secara jujurnya, saya tidak larat untuk mendaki sebab saya kurang sihat ketika itu. Batuk, selesema, dan dehydrate. Tapi berbekalkan semangat untuk melihat keadaan di atas sana, dan lebih-lebih lagi tempat Rasullah bersembunyi, saya gagahkan juga untuk mendaki ke atas. Jabal Nur adalah tempat persembunyian Rasullah S.A.W bersama Abu Bakar As-Siddiq. Dalam masa yang sama, anak Abu Bakar, Asma' akan menghantar makanan kepada mereka selama persembunyiaan itu.

Saya cuba bayangkan bagaimana Asma' boleh menghantar makanan setiap hari. Betapa kuatnya Asma' mendaki jabal tu. Subhanallah. Jabal itu sangat tinggi, tapi orang-orang arab yang tua-tua terutamanya masih mampu untuk mendakinya. Terpegun tengok orang-orang arab ni. Perasaan kasih sayang mereka terhadap Rasullah sangat tinggi. Saya sempat mendaki dengan warga Iran. Orangnya gemuk, tapi semangat mendaki, Masyallah. Tapi sepanjang saya mendaki dengannya, mulutnya tak berhenti menjerit "Ya Ali, Ya Ali, Ya Ali." Orang Syiah barangkali.



11 Jun 2009/Khamis/Mekah(Al-Khansaa)



Saya juga sempat pergi ziarah rumah saudara jemaah yang datang bersama kami. di Al-khansa. Rumahnya besar, 3 tingkat, Muslimat di tingkat bawah sekali dan muslimin di tingkat kedua. Makan nasi arab. Sedap-sedap.hehe. Macam-macam tuan rumah jamu kat kami. Tuan rumah tu boleh cakap Kelantan Patani tapi yang tua-tua sahaja boleh cakap Kelantan Patani, yang muda2 tak pandai. BI dan BA sahaja mereka tahu. Tuan rumah tu kerja cikgu. Nak tahu berapa gajinya??? Gaji sebulan 15 Ribu Riyal. huhuhu. Dahsyat sungguh. Ada tu doktor pakar, gajinya 25 Ribu Riyal. Saya tak pasti di Malaysia berapa gaji doktor pakar. Samada around tu atau kurang dari tu gajinya.

13 Jun 2009/Sabtu/Mekah(Ziarah)



Kami ziarah Hudaibiyah, Ja'ranah, Ladang Unta, dan berpeluang untuk minum susu unta. Balik dari ziarah, saya dan 5 6 orang lagi pergi cari nasi beriyani kambing kat restoran yang berhampiran hotel. Malangnya, kedai banyak tutup, sebab mereka akan buka selepas Zohor.

14 Jun 2009/Ahad/ Mekah - Jeddah- Bahrain

Pada pagi 14 Jun, kami berkemas untuk bertolak ke Jeddah. Sebelum pulang, saya pergi buat Tawaf Wida'. Masa buat Tawaf Wida', perasaan kembalik sayu. Sekali lagi air mata menitis. Bukan setakat menitis, tapi menangis!!! Sedih. "Ya Allah, Jadikanlah ini ziarah pertamaku, bukan ziarah terakhirku. Murahakan rezekiku, keluargku dan kenalan-kenalanku untuk datang bertemu denganmu lagi."

Selesai melakukan Tawaf Wida', kami bertolak ke Jeddah dengan menaiki bus, and then meneruskan perjalanan dengan menaiki pesawat Gulf Air menuju ke Bahrain.
15 Jun 2009/Isnin/KLIA

Bila dah nak sampai Malaysia, tiba-tiba rasa rindu kat family. Dah tak sabar nak jumpa. heheh.


Itu sahaja pengalaman 2 minggu di Haramain. Kalau ditanya perasaan ketika didepan Ka'abah dan di Masjid Nabawi, saya susah nak describe. Kalau nak tahu selebihnya, Pergi dan merasainya sendiri. InsyaAllah, anda pasti akan merasainya sendiri.


"Semoga kita semua akan menjadi tetamu Allah yang paling istimewa. InsyaAllah"




Friday, February 19, 2010

Masih Menjadi Rahsia-NYA

Isteri solehah & Suami soleh

Bila usia semakin meningkat, ramai pasti akan bertanya "Bila nak kahwin?" Itu memang soalan bonus buat perempuan ataupun lelaki yang hampir seusia dengan aku. Kan best kalau itu soalan spot untuk ujian?hehehe.

Apa-apa pun persoalan, jawapan aku "Masih menjadi Rahsia-NYA."

Buat sahabat-sahabat yang sudah berkahwin, selamat melayari bahtera rumah tangga. Semoga kalian sentiasa di bawah rahmat Allah S.W.T. No fight2 okay.

Bagi yang belum mempunyai rezeki menimang cahaya mata "Berdua lebih baik." hehe..Tapi sementara waktu je tau. Jangan lama-lama. Nanti rugi. Rugi apa? Orang belajar Sains/Biologi pasti tahu.

Thursday, February 18, 2010

Ayat-ayat Cinta vs Ketika Cinta Bertasbih


Tiba-tiba rasa nak menulis mengenai dua cerita di atas.

Kawan kelas (non muslim), dia selalu cakap yang KCB ni primitif. Primitif ni macam kuno, orang zaman-zaman dahulu ataupun ketinggalan zaman. Itu pendapat dia. Bagi pendapat dia, AAC ni mengceritakan perihal pengorbanan seorang isteri terhadap suami, seorang wanita terhadap wanita lain, dan seorang ibu terhadap anaknya. KCB mengceritakan perihal lelaki yang memanipulasi wanita dan menjadikan agama sebagai alasan untuk menindas golongan wanita.

Apa-apa pun pendapat dia, aku tetap ucapkan tahniah kepada dia kerana menghayati sebuah filem islamic yang bagi aku memberi manfaat kepada kita semua.

Cuma aku juga memandang dari sudut kualiti pelakon. Bagi aku, AAC tidak menjaga aurat dan KCB boleh dikatakan menjaga hampir keseluruahan aurat sepanjang pembikinan filem tersebut. Mungkin bagi sesetengah orang tidak kisah tentang pelakon, yang penting isinya. Adakah tidak penting? Tepuk dada tanya iman.

Walaubagaimanapun, isi cerita tersebut, Alhamdulilah tetap manfaat, cuma bak kata Abu saif "Mas Azzam tidak mengikuti usrah ke kat Mesir mahupun di Indonesia?"

Itu kena tanya Kang Abik. heheheh

Tuesday, February 16, 2010

Aku

Walaupun aku tidak cantik,
aku tetap memilih
siapa yang bakal menjadi
suami aku.

Pandanglah Dengan Pandangan "Mata Hati"

Post kali ini akan menggunakan kata ganti diri "saya".

Tahun 2005, saya dapat keputusan SPM. Keputusan yang tidak teruk dan tidak juga cemerlang. Alhamdulillah dengan keputusan itu juga saya dapat belajar sehingga sekarang. Saya bercita-cita untuk jadi guru a.k.a pendidik. Saya memohon Maktab Perguruan tapi tiada rezeki. Hanya mampu sampai temudaga sahaja.

Tahun 2008, saya sudah memiliki segulung diploma dengan keputusan yang tidak terud dan tidak juga cemerlang tapi saya tetap berusaha untuk menjadi seorang pendidik. Saya memohon sekali lagi dalam bidang pendidikan untuk Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di Upsi, tapi masih tidak mendapat rezeki. Hanya mampu sampai ujian sahaja. Masih tidak berpeluang mendapat rezeki dalam bidang pendidikan.

Saya sangat kempunan untuk menceburi bidang pendidikan. Kenapa??? Nanti saya cerita.

Pada sahabat-sahabat yang teringin untuk menjadi guru a.k.a pendidik, anda masih mempunyai peluang ke arah itu. Saya cadangkan (bagi lepasan Ijazah) anda pergi ke PPD(Pejabat Pendidikan Daerah) atau JPN(Jabatan Pendidikan Negeri) untuk memohon secara terus bagi jawatan GSTT (Guru Sandaran Tidak Terlatih). InsyaAllah pasti ada kekosongan.

Anda juga boleh memohon KPLI.

InsyaAllah, selepas saya menghabiskan pengajian Ijazah ini, saya akan memohon lagi bidang ini. I believe if I love something, I'll try to achieve it and it will become true. InsyaAllah.

Bidang Pendidikan

Saya terlalu cintakan bidang pendidikan kerana???? Saya ingin mendidik anak-anak murid supaya menjadi orang yang berguna bukan sahaja cemerlang dalam pelajaran tetapi mempunyai akhlah yang TIPTOP. Sekiranya saya menjadi seorang guru, saya bukan sahaja mengejar masa untuk menghabiskan silibus tetapi ingin mendidik hati-hati mereka agar menjadi anak yang soleh dah solehah. Itu impian saya. Sekiranya saya berjaya mendidik hati-hati mereka patuh kepada Allah dan taat kepada ibu bapa, saya akan merasa berpuas hati. Tetapi sekiranya mereka berjaya patuh kepada Allah dan taat kepada ibu bapa serta berjaya dalam pelajaran, saya kira itu adalah satu BONUS buat saya dan mereka juga.

Sepanjang pemerhatian saya, hanya sesetengah guru sahaja yang mengajar bagi tujuaan mendidik jiwa anak-anak pelajar. Sesetengah lagi hanya mengajar untuk menghabiskan silibus dan mendapat gaji kerana apa? kerana mereka tidak kisah dengan masalah sosial yang semakin meruncing ketika ini. Maksiat di sana sini. MasyhaAllah. Tapi Alhamdulillah, setakat ini sahabat-sahabat saya sudah menjadi pendidik semuanya mengajar untuk tujuan mendidik jiwa anak-anak kecil ini. Mereka cakna tentang masalah akhlak yang semakin teruk dewasa ini.

Saya selalu bertanya kepada sahabat-sahabat yang sudah menjadi guru atau masih lagi praktikal mengajar tentang akhlak pelajar-pelajar mereka.

"Teruk budak sekarang!!"

"Alcohol is common!!"

"Zina is common!!"

"Smooking is too common!!"

"Drug is common!!" Jawab sahabat saya.

Termenung saya memikirkan hal ini. Sebab?? Saya masih tidak berkahwin dan tidak mempunyai anak-anak. Bagaimana dengan anak-anak saya akan datang? Adakah macam saya, adakan akan menjadi manusia berguna, or manusia tidak berguna? (nauzubillah). Menitis air mata saya.

Sebuah Kisah Benar

Sahabat saya bercerita lagi, pernah dia masuk satu kelas ini untuk relief yang mana kelas ni sangat bising dan kesemua pelajarnya ialah lelaki. Dengan menjerit macam kena rasuk hantu, dengan bisingnya berborak sana sini dan macam-macam lagi. Dia senyap sahaja dan perhatikan keadaan pelajar-pelajarnya. Terkedu dia sementera. Dia sengaja membiarkan keadaan begitu. Dia nak tengok sejauh mana degilnya pelajar-pelajarnya. Tiba-tiba, sedang dia memerhati keadaan kelas yang sangat serabut tu, ada seorang pelajar datang depan meja dia.

"Cikgu mengajar apa?" Tanya pelajar berkenaan

"Cikgu mengajar inggeris." Jawab sambil tersenyum

"Oh, teacher la ni. Ingatkan ustazah." Kata pelajar berkenaan

"Ha a, saya teacher. Awak asal dari mana? Mak ayah kerja apa?

"Saya dari sini je teacher. Mak kerja bla..bla... Ayah kerja Bla..Bla...Mak ayah saya dah bercerai. Saya sekarang tinggal dengan mak" Jawab pelajar tu lagi.

Sahabat saya pakai tudung labuh tetapi mengambil TESL. Hebat kan? I really proud with her. Sahabat saya cerita, pelajar ni sangat baik Memang pendiam.

Tiba-tiba sedang dia berborak dengan pelajar berkenaan, seorang demi seorang datang ke meja depan untuk participate juga. Pelajar-pelajar yang lain seolah-olah cemburu dengan kemesraan sahabat saya dengan pelajar berkenaan. Kelas yang tadi sangat bising terus diam. Semua berkumpul di depan mejanya. Sahabat saya tanya seorang demi seorang tentang ibu dan ayah mereka. Sedang berborak....

"Teacher, dia ni kan teacher dah biasa minum arak." Tempik seorang dari mereka sambil menunjuk jari ke kawannya.

"Ala, ko yang ajar aku kan." Jawab kawannya pula

"Teacher, tengok ni, muka stim je. Tengah high la tu." Tempik yang lain sambil menunjuk kawannya yang tengah stim (Nak buka mata pun tak dapat).

"Teacher, dia ni kan pernah rosakkan anak dara orang. Kalau teacher tak percaya tanya dia." Tempik yang lain sambil menunjuk kepada kawannya.

"Betul ke awak dah rosakkan anak orang?" Tanya sahabat saya

"Betul teacher . Mak ayah dia tak kisah saya keluar masuk rumahnya. Saya pun amik la peluang." Jawab pelajar itu.

Terkedu sahabat saya dengan cerita-cerita pelajar-pelajar kelas itu. Mereka tanya macam-macam. Tentang dosa pahala. Sahabat saya bagi nasihat kepada pelajar-pelajarnya. Semua senyap tidak terkata.

Sahabat saya cerita, kebanyakkan dari mereka ialah dari family broken's background. Kurangnya kasih sayang dan tiada didikan agama.

Dari cerita sahabat saya itu membuatkan perasaan saya untuk menjadi guru semakin membuak-buak. More you give, more you get. Just remember it.

TERCAPAI ATAU TIDAK CITA-CITA SAYA, ITU TERSERAH KEPADA ALLAH. MASIH MENJADI RAHSIA-NYA. I LEAVE EVERTHING TO ALLAH. ALLAHUAKBAR..!!

Kenapa saya tidak mahu menjadi pensyarah? Bukankah itu lebih bergaya?

Melentur Buluh Biar dari Rebung. Saya tidak berminat dengan pelajar-pelajar universiti. Saya tahu perangai masing-masing kerana saya juga pelajar universiti dan mempunyai ramai kawan di sini.

Kenapa tidak menjadi executive sahaja? Lebih relax dan bekerja di dalam aircond?

Itu terpulang kepada Allah. Saya berusaha, Allah yang menentukannya dan yang penting, saya mesti menghabiskan as soon as possible dengan keputusan yang cemerlang, TIPTOP dan diberkati oleh-NYA. Amin. At least grad with 2nd Class Upper. InsyaAllah

Kesimpulan

Pelbagai cara untuk mendidik pelajar-pelajar berkenaan. Ia bergantung kepada kemahiran masing-masing. Mungkin dengan rotan, mungkin juga dengan marah, tengking atau dengan cara berhikmah atau dengan perbuatan kita. Terpulang dengan diri masing-masing . Explore yourself..!!

"Pandanglah Dengan Pandangan Mata Hati"

Saturday, February 6, 2010

Sebenarnya Cinta Itu Apa Sih?


Embak Ayatul Husna Menjawab:

"Cinta adalah kekuatan,
yang mampu mengubah duri menjadi mawar,
mengubah cuka jadi anggur,
mengubah malang menjadi untung,
mengubah sedih jadi riang,
mengubah syaitan menjadi nabi,
mengubah iblis menjadi malaikat,
mengubah sakit menjadi sihat,
mengubah bakhil menjadi dermawan,
mengubah kandang menjadi taman,
mengubah penjara menjadi istana,
mengubah amarah menjadi ramah,
mengubah musibah menjadi............

sekalipun cinta telah kuuraikan,
dan kujelaskan panjang lebar,
namun juga cinta kelihatan,
aku jadi malu pada keteranganku sendiri,
meskipun lidahku telah mampu menguraikan,
namun tanpa lidah cinta ternyata lebih senang,
sementara pena begitu saja saling menuliskan,
kata-kata pecah berkeping-keping begitu sampai kepada cinta,
dalam menguraikan cinta,
akal terbaring tak berdaya,
bagaikan keldai berbaring dalam rumput,
cinta sendirilah yang menerangkan cinta dan perspektifnya."


~ketika Cinta Bertasbih~