Thursday, March 8, 2012

My Passion, Macaroon

Bismillah..

Alhamdulillah, berjaya juga buat kudapan Macaroon ni. Modal nak buat benda alah ni murah aja, tapi orang jual punyalah mahal. Ada tu sampai rm2.00 seketul. Tapi........... panjang tapi tu ye, nak buat ni renyah sikit ataupun sensitif. Silap gaul, jadilah macam saya buat ni, iaitu skirtnya kembang sikit. Tapi still dikira menjadi. ;)


Oh, hanya menggunakan kamera 3.2 megapixel. Kurang terang. :)


Sebelum masuk oven.


Not too bad right for person likes me? ;p

Link

Saya hanya buat separuh dari resepi sebab takut tak menjadi. so far, Alhamdulillah jadi. Dapat 25 couples of Macaroon.

Resepi asal daripada Puteri Manja from Singapore. She so kind because willing to share how to make macaroon step by step. How patient she is. :)

(50 couples)

2 biji telur putih saiz L (80gm) *1 biji
60gm gula kastor *30gm
80gm tepung almond (blend halus baru timbang) *4ogm
100gm gula icing *50gm
sedikit esen vanila
Pewarna serbuk(apa-apa warna aja)

cara-caranya:

1) Ayak tepung almond+gula icing, then kahwinkan = ketepikan dulu

2) Masukkan gula+telur putih didalam satu bekas dan ambil satu lagi bekas yang berisi air panas. Masukkan bekas yang ada gula+telur putih tu kedalam bekas yang ada air panas(Kaedah double boiling) = Kacau biasa2 je dan masukkan esen vanila

3) Keluarkan bekas yang ada gula+telur putih+esen vanila dan pukul menggunakkan mixer(high speed) sehingga soft peak. Bila terbalikkan bekas tu, telur putih tu tak jatuh.

4) Masukkan sikit-sikit gula icing+almond powder kedalam bekas telur putih.

5)kacau secara perlahan menggunakkan spatula sahaja. Jangan ovel gaul, nanti jadi kaki kembang.

6) Bahagikan adunan dan warnakan mengikut kesukaan anda.

7) Masukkan kedalam pipping bag dan picit keatas parchment paper then tunggu sehingga ia kering which is bila disentuh tak melekat ditangan (lebih kurang 40 minit. It depends pada cuaca.


Bakar pada suhu 140c, 20 Minit. This one pun depends pada oven. Kalau oven biasa, mungkin kena tambah 25 minit kot.

No comments: