Friday, June 3, 2011

Masih Ramai yang Tidak Tahu atau Saja Buat-buat Tidak Tahu?

Saya bukan kaki meniru ketika di zaman sekolah mahupun di zaman universiti. Sekiranya saya rajin, dapatlah markah tinggi. Sekiranya malas?? Ah, biasa la..Markah rendahlah jawabnya. Saya juga bukan yang jenis bawa "toyol" ketika exam mahupun test dan quiz.

Bukan untuk menyatakan saya "suci." Tidak! Cuma mahu jujur pada diri. Pernah dulu terpikir apa akan terjadi pada duit gaji saya sekirannya saya berjaya dengan hasil meniru? Pernah terpikir tetapi tidak mencari jawapan. haha. Itu namanya pemalas.

Pernah juga, apabila ada adik-beradik meminta bantuan menyiapkan assignments, saya bantu (kesian) tetapi dengan syarat iaitu abang atau adik mesti ada sebelah saya. Maksudnya, saya tolong buat, tetapi idea mesti ada daripada abang atau adik saya. Bukan serah 100% kepada saya.

Tetapi, selapas ini, saya tak nak tolong lagi sekiranya ada. Sekiranya kesian sangat-sangat pun, saya akan bantu sedikit sahaja. Sekadar memberi idea 1% atau 2%. InsyaAllah.

Apabila ada saudara mara meminta tolong saya membuat assignment, saya hanya mampu mengatakan tidak dalam keadaan berat dan akhirnya saya hanya mampu memberi artikal untuk mereka membaca mengapa saya tidak mahu menolong lagi. Kadang-kadang sukar untuk menyatakan TIDAK.


http://www.zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/3/518-penipuan--kerjaya-universiti-a-sekolah.html

Berulang kali saya membaca artikal ini. Sekarang saya seorang guru ganti dan menanda kertas exam. Jadi, saya juga harus berhati-hati!

Wednesday, June 1, 2011

Signifikan

Dalam hidup saya, tiap-tiap hari saya akan cari dan tanya pada diri, apakah signifikan sesuatu benda terhadap saya.

Saya selalu membaca blog Kehidupan Ringkas tapi singnifikan. Membaca blog seorang professor membuatkan saya berfikir tentang kehidupan seharian. Saya membaca blog beliau bukanlah kerana beliau seorang professor, tetapi beliau seorang yang luar biasa. Dari jahil menjadi alim.

Beliau menulis sesuatu yang ringkas tetapi signifikan.

Chipsmore..

Last update on 14th May and today is 1st June. So, how long I've been silent? More than 2 weeks. Good. =)

Last week, ada sambutan hari guru peringkat sekolah. Alhamdulillah, saya berpeluang merasainya. Dan yang paling tidak disangka-sangkakan, dapat banyak hadiah. =) Secara jujurnya, saya tidak mengharapkan hadiah. Saya guru ganti (guru baru) sahaja, dan seingat saya, setiap kali kelas, pasti ada saja yang kenal pukul. Saya gemar memukul pelajar sekiranya mereka membuat silap. Sebagai pengajaran buat mereka. Pelajar-pelajar, sucinya hati mereka. Tiada dendam. Ya Allah, Jadikanlah mereka anak yang soleh dan solehah.

Saya bersyukur, sekolah saya bukan di kawasan tengah bandar yang mana selalunya mempunyai ibubapa yang sangat cerewat. Mungkin ada, cuma golongan minoriti sahaja. Saya bersyukur. Selalunya selepas saya pukul, saya akan kata "balik nanti bagitahu ibu. Kata pada ibu, cikgu pukul." Dan selalunya pelajar saya akan menjawab "taknak bagitahu ibu, nanti ibu marah saya semula." Alhamdulillah, masih ramai ibubapa yang tidak menyalahkan guru 100%.