Bila masuk tahun baru, bermakna semua orang yang masih belajar akan kembali ke tempat belajar masing-masing. Termasuk aku. Kelas bermula pada 4hb Jan 2010. Seperti biasa awal-awal sem begini mana ada sangat pensyarah nak masuk kelas. Masing-masing masih sibuk dengan course registration, time table and so on.
Semalam ada lah seorang pensyarah masuk kelas. Ingat kan kejap sahaja syarahan nya, rupanya 2 jam juga la. Boring??aku mengaku agak boring. Awal-awal sem ni agak malas sedikit. Apa orang kata "enjin tak panas lagi". hehehe. Ketika dalam kelas semalam, lecturer minta setiap pelajar "introduce yourself". Wah, first class dah kena public speaking. Otak beku lagi. Tak sempat nak run sepenuhnya. hehehehe. Kalau setakat about myself, okay lah kot tapi kena beritahu my expectation in this semester and future. We need to talk much and much and much. Alhamdulillah, selesai semuanya.
Aku bukan nak cerita pasal sem baru ni. Tapi aku nak bagi satu analogi tentang "menuntut ilmu".
Ini analoginya...
:::Seorang budak lepasan SPM yang terus bekerja atau berniaga bersungguh-sungguh tanpa menyambung pelajaran dan Selepas 5 atau 10 tahun bekerja, dia memperolehi gaji 4k atau 5k ataupun gajinya melebihi gaji seorang prof tanpa ada hutang.
:::Seorang budak SPM yang menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi seperti matrikulasi, diploma, sarjana muda, sarjana, dan PHD. Apabila habis belajar, graduan tersebut terpaksa menanggung hutang pinjaman ketika belajar yang kadang-kadang melebihi 5 angka.[ala-ala gaji seorang prof]. Bagi yang pakai biasiswa atau PAMA, beruntung lah tapi bagi yang tidak dapat sebarang biasiswa terpaksa memohon PTPTPU untuk meneruskan pengajian.
::::::::YANG MANA PILIHAN ANDA????:::::::::
Apabila keadaan ini berlaku, ada yang berkata "baik budak lepas SPM, terus kerja, lama-lama gaji besar juga. Tiada hutang lagi.
Mungkin akan ada yang berkata "buat apa belajar tinggi-tinggi?"
Bagi yang menyambung pelajaran, mereka mungkin akan terbeban dengan hutang masing-masing dan kadang-kadang nak dapat pekerjaan pun susah.
Okey, itu rezeki dia. Rezeki masing-masing. Allah dah tetapkan begitu dan kita sebagai hamba kena berusaha untuk jadi lebih baik dalam kehidupan masing-masing.
Sabda Nabi bermaksud:“setiap muslim diwajibkan menuntut ilmu”(hadis)
“sesungguhnya malaikat merendahkan sayapnya kepada penuntut ilmu kerana meredhai apa yang dilakukan olehnya”(hadis)
“sesiapa yang menginginkan dunia(kebahagian dunia),maka hendaklah ia berilmu dan siapa yang menginginkan akhirat (kebahagian akhirat) maka hendaklah ia belajar dan berilmu,Dan siapa yang mengkehendaki kedua-duanya,maka ia pun harus berilmu”(hadis)
Mas’ab bin Zubir berkata:
“Belajarlah,kerana dengan belajar itu,kamu akan menjadi elok bila kamu tidak mempunyai rupa yang elok dan kamu akan punya kekayaan.Ilmu itu adalah hiasan bagi orang yang tidak mempunyai perhiasan dan harta bagi yang tidak mempunyai harta”(hadis)
Tapi sahabat-sahabat, percayalah bagi yang terus bekerja selepas habis SPM, dia ada dugaannya setimpal dengan kemampuannya dan bagi yang menyambung pelajaran, tetap ada dugaannya setimpal dengan kemampuannya.