Monday, November 30, 2009

Pengalaman @ ???????

Heboh mengenai BTN.

Tiba-tiba teringat pengalaman menyertai program BTN selepas terbaca entry sahabat saya. Saya terpaksa menyertai program BTN sebanyak 2 kali di zaman pengajian. Program yang pertama selama 5 hari 4 malam, dan yang ke-2 selama satu hari sahaja. Sebenarnya banyak juga input yang saya dapat tika program BTN sehari terutamanya mengenai:
  • C4[tahu ke tidak apa kebendanya C4 ni??],
  • PPSMI[siapa tak tahu, memang tipis harapan nak dapat kerja government],
  • ISA[sentiasa hangat diperkatakan],
  • Masyarakt Majmuk[Kumpulan saya dapat tajuk ni(tak menarikkan??), tajuk ini lebih kurang 1 Malaysia] dan
  • macam-macam lagi.
  • Tapi, perkara menyakitkan hati juga banyak.
Bagi program BTN yang 5 hari 4 malam, banyak yang best dan banyak juga yang tidak best. Yang bestnya:
  • Solat berjemaah[Ada ustaz]
  • Makan free+banyak+sedap[Tajaan Government]
  • Aktiviti-aktiviti yang sangat menarik dan mencabar
  • Tidur dalam khemah[satu khemah 2 org].
Yang tidak best:
  • Ada perkara yang menyakitkan hati[boleh merosakkan minda pelajar],
  • Isi ceramah yang tidak berkualiti[ini pendapat saya]
  • Ikhtilat[Perkara biasa bagi "mereka"].
  • Membuatkan saya mengantuk dan mahu tidur...!!
Ada satu malam antara 4 malam tu kami dibawa ke tepi pantai. Setiap peserta akan dipanggil oleh FC. Dalam samar-samar cahaya bulan, ada peserta yang kena marah, ada yang bergelak ketawa dan ada yang kena tinggal berasingan selepas disoal. Mana tak cuak peserta lain. Cuak juga la kan termasuk saya. Bila giliran saya dipanggil, saya disoal beberapa soalan. Seingat saya, saya ditanya sebanyak 5 soalan[berkaitan Malaysia], dan kesemua soalan saya dapat jawab dengan tenang Alhamdulillah. Selepas saya disoal, saya ditempatkan di suatu tempat yang mana hanya ada 12 orang peserta sahaja. Tika tu, semua peserta seramai 70+ orang[kalau tak silap]. Tapi 12 orang diasingkan. Cuak saya tidak habis lagi. Rupa-rupanya seramai 12 orang sahaja yang mampu jawab kesemua soalan-soalan yang ditanya. Agak terkejut juga sebab soalan-soalan yang ditanya tu bukannya susah pun. Antaranya:
  • Siapa nama Agung kita?,
  • Berapa rukun negara?,
  • Nyanyikan lagu negaraku?,
  • Agung sekarang, Agung yang ke berapa?,
  • Siapa nama PM kita?,
  • Sebutkan nama-nama PM yang lepas?,
  • Nama-nama MB negeri-negeri?,
  • Berkaitan sejarah Malaysia dan
  • macam-macam lagi.
Susah ke soalan-soalannya?Anda mampu menjawabnya..hihihi. Akhirnya yang 12 orang selamat dari didenda dan yang selebihnya kena denda masuk kolam yang sangat sejuk jam 3 pagi!!. Dan dapat juga ceramah free dari FC sebab tak arif pasal negara sendiri. hahaha.
So, rajin-rajin la membaca buku, bahan bacaan dan surat khabar[jangan percaya bulat2, selidik dulu] terutamanya mengenai isu semasa.

Bak kata sahabat saya BTN best[betul ke]hihihi tapi bila kena tang best, best la...!!!

Thursday, November 26, 2009

Eid Adha Said

Salam AidilAdha Maaf Zahir Batin

Semoga kita lebih menghayati pergorbanan Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Ismail A.S di atas ketaatan Beliau dalam melaksanakan suruhan Allah S.W.T
Ucapan tahniah buat para jemaah haji yang telah dipilih untuk menjadi tetamu Allah S.W.T. Semoga mendapat haji Mabrullah terutamanya buat mak, abah dan nenek di sana. Rindu sangat kat dorang..!!.Semoga pulang dengan selamat. InsyaAllah

Sebenarnya kita sangat digalakkan untuk mengorbankan binatang ternakan dengan mengambil bahagian[kebiasaanya di Malaysia Lembu] bagi yang mampu. Antara hikmah disyariatkan penyembilahan ialah
  • Untuk menghidupkan erti pengorbanan besar yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail,
  • Sebagai tanda pengabdian diri dan tunduk patuh kepada Allah S.W.T dan
  • Untuk menambahkan rasa kasih sayang dan ikatan persaudaraan sesama islam terutama yang kurang mampu ataupun miskin dengan menyedekahkan daging korban kepada meraka.

Sabda Rasullah S.A.W bermaksud "Nabi SAW telah berkorban dengan menyembelih dua ekor kibays yang berwrna putih dan bertanduk. Baginda sendiri yang menyembelih kedua-duanya dan Baginda telah menyebut nama Allah, bertakbir sambil meletakkan kakinya di ataaas tengkok kibas tersebut"

Waallahualam

Apabila usia semakin meningkat

Saya sebenarnya agak terkejut dengan beberapa lagi majlis perkahwinan teman-teman baik. Bukan apa, pertamanya sedih sebab meraka akan meninggalkan zaman anak dara or ayat best sikit "zaman remaja".hehehe.. Jangan marah kepada sesiapa yang akan meninggalkan zaman ini. Saya??insyaAllah masih kekal di zaman remaja. (",) hmm.. Kita masih berkongsi masalah ke teman-teman?
Back to topic...
Biasalah, bila usia meningkat, perkara-perkara macam ini pasti berlaku. Bermula dari kecil sebesar tapak tangan, meningkat ke zaman kanak-kanak, zaman persekolahan, zaman remaja dan sekarang zaman perkahwinan. Sebelum ini, masing-masing di bawah jagaan ibubapa, tapi selepas ni, di bawah tanggungjawab masing-masing la kan.
Bagi yang lelaki, tanggungjawab masih tetap ada kepada ibubapanya. Jangan buat-buat lupa tau..!!
Kepada bakal-bakal yang mempunyai family in law, jagalah hati meraka sebagaimana kita menjaga hati keluarga kita masing-masing. Cuba berlapang dada sekiranya perkara-perkara yang tidak diingini berlaku. Mereka tetap keluarga kita.
hmm..ramai ni teman-teman saya bakal berkahwin. Apa-apa pun, mabruk-mabruk..!!! Saya happy.
Teringat kata-kata sahabat saya apabila dia melihat saya menangis mengenangkan teman-teman saya bakal mengakhiri zaman bujang:

"Bint, doakan kebahagian meraka, lagi lama dorang tak berkahwin, lagi banyak dosa yang dorang tanggung"

ayat ni simple, tapi berjaya buat saya berhenti menangis. Tahniah kalian..!!! I'll write next post about my BFF's wedding. Wait..(",)