Sunday, August 30, 2009

Syurga, Neraka

IndahnyaHidupBersyarat.
Saya tertarik dengan satu cerita mengenai Kehidupan bersyarat. Ikuti ceritanya:
Kalau Allah baik, kenapa mesti ada neraka??

Ini
kisah benar..kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek
pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang
melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa
tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan
dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis
berkenaan menutup aurat.

Aku tak pasti berapa jumlah denda yang
dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka
akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati
masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalam
setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para
pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan
nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak
mampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam
satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang
gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya
Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka
dia pun kena denda la...setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai
PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, "..lepas ni diharap saudari insaf
dan dapat mematuhi peraturan..peratura n ni bukan semata-mata peraturan
majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah.
Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas
dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya,
takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah.
Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam
neraka..."

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri,
tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat
neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha
Penyayang?" Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar
nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai
tudung..

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau
dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel,
ustaz tu pun jawab:
"Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi
ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi,
atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti
masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi
pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak
ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?"

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia
terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan:
"perkara
macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik,
orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi
orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua
orang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh
dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di
syurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak..takde siapa yang
terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam ni yang kita
nak? Awak rasa, adil ke?"; tanya ustaz.

"Ah..mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.." rungut
si gadis.

Ustaz tersenyum dan menyoal lagi:
"Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"

Gadis tu terdiam.

Ustaz mengakhiri kata-katanya:
"Adik,
saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha
Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk
menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan
juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji
kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka
bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya
dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat
bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita
jugak. Assalamu'alaikum. "

End of my story. :-)

Fikir-fikirkanlah. Allah sangat adil kepada hambanya.

sumber dari: isis165.com


Sambungan

Hati yang busuk

Pisang yang busuk


Salam
Sambungan cerita dari last post:

Begini cerita nya:

Maryam, guru kelas tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg palstik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari, Jadi jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci.
Keesokan harinya, setiap murid membwa beg palstic berisi pisang masing2, Ada yang membawa tiga biji, ada juga membawa lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.
"Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Ini lah permintaannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya."beritahu cikgu Maryam. Kanak2 tersebut menyimpan pisang masing2 di dalam beg.
Hari demi hari berlalu, pisang tesebut mula berbintik2 dan akhirnya menjadi busuk. Kanak2 itu mula merungut dan marah, Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.
Seminggu berlalu, pagi2 lagi murid2 Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.
"Okay semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama semingu?" tanya cikgu Maryam. Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek, dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain, dan menonton TV dengan bau busuk.
"Itulah yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada org lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan memcemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayanbkan apa jadi kalau jamu simpan kebencian sepangjang hidup kamu" beritahu Cikgu Maryam.
Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebib baik daripada membenci. Moralnya, jangan letak pisang dalam beg. Jangan simpan kebencian, dendam kesumat dan apa-apa yang mazmumah dalam hati. Macam pisang yang makin membusuk, begitu juga dengan hati.


p/s: Jangan ada benci antara kita




Wednesday, August 26, 2009

Perihal Terawih

Gambar hiasan

Ramadhan ke-lima
Alhamdulillah, ramadhan kali ini saya berada di Puncak Alam. Few years ago, i was at kelantan and Sarawak. so, apabila saya dapat berpuasa di area KL or Selangor, saya gembira dan bersyukur sebab saya dapat pulang ke rumah selalu.hehehehe.
1st ramadhan saya berada dirumah, means terawih pertama saya di surau At-Taqwa. Imam nya seperti biasa ialah abah saya, kawan2 abah @ yang dilantik untuk menjadi Imam untuk solat terawih. Bacaan mereka pun saya selalu dengar.
Terawih di Puncak Alam; imam nya ialah imam UiTM. Tetapi saya amat kagum dengan bacaannya; syahdu mendengarnya. Bacaan mereka sangat best!serius. Selalu membuatkan saya rindu pada Masjidharam dan Masjidilnabawi. Ya allah, rindu nya!!.
Dan bermula 3 Ramadhan, moreh diberi kepada sesiapa yang datang solat terawih. Sebenarnya, kita di galakkan memberi makan kepada org yang berpuasa means beri before time berbuka, tapi sudah menjadi kebiasaan masyrakat sekarang bagi makanan time lepas terawih, tapi it's okay, mungkin ini cara untuk menarik minat students untuk datang bersolat terawih. InsyaAllah. Apa2 pun saya puji la student UiTM Puncak Alam yang rajin datang bersolat terawih. Agak ramai actually.Good!! Credit to students Uitm Puncak Alam..
Pada terawih ke-4, kami diberi satu artikal tentang bicara Ramadhan. Saya tertarik isi dalam nya. Sebenarnya saya ingin cerita tentang hal ini.heheh..cerita nya berkaitan "Pisang dan Hati"
sambung next post~~





Wednesday, August 12, 2009

Ahlan Wasahlan ya Ramadhan

"wahai orang-orang yang beriman!
diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana
diwajibkan atas orang sebelum kamu
agar kamu bertakwa"
(Al-baqarah:183)


Saya sangat teruju menyambut kedatangan Ramadhan, Terawih. Apa yang saya perhatikan, setiap kali hampir kedatangan Ramadhan, cuaca kadang-kadang hujan, mendung, dan redup. Saya suka dengan cuaca begini. Terasa tenang menyambut kedatang Ramadhan Mubarak.
Semoga sahabat2 mendapat puasa yang diberkati oleh Allah.Amin

Rukun islam 5 perkara:
1-Menyucap dua kalimah syahadah
2-solat lima waktu sehari semalam
3-Puasa di bulan Ramadhan
4-Membayar zakat
5-Menunaikan haji bagi yang berkemampuan



Monday, August 10, 2009

Selamat Pengantin Baru Hafizah & Adli

Gambar kenang-kenangan bersama Suami isteri muda ini

Close up!

Be mak andam for a while.hehehe


First of all, congratulation on your big day both of you Fie & Adli. Tiada kata yang mampu diucapkan oleh pengantin @ suami isteri muda ini melainkan dengan senyuman manis.
I attended their wedding on 08th August 2009 at Ballroom Crystal Crown Hotel, Pelabuhan Klang. I'm happy with their wedding.
Seperti biasa, apabila attend walimah sahabat2, soalan yang akan ditanya oleh sahabat2 yang lain tak lain tak bukan ialah "bila nak jadi macam pengantin?"
sebenarynya saya tidak mampu untuk menjawab soalan sedemikian because i dont have any answer, but i have idea. I just can tell them "InshaAllah, murah rezeki, panjang umor, ada jodoh, ada la akad nya". "Is it the best answer"?hehehe...i think, this is the best answer untuk menjawab soalan begitu.
That all!hehehe..
Tidak mampu untuk berbicara lebih tentang perkahwinan. Sampai masa, saya pasti berkahwin dan mempunyai seorang suami yang soleh, keluarga yang bahagia, anak-anak yang soleh-solehan serta comel, sempuran akal fikiran dan fizikal.Amin.
Target my wedding?owh...tak dapat nak target. I leave to ALLAH. HE has answer. I'll wait HIS answer because he's my PENJAMIN dunia dan akhirat.
Last but not least,
Fie, semoga menjadi isteri solehah hingga ke hisyurga
Adli, semoga menjadi suami soleh hingga ke syurga.