Wednesday, May 17, 2017

Selamat Hari Ibu & Selamat Hari Guru

14 Mei 2017

Ibu, 
berpenat lelah, tetap diurus kehidupan keluarganya,
Mengeluh sakit, tetap mengambil berat akan keluarganya,
Mengadu sedih, tetap utuh bersama keluarganya,
Bermasam muka, tetap ditegur anak-anaknya,

Aduhai anak, 
Kenapa masih tidak menjadi setia seperti ibumu?
Kenapa masih meninggi suara seperti dia musuhmya?
Kenapa masih bermasam muka seperti dia orang bawahanmu?

Duhai anak, 
Jadilah seperti Fatimah yang sentiasa berlemah lembut dengan orang tuanya Siti Khadijah dan Muhammad S.A.W,
Jadilah seperti Asma Abu Bakar yang sentiasa merasa tanggungjawab untuk berkhidmat kepada orang tuanya. 

Selamat Hari Ibu, 
Engkau penyeri dalam hidupku,
Jika ditanya ketika ini tentang dirimu, 
Jawapanku, Ku mohon pada Tuhan agar dirimu dipanjangkan umur,
sesungguhnya masih tidak sanggup merasai sebuah kehilangan.  


nh
17052017
Ampang, Selangor

Saturday, April 29, 2017

Hadiah Dari Turki

Catatan 29/04/2017
99/365 hari

HADIAH DARI TURKI


Saya tekad untuk menulis pengalaman hari ini. Sesuatu yang berharga bagi saya. Salah satu perca kehidupan antara beribu perca.  

Bangun pagi seperti biasa.  

Jam 8 pagi masih di atas katil.  Masih berkira-kira mahu ke Majlis Pelancaran Buku Amirul Budak Sudan(Puan Roza) dan Disebalik Tembok Yahudi: Ada Damai Di Aqsa(Prof Kamil) oleh penulis yang saya kagumi di UniKL pada jam 9 pagi. Akhirnya gagahkan(paksa) diri untuk bangkit dan terus ke bilik air.  Jam sudah menunjukkan jam 8.08 minit pagi.  Selesai bab membuat keputusan samada mahu ke sana atau tidak. 

Dalam kepala ligat befikir samada mahu ke sana dengan LRT atau memandu sendiri atau meminta abang hantar dengan motor. Saya tak mahu lewat walaupun saya tahu majlis tidak akan bermula tepat jam 9 pagi. Saya terus cek peta Google.  Kereta: 20 minit sahaja, LRT: 1 jam 30 minit. Motor? Pastilah lebih cepat. Akhirnya saya ketuk pintu abang minta bantuan untuk hantar ke UniKL Jalan Sultan Ismail.  Alhamdulillah abang bersetuju untuk hantar walaupun dia sedang tidur. Adik diva, abang mesti tunaikan permintaan adik. 😉  Jam sudah menunjukkan jam 8.31 pagi.  Dalam hati masih berkata, "Aku tak boleh lewat". Selesai bab membuat keputusan pemilihan kenderaan. 

Sepantas  mana kita membuat keputusan, Allah jua yang sentiasa memberi kita ilham. MasyaAllah. 

Jam sudah menunjukkan 8.45 pagi. Abang maklum pada saya yang dia akan berhenti stesen minyak dahulu. Dalam hati dah terdetik, "mesti sampai lewat". Tapi dah ada orang nak hantar pun dah bersyukur sangat. Kami lalu MRR2, terus ke Jalan Ampang, masuk lebuhraya Akleh dan terus sampai ke Jalan Sultan Ismail. Kereta masih malu-malu di lebuhraya. Lengang. 

Sepanjang di lebuhraya Akleh, saya memberanikan diri mengangkat muka untuk melihat bangunan-bangunan tinggi Kuala Lumpur. KLCC, Menara KL, Bangunan PNB bersebelahan Bangunan Tabung Haji, Seterusnya Bangunan Tokio Marine Life Insurances, terus nampak Hotel Double Tree, Bangunan Safuan, Davinci, Dan banyak lagi. Cantik semuanya. Awan kebiruan, udara masih nyaman dan cuasa masih sejuk. Terasa seperti berada di luar negara. Barangkali masih tidak sesak dengan trafik. Sekali sekala, memang patut buat begini. Menghargai pemandangan Kuala Lumpur. Saya tersenyum sendiri sepanjang perjalanan. 

Alhamdulillah, akhirnya saya nampak UniKL.  Jam sudah menunjukkan 9.10 minit pagi. Lewat 10 minit. Saya bersyukur, antara jam 8 pagi sehingga 9.10, saya sudah buat pelbagai keputusan dengan Izin ilham dari Allah. 

Saya terus bergegas ke dalam Bangunan UniKL, ada pengiring untuk ke tempat pelancaran buku di Tingkat 2. Saya tersenyum sepanjang jalan sebab pengiring ada di setiap sudut. Semuanya ramah tamah. Akhirnya saya dapat duduk di dalam dewan tersebut. Alhamdulillah. Saya tersenyum sendirian. Gembira kerana sudah lama tidak keluar bersendirian di luar, menunggung motor,  melihat bangunan-bangunan tinggi Kuala Lumpur serta menghadiri majlis-majlis sebegini. 

Saya mencari tempat duduk di bahagian depan(baris ke tiga) dan hujung. Barisan depan sekali untuk tetamu khas dan Media. Di sebelah saya tiada orang. Selang 2 tempat duduk ada seorang makcik.  

Majlis bermula tepat jam 9.50 pagi. Ketibaan VVIP dan majlis diteruskan dengan bacaan doa serta tazkirah ringkas oleh Prof Kamil selama 15 minit. Tajuk tazkirah beliau adalah "DIA lebih mengetahui". Saya menangis sepanjang tazkirah beliau. Saat saya mencoret ini juga, saya sebak.  Saya tahu ramai yang menangis juga. Beliau menceritakan ketika Puan Roza berumur 11 tahun, Puan Roza bercita-cita untuk ke luar negara selepas menonton dokumentari di TV.  Satu hari ketika di dalam kelas, guru Puan Roza bertanya cita-cita masing-masing. Puan Roza angkat tangan dan memaklumkan mahu keluar negara. Guru Puan Roza memberitahu yang beliau harus belajar pandai-pandai sekiranya mahu ke luar negara. Puan Roza terus kecewa kerana beliau merasakan diri tidak pandai dalam pelajaran. Lalu beliau berdoa dan terdetik di dalam hati agar bertemu jodoh dengan orang pandai agar dapat bawa beliau ke luar negara. Beliau ketika itu baru berusia 11 tahun. Bayangkan budak berusia 11 tahun sudah mempunyai cita-cita tinggi. Beliau hanya sedar Allah telah memakbulkan permintaan beliau 10 tahun yang lalu. 

Prof Kamil memang seorang yang sangat pandai. Belajar sekolah rendah hanya 5 tahun. Pelajar ekspres, dan mendapat tawaran ke MRSM Pengkalan Chepa, Kelantan. 130/140 rakan setingkatan mendapat tawaran ke luar negara di bawah tajaan MARA. Tawaran ini adalah tidak TERMASUK Prof Kamil! Prof bercita-cita mahu menjadi Perdana Menteri, dan pilihan kos adalah Undang-undang dan Sains Politik. Prof terus menghubungi pihak MARA dan mereka memaklumkan hanya 15% yang terbaik sahaja layak ke UK bagi kos tersebut. Prof sangat sedih kerana beliau tidak termasuk dalam kalangan 15% tersebut. Dan lebih menyedihkan prof tidak mendapat mana-mana tawaran biasiswa. 4 tahun ayah prof tidak bercakap dengan prof kerana kecewa! Akhirnya prof ke ITM dan menyambung bidang Diploma Perakaunan. 

DIA lebih mengetahui.  

Prof berjumpa dengan Puan Roza, berkahwin dan 3 tahun kemudian Prof melanjutkan pelajar ke luar negara untuk menyambung pelajaran Sarjana dan kemudianya PHD. 

DIA lebih mengetahui. 

Doa Puan Roza agar bertemu orang pandai agar beliau dapat keluar negara dan Prof Kamil seorang yang pandai akhirnya kecundang semasa SPM dan bangkit dari kegagalan akhirnya mereka dipertemukan jodoh sebagai suami isteri. MasyaAllah. Akhirnya kini, 'budak yang rasa diri tidak pandai itu' telah pergi lebih 30 buah negara bersama suaminya iaitu Prof Kamil.

Amirul;

Anak ke 3/4 orang adik beradik. Seorang budak yang biasa-biasa. UPSR hanya 4B 1C. Amirul sedih takut orang menyata Prof Kamil.

'Anak Profesor, tapi dapat UPSR 4B 1C'. 

Allah Allah. Prof tak sangka Amirul berfikir sampai begitu sekali. Prof peluk Amirul dan perjalanan pulang dari mengambil keputusan UPSR, prof singgah surau dan meminta Amirul menunaikan solat sunat serta sujud syukur. 

Pada tahun yang sama prof membuat keputusan untuk berhenti menjadi profesor di UiTM dan mahu menetap di Madinah.
Prof memulakan langkah dengan memohon profesor di Universiti Taibah Madinah dan berjaya. 3 tahun prof, Puan Roza, Amirul dan Sofea di sana. Prof memasukkan Amirul ke sekolah Arab kerana cita-cita Prof ingin menjadikan Amirul seorang Sheikh yang fasih berbahasa Arab. Amirul belajar di Sekolah Sudan bersama Gurunya yang bernama Abla Ibtisam. Akhirnya sekolah itu terpaksa ditutup dan Abla dikehendaki pulang ke Sudan kerana anak-anaknya menyambung pelajaran di Sudan. Abla mengajak Amirul ke Sudan dan Amirul bersetuju untuk ke sana. Puan Roza menangis kerana semua maklum Sudan adalah negara bergolak dan miskin. Akhirnya Amirul ke Sudan bersama  Abla. 3 tahun Amirul di sana dan Alhamdulillah beliau lulus semua ujian. Amirul  pulang ke Malaysia dan meminta mahu belajar di dalam bidang Kulinari dan menjadi Chef. 

Prof Kamil berasa sangat marah kepada Amirul.

'Amirul tahu berapa banyak ayah habiskan duit untuk Amirul belajar di Sudan dan mahu Amirul jadi Sheikh?'

Amirul senyap.

'Mama, berilah Amirul peluang. Pujuklah ayah. Jadi Chef pun boleh mendekatkan diri dengan Allah'

Akhirnya Prof Kamil bersetuju dengan syarat Amirul mesti jadi Chef yang sentiasa mendekatkan diri dengan Allah. Prof sedar apa jua yang kita atur, 

DIA lebih mengetahui. 



Abla Ibtisam; 

Guru kepada Amirul di Madinah dan Sudan. 

Abla berucap sekejap tadi. Hampir semua tetamu yang hadir mengalirkan air mata.  Prof Kamil menaja Khas Abla untuk datang ke Malayia sempena pelancaran buku Amirul Budak Sudan. Pada hari Abla tiba di Malaysia, Abla terkejut melihat KLIA yang sangat besar. Lapangan terbang Khortum sangat kecil. Secuit saja orang kata. 

'This is so big!'. 

Abla terkejut apabila turun dari kapal terbang, perlu menaiki keretapi untuk sampai di terminal ketibaan.  Prof Kamil dan Puan Roza menunggu di ketibaan. Abla menangis semasa memeluk Puan Roza. Prof Kamil dan Puan Roza membawa Abla ke KLCC, Abla terkejut melihat syurga dunia. Abla berasa berada di suatu dunia yang lain. MasyaAllah.

'Thank you Mr.Kamil for bringing me to world paradise! MasyaAllah.'

'Allah has sent Mr.Kamil and family as our Rizki. Give us money and pay our house rental. Amirul stayed with us'

'Amirul is soleh boy. He is role model as Muslim Boy. He is my son. My really good son. If I go to shop and buy groceries, he always asked to bring. He showed good attitude to kids there.  Mr. Kamil and Puan Roza have good son.  Amirul is good son'. 

Berjujuran air mata para tetamu yang hadir termasuk saya. Pelbagai kisah menarik ada di dalam Buku Amirul Budak Sudan. 

*********
Ketika majlis sedang berlangsung, ada seorang lelaki mahu duduk di sebelah saya. Bagi mengelakkan kami duduk betul-betul bersebelahan, saya bangun dan duduk di sebelah makcik tadi. Jadi kedudukan saya dan lelaki tersebut terpisah dengan satu tempat duduk kosong. 

'Anak dari mana?' Makcik di sebelah saya memulakan perbualan.

'Saya dari Ampang. Puan dari mana? Soal yang berbasi-basi?'  Saya ingin segera pulang.  Beli buku, dapatkan tandatangan penulis dan balik! 

'Saya dari setapak.'

'Puan datang seorang saja?'

'Ya, saya seorang.'

'Anak datang seorang ke?'

'Ya, seorang juga.' Jawab saya sambil tersenyum. 

'Jom kita beratur ambil tandatangan dan bergambar kenangam dengan penulis?'

'Tak apa puan, saya nak turun bawah dulu untuk beli buku.' Jawab saya yang mahu segera pulang! 

'Jom, saya pun nak beli buku juga. Nanti kita naik semula dan bergambar kenangan.'

Selesai membeli buku, ada jamuan untuk tetamu. 

'Jom kita minum dulu sebelum naik ke atas semula'. 

Saya turuti makcik tersebut. Setelah selesai mengambil makanan, kami mencari tempat duduk. 

'Anak nama apa?'

'Saya Hanin.' Jawab saya sambil tersenyum. 

Kami berborak serba sedikit. Makcik tu tanya samada saya masih belajar atau sudah bekerja, saya bekerja di area mana. Kami bercerita tentang Keluarga Prof Kamil, tentang Abla Ibtisam, dan tentang buku. Ketika hampir selesai makan, makcik tu keluarkan beg kecil yang dibeli di Turki. 

'Hanin pernah dapat beg macam ni dari Turki?'

'Tak pernah puan.'

'Nah, saya hadiahkan. Tak apa, saya selalu ke sana.'

Saya tersenyum simpul. Malu nak terima. Baru kenal, terus dapat hadiah dari orang. 

'Puan kerja di Turki ke?'

'Ya, saya selalu ada kerja di sana.'

Menarik. Saya nak tahu lebih dalam. Al maklumlah, saya memang minat bab negara Turki ni. Negara Wishlist orang kata.  

'Saya ada Travel Agency sendiri.  Jadi selalu bawa orang ke sana. Tu yang kadang-kadang masa tak menentu. Kalau nak pergi boleh la Hanin telefon saya. Nanti saya bagi diskaun. Nak pakej mahal ada, pakej murah pun ada. Orang muda-muda macam Hanin boleh lah ambil yang pakej free and easy tu. Naik kemudahan awam, dan tidur hostel saja. 

Wah! Bagai dicita ulam mendatang. Saya terus minta business card beliau. Berbunga-bunga hati saya. 

Selesai makan, kami terus naik ke atas untuk mendapatkan tandatangan penulis dan bergambar.  Selesai semuanya, kami putuskan untuk pulang ke rumah masing-masing. Semasa hendak keluar dari pintu bangunan UniKL, ternampak catering membawa tray makanan dari Sudan dan Palestin. Terus kami berdua mencari tempat duduk dan merasai terlebih dahulu makanan tersebut. Segera mengambil piring, garpu dan air delima. Sejujurnya saya memang tak tahu nama makanan tersebut. Semuanya sedap. Makanan mereka lebih kepada terung yang dibuang kulit, kentang bersama yogurt dan keju, kentang kari ayam dan sejenis makanan dari Kacang Dal. Saya makan sampai terlupa nak ambil gambar! Semua sedap. Makcik tu tanya saya samada saya boleh terima atau tidak makanan tu.  Being me, makanan belah timur tengah, memang saya suka. Alhamdulillah. 

********
Selesai semuanya, saya mengambil keputusan untuk ke Sogo. Saya buka peta Google dan perjalanan ke Sogo dalam 950 meter. Hampir 1km. Saya okay saja dan terus berjalan.  Sambil berjalan, saya teringat ketika saya ke Jepun bulan 3 yang lalu. Kami berjalan lebih 20,000 langkah sehari. Sampai kejang betis semasa hari kedua saya di sana. Sambil berjalan ke Sogo, sambil tersenyum bersendirian. What a blessed day! 

Saya melalui Quil Mall,  Maju Junction Mall, seterusnya Campbell, Pertama Kompleks, Bangunan MARA yang baru(baru bagi saya), seterusnya tiba di Sogo.  Oh, banyak bangunan yang dah berubah dan dalam membaikpulih.  Memang betul-betul lama saya tidak datang ke area sini.  Saya masuk ke dalam Sogo tanpa tujuan. Naik eskalator tanpa tujuan, turun semula ke ground floor, masuk ke dalam Parkson(betul ke) untuk membeli satu barang, keluar dan terus masuk watson untuk membeli 2 barang. Pusing-pusing area kedai makan untuk cari Manhattan Fish Market tempat yang pernah saya makan. Tetapi dah tiada. Saya malas nak cari, terus membuat keputusan untuk ke stesen LRT dan pulang. Dari stesen Bandaraya turun ke Cempaka. 

Dalam LRT, saya berkira-kira samada mahu naik teksi, atau menelefon abang/abah untuk ambil di stesen atau menaiki bas sahaja.  Saya melihat jam sudah menunjukkan hampir jam  1 petang. Nampaknya abang/abah akan ke surau untuk solat Zohor. Akhirnya saya membuat keputusan menaiki bas sahaja.  Bas hanya berhenti di sebelah kawasan taman perumahan saya. Saya memilih untuk berjalan kami dalam 500m dari tempat turun bas tersebut. 

Perjalanan hari ini mengingatkan my old sweet days saya.  Kita ada pelbagai cara untuk bahagia.  Dan semua yang diatur oleh Allah, ada hikmah yang tersembunyi. Sentiasa bersyukur di atas segala nikmat dari-NYA. Segala urusan harus meletakkan Allah di dalam fikiran kita. Kita berjaya ke sesuatu tempat atau mendapat peluang, harus ingat Allah yang mengilhamkannya dan Allah jua yang memberi kita masa. Kadang-kadang kita merasa puas hati kerana berjaya melakukan sesuatu atas usaha sendiri tetapi kita lupa Allah yang membenarkan sesuatu itu berlaku. Astaqfirullahaladzim. 

DIA lebih mengetahui. 

Nurhanin Hood
5.00 petang
Ampang, Selangor


Tuesday, February 14, 2017

#LipBalmQV




Bukan iklan berbayar.  Sekadar review dan ianya berkesan. Alhamdulillah.

Rasanya lebih 5 bulan bibir kering, mengelupas  tahap tak selesa dan ke arah kehitaman.  Asalnya beli Lip Matte dan rupanya tak sesuai.  5 bulan pakai vaseline tapi tetap tak baik.  

Akhirnya tanya sepupu, logik tak kalau saya pergi klinik dan cakap kat Doktor yang bibir saya kering.  Cousin cakap logik! 

Tapi saya tak ke klinik. Pergi Farmasi, bagitahu yang bibir kering dan mengelupas sambil tunjuk bibir.  Terus Farmasi bagi lip balm ni.  Dia cakap, kalau vaseline tak jalan, memang kena ambil yang kuat sikit. 

Terus ambil, tanya harga dan bayar.  Dah bayar, terus buka dan pakai. Alhamdulillah dah 5 hari pakai.  Dan masalah 5 bulan yang lalu dah selesai. Alhamdulillah.  

Harga: RM17.90.
Lip Balm QV


nh
14022017
Ampang

Monday, February 13, 2017

24 Hours

Stop
Talking
How
Busy
We
Are.

24
Hours
Are
Just
Enough
For
Us.

Manage
It
Wisely

nh
13022017
Puchong

Sunday, February 12, 2017

What is Life?

Life
Is
Gathering
Experiences.

Experiences
That
Shaped
Who
We
Are
Now.

nh
12022017
Ampang

What is Comman Sense?

6 Februari 2017

Di stesen petrol, seorang pelanggan menampar pekerja stesen kerana enggan membantu dia bayarkan di kaunter.  Saya sakit hati melihat kejadian begitu.  Saya yakin dan pasti, pekerja bukan suka hati tak mahu bantu dia tetapi ianya peraturan di mana pekerja tidak boleh membantu pelanggan membuat bayaran di kaunter. Come on. It's comman sense.

10 Februari 2017

Sewaktu pulang dari pejabat, ada sedikit traffic jam.  Saya lalu di tempat kejadian. Rupanya ada kereta tengah berasap.  Kebarangkalian boleh terbakar sekiranya lambat bertindak. Dari jauh saya nampak seorang penunggang motosikal berhenti dan berlari ke arah kereta dengan membawa firee extinguisher.  Dalam hati, saya sebak kerana sebenarnya masih ramai orang baik dalam dunia ini.


Why we so difficult to do random act of kindness?  Let's start now!


nh
11022017

Ampang

Sunday, February 5, 2017

Travelog Kota Kinabalau, sabah 2014


Banyak gambar bercuti di KK dalam SD card yang rosak tu.  Sayangkan? Tapi tak sempat nak selamatkan lagi.  Let bygone be bygone.  Trip ni pun dah last two years.  Tapi I tetap nak abadikan dalam ni.  

Kami plan ke sana pada Januari 2014.  Pergi Mac 2014.  Dalam dua bulan macam tu buat preparation. Tapi tak rush sangat sebab just over the sea. And You know guys, Kos saya ke sana termasuk Tiket Kapal terbang, makan, tempat tidur, petrol hanya RM500.00.  But but but, Don't get me wrong.  Boleh ke hanya RM500 sahaja.  Yes, memang boleh.  Tapi kami ada juga ehsan orang sana.  Contohnya kami tak perlu sewa kereta. Hanya bayar isi petrol.  Dan kami ada juga tumpang tidur rumah kawan kat sana.  I rasa kalau kami fully book hotel dan sewa kereta, Maybe it will cost around RM800- RM1k.  

By the way, kalau pergi bercuti, suggest go in group.  Less cost, and more fun maybe.  Macam kami, kami pergi sana dalam 6 orang, dapat pakai kereta Alza.  Jimat sangat isi petrol.  Sebab tu RM500 cukup untuk semua termasuk shopping.  Haha.  Ala, shopping biasa saja. Bukan shopping bersungguh2 pun. Macam beli brooch, amplang, kuih cincin and makanan tradisional Sabah. 




Okay, Back to itinery.  Trip on 5-8 Mac 2014. 4 days.  Fully utilized. Kami ambil flight 6.30 pagi.  Solat kat dalam tempat pelepasan. Wuduk ready, masuk waktu terus solat.  6.30 calling.  Masa ni subuh macam lewat sikit. Sampai sana still pagi, breakfast dan terus ke hot Spring-Ranau-Kundasang-tidur satu malam-Jalan-jalan Kundasang-balik KK-Rumah terbalik-makan seafood di pasar Filipina- Tidur- ke Jeselton untuk ke Pulau Manukan satu hari-balik tidur-jalan-jalan bandar KK-shopping-balik rumah berkemas untuk balik malam tu.  Kami ambil flight Maghrib.  




Oh ya, masa ni ada kes MH370, 7hb Mac.  Ya Allah, punya takut nak naik flight malam tu. Semua passenger senyap, mulat baca doa semua dan ramai orang focus kat pramugari time instruction keselamatan tu. 

Basically, 4 days were enough to spend time in KK.  More and less than that, it's up to you.  Being me, I always say to myself, I will just go somewhere(travel) once in life. Except Makkah and Madinah.  Yang ni memang nak selalu pergilah kan. Hehehe.  Always falling in love with these places. 



Banyak lagi tempat saya lupa. 2014 punya cerita. Hew hewwww.


05022017
nh
Ampang

I Miss You

Pic: Kinabalu Mountain
Mac 2014

When I say I Miss You, 
I really mean it

When I do not say it,
I mean it too



05022017
nh
Ampang

Saturday, February 4, 2017

Mitsui Outlet Park Sepang

I went there last week for the 1st time.  

Ceritanya I nak sangat beli sport shoes yang sesuai buat berjalan dan bersukan. Tanya kawan-kawan, google sana sini, ramai cakap Mitsui murah tapi tapi tapi size limited. So, pergi juga sebab kat sana ada macam-macam brand kasut.  You just named it. Semua ada.  Nike, Adidas, timberland, Converse, Clark, Camel Active, Skechers etc. Macam-macam la. Hehehe.  Ada websitenya.

So, menapaklah pergi last week dengan cousin.  I masuk satu satu kedai kasut.  Punya la nak cari yang okay dan harga affordable.  Mula-mula masuk Nike, dan berkenan satu kasut tu, tapi biar dulu. Sebab ada banyak kedai lagi.  Bayanglan kami window shopping dan shopping dari jam 12 hingga 6 petang.. Hahaha.  6 jam.  Parking kena RM12.00.  Crazy!  Not so me.  I bukan kaki shopping. Tapi sebab nak beli kasut yang okay dari semua segi, menapak la satu kedai ke satu kedai.

I personally suka sangat dengan Mitsui sebab tak crowded which is sangat penting untuk jaga mood sayaa. Haha.. Yang kedua tempat makan banyak dan yang best surau dia selesa dan dikira besar juga.  Ohhh, parking sangat senang. Tak perlu jalan jauh.  Worth it to go there. Everything ada kat sana.. See, I ulang banyak kali kan. Haha.

Akhirnya I beli kasut Brand PUMA, dengan harga RM179.00.  Harga asal RM254.00 kot.  Harga asal tak penting, yang penting harga nak dibayar tu. Hikhiks. Kat sana banyak kedai selalu ada diskaun.  I beli seluar pun diskaun 50%.  Ada masuk Universal Traveller juga. Kalau kat tempat lain, memang tak ada la winter jacket harga bawah RM100. Kat situ ada la juga walaupun design diaaaaa. Biasa-biasa sajo.

Ohhh ya, kasut camel active ada yang murah. RM99.00.  Leather lagi. Design pun okay.  Haa, masuk Skechers, yang ni sedih sikit.  Target memang nak beli skechers, sebab cousin pakai skechers. Sekali pilih-pilih, semua limited size saja yang ada.  Yang ada semua size, design baru.  And for me, the design is so so.  Lalu ku tinggalkan kedai Skechers dengan hati yang kecewa.


Ni ha kasut ku yang baru.  Selamat berkhidmat. Hikhik.


Cantik ke tak? Berani.cakap tak cantik. Hahaha
Nak kasut warna hitam, tapi cousin suruh ambil ada warna lain sikit. 


04022017
nh
Ampang

Monday, January 2, 2017

Nikmat Mana Yang Ingin Kau Dustakan?


I scrolled IG and FB.  So many people are going to perform Umrah.  May Allah accept you ibadah and kindness overthere.  InsyaAllah. I am so touched because I miss that places so much. I always pray to Allah, accept my dua and allow me to perform Hajj in near future and insyaAllah before 35 years Old. Pray for me. 

I wanna share something that I think I can't share it on FB or IG. I worry missunderstand within my friends.  

I was in Makkah, Madinah when I was 23 years old.  Young girl.  Went there alone without family. Only dependent(in term of people) on others jemaah. My mom and dad always reminded me to perform tawaf sunat many times. Read Al quran, stay at Masjidil Haram most of the time, but you know, I was young. I didnt do that effectively.  And I regret. 

Until now, when I see Kaabah in picture, I really sad. Because, when I had chance to go there, I didnt fully utilize the time given. And now I promise to myself and pray to Allah that I will stay at mosque most the time, read Al quran continuesly, look at Kaabah frequently for my next visit. InsyaAllah InsyaAllah! 


020217
nh
Ampang

Sunday, January 1, 2017

Taraaaaa

Macam tu la.  Janji nak menulis secara istiqamah, tapi hampeh.  But I still have target to continue writing.  

And this new year of 2017, I have present for myself especially.  I was so touched with this writing. From Dr Hamid Arshad.  Betul-betul rasa pesanan ikhlas dari seorang Datuk kepada cucu.  One of his message is make a journal and write a diary and note.  Am so inspired.  Terus I menulis hari ni. 

Menulis bukan untuk orang, tetapi untuk diri sendiri.  Apa yang kita dah buat untuk diri sendiri especially. Untuk orang sekeliling, masyarakat, Agama and anything else.

I'll start making a list in order to make sure my life goes effectively and efficiently. InsyaAllah.  Everyone has target. As well like me. I have target for my future 5 years. But, we must remember, Allah is the best planner. If one of  your dream's achieved, Just remember, is not your effort but Allah's will.  Allah gives us time, rezeki, nikmat and everything. 

And last but not least, my target this year, I wanna share my love that Allah has given to me with someone else. Be part of my life. Ehemmmm.