Thursday, December 31, 2009

Kesian

Kesian kepada peniaga kuih-muih. Kesian kepada peniaga air. Kesian kepada orang susah. kesian kepada saya. Sebab saya pakai gula perang. Mesti lagi mahal kan. Kesian kepada sesiapa yang terlibat. Gula naik RM0.20 tahun depan.

Sunday, December 27, 2009

Syukur ke Hadrat Ilahi

Berita yang menggerunkan.

Alhamdulillah. Alhamdulillah Saya dan sahabat-sahabat selamat sampai di kediaman masing-masing jam 2 pagi pada 21hb Disember 2009 dari Kuala Kangsar.

Saya menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan dari Kuala Kangsar. Saya memandu dari KL-KK dan KK-KL. Seorang, tanpa bertukar pemandu. Mengantuk teramat. Tapi saya bersyukur saya dan sahabat-sahabat selamat sampai ke destinasi masing-masing.

Seram-sejuk badan saya bila teringatkan kejadian Bas Ekspress Sani di Lebuhraya itu. Sebabnya...Saya memandu dengan kelajuan 120km/sejam pada hari pulang ke KL. Kadang-kadang 140km/sejam. Kadang-kadang 100km/sejam. Jarang-jarang saya memandu dengan kelajuan 80km/sejam. Saya insaf ketika ini.

Azam baru saya, cuba untuk memandu secara berhemah...80 @ 90 @ 100km/sejam. Paling laju pun nak memandu 110km/sejam.

Come on Bint..!!!


Happy Birthday Mum..! !(",)

26 December 1955

A day she was born..
Happy 54th Birthday to my beloved mum

Hjh Siti Bhari Hj Yaacob


You are the great mum I have

Semoga mak terus setia dan setia, setia, setia kepada abah


Terima kasih membesarkan kakak dengan penuh kasih sayang, ilmu agama dan kesenangan

Thanks for giving me freedom and trust me so much

Love you damn much..!!!



Friday, December 18, 2009

She's Getting Married. Mabruk Alaikum

Again and again. Another mosque is built.

Date of Akad Nikah: 1 Muharam 1431H/18 Disember 2009
Date of Ceremany(Bride): 19 Disember 2009 at Kuala Kangsar, Perak
Date of Ceremany(Groom): 25 Disember 2009 at Dungun, Terangganu

Congratulation to my beloved friend Noor Shuhada Hj Mohd Nazir and her beloved couple Muhammad Faiz Mukmin Abd. Mutalib on their big day. May Allah blesses both of you.

Faiz & Noor

I don't need to advise or remind them about responsible of husband and wife or marriage because they know enough about that. I confident that both of them will be doing the best action in their life. Don't forget about "give and take".

"More you give, more you get"

Jutaan tahniah buat Faiz kerana berjaya menakhluki hati Noor. Noor memang seorang perempuan yang solehah. Saya cukup menyakini Noor. Saya kenal hati budinya. Kami berkawan 10 tahun yang lalu semenjak dari tingkatan satu. Kami berkawan kerana Allah. Saya cukup mengasihi dia.

Sabda Nabi S.A.W bermaksud:

"Dinikahi perempuan itu kerana hartanya, dan kerana keturunannya dan
kerana kecantikannya dan kerana agamanya, maka pilihlah yang beragama
nescaya kamu akan beroleh keuntungan."

Saya dan sahabat-sahabat yang lain sangat mengasihi satu sama lain. Kami ditarbiyah dalam satu acuan dan tarbiyah itu masih ada ketika ini, hari ini dan selama-lamanya. Jika antara kami ada yang bersedih, pasti yang lain turut merasainya. Indahnya bersahabat kerana ALLAH.

Dan akhirnya......

"I let you go to your beloved husband"


Sabda Nabi S.A.W bermaksud:

"Wahai para pemuda, sesiapa yang mampu berumah tangga, hendaklah ia berkahwin, kerana dengan berbuat demikian dapat menundukkan penglihatan dan memelihara kehormatan. Sesiapa yang tida mampu, hendaklah dia berpuasa, justeru puasa itu dapat mengekang keinginan batiniah(nafus syahwat)."


Thursday, December 17, 2009

Wednesday, December 16, 2009

Dunia oh Dunia

Masalah dunia yang tidak akan selesai melainkan adanya HUKUM HUDUD


Adegan Terlampau. Credit to Harian Metro

Tiba-tiba pagi ni saya rajin duduk depan TV. Cadangnya nak tengok berita pagi tapi tak sempat. Lambat on TV. Jadi saya tengok MHI-Malaysia Hari Ini-. Ada berita yang selalu kita dengar. Rogol, zina, merompak, mencuri, mengandung anak luar nikah. budak belasan tahun mengandung, menagih dadah dan sebagainya. Dan pagi ni, pengacara MHI Ally dan Wardina[Terkedu+sedih] baca satu berita yang mana budak perempuan 14 tahun "dikendurikan" oleh lima lelaki. MasyaAllah. 14 tahun kawan-kawan..!!! 14 tahun. Sangat muda.

Ada beberapa pandangan dari ibu bapa yang menelefon MHI berhubung isu ini. Antaranya kawalan ibubapa itu sendiri. Pelbagai pandangan diberi oleh ibu bapa yang menelefon pihak MHI. Saya kira ibu bapa yang menelefon ini sangat mengambil berat hal kebajikan anak-anak mereka. [Yang tidak telefon tu ambil berat juga]

Pada pandangan saya anak-anak mesti[wajib] diberi didikan agama yang mencukupi. Bukan setakat bapa imam, anak pun okay. "Iman tidak dapat diwarisi oleh seorang bapa yang bertaqwa" Song by Raihan. Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam kehidupan anak-anak. e.g Ibu bapa kena paksa anak-anak sekiranya tidak solat atau tidak menutup aurat. Parents have power on their children.

Seandainya mampu untuk hantar anak-anak ke sekolah agama, hantarlah. Di situ banyak tarbiyah yang ada dan kadang-kadang ibu bapa sendiri tidak mampu untuk mentarbiyah anak-anak sendiri. Bukan Sekolah Kebangsaan Menengah tidak mampu tarbiyah tetapi alangkah bagusnya anak-anak bersekolah dalam suasana yang soleh dan solehah. Saya yakin, sekiranya ibu bapa pernah menghantar anak-anak ke sekolah agama tetapi masih berakhlak buruk, percayalah anak-anak itu akan sedar suatu hari nanti kerana meraka ada ilmu agama. Bagi yang tidak bersekolah agama, saya yakin anda ialah yang terbaik akhlaknya. Saya tidak "bias", saya tidak "stereotype" . Harap maklum

Sampai hari ini saya masih terpikir dan terus terpikir mengenai sesuatu hal iaitu aurat@pakaian anak-anak[terutamanya perempuan]. Saya bagi situasi.

  1. Ibu bapa pakai tudung labuh@kaki masjid dan berkopiah@kaki masjid tapi anak-anak masih pakai baju t-shirt paras-paras pinggul dan berseluar jeans dan slack agak ketat, tudung tidak menutupi dada. Apakah ibu bapanya tidak terjentik hati untuk menegur atau dah tegur tapi anak-anak buat tidak tahu sahaja?
  2. Ibu yang memakai tudung dan anak-anak perempuan tidak bertudung. Apakah perasaan ibu bapa nya?
  3. ETC

"Barangsiapa yang mempunyai tiga orang anak perempuan atau tiga saudara perempuan, atau dua anak perempuna atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan terhadap pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa serta bertanggungjawab maka baginya syurga"
(hadis nabi)

"Hendaklah mereka itu melabuhkan tudung sampai ke dada dan janganlah kamu mendedahkan aurat dan perhiasanmu kecuali yang terzahir"
(An-Nur:31)


"kadang-kadang ibu bapa takut anak gadisnya tidak kelihatan cantik sekiranya berpakaian tertutup. Takut tiada lelaki nak masuk meminang atau jatuh cinta dengan anak gadisnya". Kata seorang sahabat saya

"eh, muda lagi la. Orang tua je kena pakai tudung. Nanti bila dah tua baru pakai tudung". Jawab kawan saya

"InsyaAllah, saya akan pakai tudung bila sampai waktunya". Kata kawan saya

Semoga anda semua diberkati dan dilindungi serta diberi hidayah oleh ALLAH. InsyaAllah

Saya sangat bersyukur kerana tidak mempunyai adik-beradik perempuan yang lain. Saya tiada kakak dan adik perempuan. Alhamdulillah. Saya hanya jaga diri sendiri.

Apa-apa pun, saya mengucapkan syabas dan tahniah bagi sesiapa yang mempunyai adik beradik perempuan yang menutup aurat sepenuhnya dan tidak lupa juga bagi yang lelaki. Mabruk Alaikum





Friday, December 11, 2009

Another Mosque is Built


Nurul Nadia Zainol Din.......
She's my beloved friend.
She's my neighbour.
We have been friend since we were small and till now we're still friend[good friend].
We were studying at the same school-[primary and secondary but not IPT.]
She was studying at IPTS and I, at IPTA.
Since we had been busy, we met reguraly. But still "mesra".
Forever and ever.
InsyaAllah

And today...
She's getting married with her's Mr Right. Encik Akmaluddin Rosli
Congratulations Nadia and Akmal. Such a romantic couple.
Akmal is very nice man.
Akmal, semoga menjadi suami yang soleh-soleh-soleh.
And
Nadia, semoga menjadi isteri yang solehah-solehah-solehah.


You can see how romantic Akmal did it.hehe

Congratulations again..!!!I let you go first.haha


Tuesday, December 8, 2009

Taharah@Bersuci

Sabda Nabi:

"Kebersihan itu separuh daripada Iman"

Taharah@bersuci merupakan suatu tugas yang begitu penting dalam kehidupan seseorang muslim kerana ia punca atau asas penerimaan segala alam ibadat. [Indahnya Hidup Bersyariat, Ust Ismail Kamus]

"Macam mana sebenarnya nak mandi hadas besar?" Tanya sahabat saya

"Kamu rasa macam mana?" Saya bertanya kembali

"Banyak step la. Kene shampoo, mandi bersih-bersih, kena mandi lama-lama. errkk..Tapi betul ke?"Berkata sahabat saya

"Sebenarnya rukun mandi hadas besar ada dua sahaja. Pertama niat dah kedua meratakan air keseluruh anggota badan." Jawab saya

***********************************
Saya perhatikan, ramai yang tidak tahu rukun mandi hadas besar hanya dua perkara. Kadang-kadang mereka merasakan mandi hadas besar ini sesuatu yang berat sedangkan ianya ringan. Perkara ini lah yang menyebabkan mereka terutamanya "perempuan" sangat liat untuk mandi hadas besar. Ini juga menyebabkan mereka selalu melewat-lewatkan solat setelah bersih dari haid. Please, don't do that..!!

Hadis Nabi:

"Apabila Nabi SAW mandi daripada janabah, Baginda mulakan dengan membasuh kedua-dua tangannya."

"Kemudian Baginda mencurahkan air dengan tangan kanannya ke atas tangan kirinya, lalu membasuh kemaluannya." [Riwayat Muslim]

Noktah...

***********************************

Saya cukup susah hati apabila keluar berjalan-jalan@bersiar-siar dan apabila tiba masa untuk membuang air kecil mahupun air besar. Ini kerana saya perlu menjaga kebersihan agar tidak terpercik air kencing ke pakaian saya. Pakaian itu akan digunakan untuk dibawa solat.

Saya perhatikan orang di sekeliling saya[terutamanya perempuan], kadang-kadang mereka akan masuk tandas dahalu sebelum bersolat. Bagi yang pakai seluar, kadang-kadang juga mereka hanya menyinsing seluar ke paras lutut sahaja untuk melepaskan hajat. Bagi yang pakai selain dari seluar, okay la sikit, sebab senang untuk menjaga pakaiannya. Saya pelik, bagaimana mereka boleh menjaga pakaian mereka agar tidak terpercik air kencing?? Setahu saya, apabila kita buang air kecil[lebih-lebih lagi tandas mengcangkung], air kencing itu akan terpercik di sekeliling tandas, jadi bagaimana mereka boleh tidak perasan hal yang demikian??

Pakaian-pakaian itu dibawa untuk bersolat. Jaga solat anda agar diterima oleh Allah.

Bagi yang berjaya menjaga kebersihan, saya ucapkan tahniah kerana anda telah menyempurnakan separuh daripada iman.

Hadis Nabi:

"Solat itu tiang agama, sesiapa mendirikannya bererti dia mendirikan agama, dan sesiapa yang meninggalkan bererti dia meruntuhkan agamanya."

p/s: pesanan ini adalah untuk diri sendir dan juga sahabat-sahabat.


A Place Likes No Other

Once upon a time
I was there to seek experiences
Too many moments@events@trips@journey@meeting@parting
that i can't forget
"A Place Likes No Other"
That is "Sarawak"


Subhanaallah. Journey

Di suatu petang hari


Mencari sesuap rezeki

Bandar Kuching


Mencari rezeki untuk keluarga


Santubung..erkk.. Puteri Santubung


Bersiar-siar

Bujang Senang

Taman Sahabat


Sunday, December 6, 2009

Sampai Kapan?


Sampai kapan saya mesti bersangka baik sesama manusia/makhluk Allah????


hmm... Selagi mana saya bersyahadah kepada Allah S.W.T



Bersederhana Dalam Semua Perkara dan Urusan

Adapun dua kaki hendaklah diguna sepenuhnya untuk memperkukuh persahabatan. Berwaspada agar tidak melangkah untuk duduk ke hadapan kecuali sekadar mana peluang yang diberi untuk berbuat demikian.

Jangan gunakan kaki untuk tujuan duduk rapat dengan seseorang, kecuali setakat mana kesempatan yang diberi untuk berbuat demikian.

Apabila kawan dikenali atau siapa saja yang datang, hendaklah segera bangun berdiri tanda hormat mengalu-alu dan selamat datang atas kehadirannya.

Duduklah dengan tawaduk di mana saja diberi kesempatan duduk. Berbeza dengan duduk atas urusan Allah S.W.T pada saf dalam masjid yang mempunyai fadilat tertentu, Tuhan yang mengatur cara dan kaedahnya iaitu dituntut duduk di masjid pada saf pertama di hadapan.

Dilarang pergi ke saf hadapan dengan cara melangkahi bahu orang yang duduk di masjid. Cara mengatasinya ialah penuhkan dahulu saf hadapan.

...........................................

Sumber:Harakah/Fikrah 20 - 23 Zulhijjah 1430 H
Dari :TGNA

Thursday, December 3, 2009

Inggeris


Bagaimana untuk memperbaiki Bahasa Inggeris agar menjadi fasih?

Saya pernah dua kali mencuba untuk menceburkan diri ke bidang perguruan, tapi tidak pernah berjaya setakat ni. Pertama selepas SPM, kedua selepas Diploma. Mak saya kata, memang bukan rezeki saya kot. Dulu mak pun cuba menceburkan diri ke bidang perguruan, tapi tak pernah berjaya. Mungkin nasib saya sama seperti mak? oh tidak. Saya masih mahu mencuba selepas habis pengajian peringkat ijazah. InsyaAllah. Sepupu saya enam kali mencuba, dan akhirnya ada juga rezeki. Sekarang dah jadi cikgu pun. Alhamdulillah. Saya mahu menjadi pendidik sebab mahu berkongsi ilmu agar pelajar menjadi pandai, cerdik dan berfikiran kreatif dan inovatif.

Okay, bukan saya nak cerita pasal bidang ni, tapi saya kongsi pendapat bagaimana untuk memperbaiki atau mempertingkatkan Bahasa Inggeris agar menjadi fasih.

Saya bukan kategori yang "fluent" ketika speaking in English, tapi sekadar Broken English boleh la. Masih dalam proses PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN. Baru-baru ni, buka TV tiba-tiba terdengar YB berbahas di Parlimen mengenai pelajar buta huruf. Paling tinggi di Kelantan.

"Kenapa peratusan pelajar buta huruf semakin tinggi terutamanya di Sekolah Kebangsaan?Adakah disebabkan silibus buku teks yang tidak berkesan? Kenapa peratusan buta huruf di Sekolah Kebangsaan Jenis Cina rendah?"YB pembangkang bertanya

"Peratusan buta huruf di Sekolah Kebangsaan Jenis Cina rendah sebabnya mereka belajar Matematik dan Sains dalam bahasa ibundanya, oleh sebab itu lah kami memberhentikan PPSMI."berkata YB dari pihak kerajaan. [sekian lama baru nak berhenti..!]

Sekian lama banyak pihak tidak bersetuju dengan PPSMI, baru ada tindakan yang diambil. Sudah terhantuk baru terngadah.

Sebenarnya, untuk memperbaiki Bahasa Inggeris agar menjadi berkesan, bukan dengan cara menukarkan Matematik dan Sains ke Bahasa Inggeris tetapi harus mencari alternatif untuk menukar cara pembelajaran dan pengajaran di kelas. Terutamanya cikgu. Cikgu harus mencari jalan untuk menjadikan kelas Bahasa Inggeris itu berkesan. Bayangkan bermula dari darjah satu sehingga tingkatan lima, tapi pelajar masih tidak dapat menguasai bahasa itu.

Penyelesaian..

Selepas habis ditingkatan tiga, saya mendaftarkan diri ke kelas insentif Bahasa Inggeris. Saya boleh dikatakan ZERO dalam bahasa ini. Pada pendapat saya, cara mudah untuk menguasainya adalah melalui listening, reading, speaking and playing. Itu yang saya pelajari ketika mengikuti kelas insentif. Secara automatik kita akan tahu cara penggunaan tatabahasanya. Selebihnya kita kena berusaha sendiri terutamanya untuk penambahan vocabularly. Rajin-rajin la membaca buku inggeris ye. Baru saya tahu yang Bahasa Inggeris ni sebenarnya senang. Yang penting, CONFIDENT..!!

Bagi yang boleh menguasai Bahasa Arab, anda boleh tukarkan Nahu Sorof kepada Grammar. Sangat mudah dan berkesan. InsyaAllah. Selamat mencuba!


Wednesday, December 2, 2009

Kata-kata


"Perkahwinan adalah untuk mencari teman hidup, bukan mencari teman tidur"
(Hamka)