Sunday, October 16, 2016

PTPTN

InsyaAllah, saya akan berusaha agar keturunan saya tidak meminjam dari PTPTN lagi.  Saya tidak mahu mereka ulangi apa yang saya telah lakukan.  

Memohon

Belajar

Kerja

Bayar Hutang..

Walau bagaimanapun, saya tetap berterima kasih kepada PTPTN kerana dengan duit pinjaman itu, dapat saya belajar dan daftar haji pada tahun 2009.  Buka akaun TH dan terus daftar haji.  RM2000.00. Alhamdulillah. Hiksss.  Daftar haji RM1300.00 Saja. Tapi saya masuk lebih.  

Well done Hanin(Tepuk bahu sendiri).

Kisah PTPTN...

Walau ramai yang marah PTPTN, saya tetap terpaksa bersetuju dengan apa yang PTPTN buat bagi yang tidak membayar pinjaman.  Dah pinjam, then kerja, dapat gaji, apa salahnya kita bayar.  Gaji kecil? Jangan cepat melatah. Pergi mana-mana pejabat PTPTN, jumpa dan runding.  Kalau ada single loan, boleh bayar serendah RM65 saja sebulan.  Yang penting pergi beruding. InsyaAllah selesai. 

Kisah saya....

Al kisahnya, pernah bayar PTPTN ni dalam setahun lebih. RM100 sebulan. Tapi tetap ada tunggakan. Cek penyata di website, pinjaman nampak berkurang.  Tapi apabila cek imigresen, dah kena senarai hitam.   Mula-mula Saya pergi jumpa pegawai PTPTN di TBS.  Bincang-bincang, saya kena bayar sejumlah amount. Saya setuju untuk guna akaun 2 KWSP.  Apabila nak buat pemotongan KWSP, tiba-tiba website KWSP server down.  Tunggu punya tunggu, tak dapat buat juga.  Pegawai berkenaan bagi nombor phone, minta saya contact dia dan dia akan buatkan semula. Esom tu saya whatsapp pegawai tu, no anwser.  Then dua tiga hari whatsapp lagi.  But still no answer.  Saya putuskan, tidak mahu berhubung dengan pegawai tu lagi.  

Selang dua bulan, saya pergi pejabat PTPTN di The Mines.  Dapat Pegawai yang baik hati dan sangat helpful.  Puan Hafsoh.  Please deal with her.  Saya cakap pada dia yang saya dah setuju nak bayar amount yang terdahulu seperti yang pernah saya bincang dengan pegawai kat TBS, terus dia setuju.  Terus dia mohon KWSP, dan dapat sehelai borang bagi memastikan maklumat diri dan jumlah potongan kita betul dan tepat.  Nanti akan dapat mesej dari KWSP minta kita cop(cop ke cap) ibu jari di mana-mana pejabat KWSP.  Selang dua hari saya dapat mesej dari KWSP.  Hari seterusnya saya ke KWSP untuk cop ibu jari.  Sebelum pergi KWSP, kena bawa salinan sijil ijazah/diploma dan transkrip.  Salinan tau. Bukan original. Sebab kena serahkan pada kaunter KWSP nanti.  

Dalam masa 14 hari, duit potongan dari KWSP akan masuk dalam penyata PTPTN kita. Saya rasa dalam seminggu macam tu dan masuk akaun PTPTN.  Saya terus mesej pegawai PTPTN tu untuk tindakan sererusnya. Pegawai tu buat penjadualan dan penggabungan pinjaman saya.  Dia emel saya borang tu dan lengkapkan semua dan hantar pada dia semula. Akhirnya selesai kes senarai hitamkuu. Alhamdulillah. 

Sebelum saya pergi, macam-macam kisah saya dengar mengenai PTPTN.  Hakikatnya saya takut nak deal dengan pegawai PTPTN. Takut tak dapat kerjsama, takut kena marah dan macam-macam lagi.  Tahu apa yang saya buat?  Saya berdoa agar Allah pertemukan saya dengan pegawai yang baik, dapat solusi yang terbaik, dan selesai dengan segera. Alhamdulillah, Allah makbulkan doa saya.    Jangan lupa ucapkan terima kasih pada pegawai PTPTN yang bantu kita.  Dengan ucapan-ucapan yang baik, insyaAllah, pegawai tu pun akan senang hati nak bantu kita.   Dia juga manusia yang bekerja makan gaji.  Masing-masing ada bos. Kalau dia buat silap, dia akan dimarahi oleh Bos.  

Taraaaa.  Boleh pergi melancong lepas ni.  Wink. Wink. Wink. Hikhik


Nh
15102016
Ampang

Monday, September 5, 2016

Cintakan Dunia?

Semalam...
Hari Ahad.  Aktiviti seperti biasa.  Bangun pagi terus menuju ke tandas. Selesai semuanya, teringat pesan murabbi. 

"Keluar tandas kaki kanan dahulu"

Terus mengatur langkah.  Hampar sejadah, pakai telekung dan terus mengangkat takbir. 

Selesai solat dua rakaat. Termenung sendirian.  Cuba mengingati perancangan aktiviti hari ini. Kemas bilik, basuh, jemur dan kemas baju.  Rutin setiap hujung minggu.  Teringat perancangan awal untuk servis kereta.  Jumaat lepas ke Tesco berhampiran pejabat untuk makan-makan bersama-sama kawan pejabat.  Waktu rehat yang lama membuatkan kami makan secara santai.  Sewaktu hendak pulang, tiba-tiba pintu kereta bahagian penumpang tak dapat dibuka.  Maknanya kawan kena masuk melalui pintu hadapan.  Kami tetap bergelak ketawa. Apa yang mahu hendak di risaukan?  Semua ada hikmah tersendiri.   Kawan rasa bersalah kerna rosakkan pintu, saya kata tidak mengapa.  Jangan risau. Ada rezeki, saya betulkan pintu itu.

Abah ambil bahagian untuk servis kereta saya.  Kebetulan adik pulang ke rumah.  Saya meminta bantuan adik memasang rak buku di dinding. Setelah siap semuanya, saya mula mengemas bilik.  Puas hati.  Nampak kemas pada pandangan mata saya.  Terus terasa bahagia.  Saya baring di atas katil.  Rasa sayu menerjah dalam diri.  Sedih sekiranya terpaksa berpindah keluar dari rumah ini andai ditakdir bertemu jodoh.  Sayang pada setiap inci dalam bilik tidur ini walaupun pada hakikatnya ianya adalah sebuah bilik kecil yang hanya berkeluasan 18' x 10' sahaja.

Hakikatnya....

Saya lupa, entah esok atau lusa saya akan pergi.  Tinggalkan semua ini.  Tiada apa yang perlu sayang akan dunia dan seisinya.  Teringat Usrah lepas, kami tadabbur ayat 46, Surah al Kahfi yang bermaksud;
"Harta benda dan anak pinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia; dan amal-amal soleh yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan, dan lebih baik sebagai asas yang memberi harapan."


Nh
05092016
Ampang

Friday, August 26, 2016

#Usrah 2 - Insya' ALLAH

Al-Kahfi , Ayat 23- 24

Google.com


Kisah ini diriwayatkan oleh Ibnu Abbas, suatu hari ada orang Quraisy bertanya kepada Nabi Muhammad S.A.W mengenai Ashabul Kahfi, dan Nabi berjanji untuk bercerita keesokkan harinya.  Bagaimanapun, Nabi tidak menjawab keesokkan harinya sehingga ke hari ke 15, wahyu masih juga tidak turun.  Maka turun ayat 24, memberi pelajaran kepada Nabi Muhammad S.A.W agar sentiasa menyebut Insya' Allah apabila membuat perjanjian.  

Kisah ini juga memberi pemakluman kepada kita bahawa Al-Quran itu memang dari Allah, bukan dari Nabi Muhammad S.A.W. Apabila orang bertanya kepada Nabi, Nabi akan menunggu wahyu daripada Allah.  Selagi mana tidak menerima wahyu, Nabi tidak dapat menjawab pertanyaan luar. 


NH
26082016
Kajang, Selangor

#Usrah 1 - Kehambaan

Perkataan terbaik panggilan untuk makhluk adalah Hamba.  Perkara ini disebut dalam surah Al-Kahfi ayat 1 iaitu perkataan  "عَبْدِهِ". 


Orang bertanya, bagaimana untuk menjadi hamba yang sebenarnya benarnya hamba?


Persoalan yang timbul, 

Contohnya,

1.  Adakah kita berpuas hati apabila berjaya menunaikan Solat Sunat Dhuha? atau
2.  Adakah rasa bersyukur kepada Allah kerana memberi masa kepada kita untuk menunaikan Solat Sunat Dhuha?

Rasa yang kedua (2) adalah bersifat kehambaan.  Hakikatnya manusia sentiasa berpuas hati dengan usaha sendiri.



NH
26082016
Kajang, Selangor

Tuesday, August 9, 2016

Travelog Brunei 2011

Sayangnya....

HP dan SD card lama dah rosak. Gambar dan nombor telefon masih belum boleh diselamatkan.  Kena usahakan juga untuk dapatkan semua itu.  Sebenarnya lebih kepada kenangan.  3000 ++ keping  gambar dan lebih 300 no telefon dalam SD card lama.  Pengajaran yang dapat ialah mesti simpan semuanya dalam google drive atau untuk lebih senang simpan di sini.  Tulis cerita dan pengalaman di blog untuk tatapan hari tua. 

Back to Brunei's Story

Saya tidak tahu orang lain, tapi saya sendiri dapat merasai naik kapal terbang ketika sudah berusia 23 tahun.  Dan tempat pertama ke luar negara adalah Bahrain(Transit), Makkah dan Madinah untuk menunaikan umrah.  Saya rasa dah agak lewat baru dapat merasai menaiki kapal terbang.  Tetapi....  Abah saya cakap saya harus bersyukur sebab abah merasai naik kapal terbang ketika umur hampir 40 tahun.  Itulah manusia.  Sentiasa memandang orang lain yang lebih dari kita menjadikan kita orang yang tidak bersyukur. 

Februari 2011

Seingat saya ketika itu cuti semesta universiti tahun akhir.  Dengan berbekalkan passport yang masih valid, saya minta untuk ikut mak dan abah ke Brunei bagi menghadiri majlis perkahwinan anak kawan baik mak.  Ahh, tak seronok betul tiada gambar ni.  Kami bertolak dari LCCT ke Miri terlebih dahulu.  Miri ni sebenarnya jiran saja dengan Brunei.  Ada je orang Miri bekerja di Brunei ulang alik setiap hari.  Seingat saya, nak ke Brunei tu ada tol dalam RM7.00.  Lepas dari tu, dapatlah masuk Brunei. 

Bila tiba di Miri, kami di ambil oleh keluarga kawan baik mak ke Jinhold Service Apartment.  Haha.  Memang berjin sungguh la.  Kami tidur di situ semalaman. Merasa lah saya sampai Miri.  Walaupun dah pernah tinggal di Sarawak hampir 3 tahun, tapi tak pernah sampai Miri.  Paling jauh pun Sarikei.  Daerah-daerah di Sarawak memang jauh satu sama lain.  Keesokan paginya ramai mengadu kata ada gangguan.  Terus rasa seram sejuk. Hehe.  Tak apa lah, sebab dah balik.  Yang penting kita blacklist apartment ni. 


Selepas siap bersarapan, terus bertolak ke Brunei untuk majlis akad nikah seterusnya majlis berinai(lupa nama) dan majlis resepsi keesokan harinya. Sampai Brunei dalam waktu Zohor dan terus ke rumah persinggahan bagi keluarga lelaki.  Kami semua bersiap dengan tema grey.  Orang Brunei memang kaya.  Sepanjang perjalanan ke rumah pengantin perempuan, saya perhatikan kereta-kereta penduduk Brunei dan boleh saya katakan setiap rumah(walaupun rumah kayu) tidak kurang dari 3 buah kereta.  Anak-anak muda ramai yang memandu Suzuki Swift, Vios dan Honda.  Brunei sangat tenang.  Masing-masing memandu perlahan dan sopan. Seperti tiada apa yang hendak dikejarnya. 

Oh, rumah persinggahan kami pun memang rumah yang mewah.  Kereta di porch pun ada beberapa biji.  Semuanya kereta mewah.  Semasa kami bersiap hendak ke rumah pengantin perempuan, ada sebuah kereta Fair Lady di hadapan porch rumah.  Dan kami dimaklumkan itu adalah hadiah kahwin dari pengantin perempuan kepada pengantin lelaki!  Haha.  Kami hanya mampu ambil gambar sahaja.  Memilikinya hmmmmmm.  Tak apa lah.  Hehe.  Dalam jam 3 petang kami semua bersiap untuk menghadiri majlis akad nikah yang diadakan di rumah perempuan(Saya menyesal tidak ingat langsung nama tempat apatah lagi the exact date!).  Majlis akad nikah berjalan lancar.  Duit mas kahwin sebanyak USD Brunei 5000.  Ketika itu matawang baru 2.5.  Murah lagi.  Cuba cek sekarang, dan 3 lebih.  Oh, di tempat duduk pengantin lelaki ada 4 batang lilin besar disekelilingnya.  Saya perhatikan orang Brunei akan letak 4 batang lilin ni ketika majlis Akad nikah.  Justifikasi?  Saya kurang pasti.

Selepas selesai majlis akad nikah, kami pergi ke penginapan di bandar Brunei.  Yaaa, saya betul-betul lupa nama apartmentnya.  Tapi cukup selesa.  Ada ruang tamu yang kecil, pantry dan bilik yang berasingan.  Malam itu, kami perlu menghadiri sort of Majlis Berinai dan semua dikehendaki memakai baju warna putih.  Kami memang sudah dipesan untuk bawa baju putih.  Adat katanya.  Keesokan harinya Majlis resepsi juga berjalan dengan lancar.  Saya dah lupa apa yang menarik.  Benar-benar lupa. 

Selepas selesai semuanya kami berjalan- jalan di bandar Brunei.  Antara tempat yang wajib singgah kalau ke sana adalah di Istana Nur Iman, Masjid Sultan Hasanal Bolkiah yang sangat cantik, shopping kain di kedai.  Yaa, kedai yang lupa namanyaa.   dan Kampung air!  Sesuatu yang menarik mengenai Kampung Air ini adalah semua rumah, sekolah, balai polis, balai bomba,  masjid, hospital, kedai, resturan dan sebagainya dibina di atas air. Boleh dikatakan setiap rumah ada bot masing-maaing.  Bila ditanya pada penduduk di situ, sebenarnya mereka juga mempunyai kereta tetapi di parking di kawasan bertanah. Saya dimaklumakan juga terdapat 42 kampung di dalam Kampung Air.  Sesiapa ke Brunei, this is one of the attraction shoud be visited. Kami sempat singgah satu rumah yang mana rumah berkenaan dibina menggunakan batu dan sangat cantik.  Siap aircond semua bagi. Complete.  MasyaAllah.  Besar kuasa Allah mengilhamkan kepada manusia untuk membina penempatan di atas kawasan air. 

Selepas selesai semua urusan di Brunei, kami terus ke Miri untuk bermalam dan seterusnya keesokkan harinya pulang ke Kuala Lumpur. Semasa di Miri, sempat berjalan-jalan di sana dan saya sekali lagi lupa ke mana saya pergi. Tapi saya ingat kami bermalam di Mcitisuites.  Saya rasa ni aparment.  Semasa kami menginap, kami dimaklumkan apartment ni baru siap.  Jadi, biliknya memang selesa, cantik dan bersih.  Saya cek di Tip Advisor, hanya dapat 3*.  Citarasa masing-masing.

Sehingga kini, saya masih mencari kenapa kita perlu mengembara?  Mengetahui Adat? budaya?  dan apa?


NH
08082016
Ampang, Selangor

Thursday, August 4, 2016

Travelog 2009 - 2016

Saya merancang untuk melancong sedikit jauh dari Malaysia pada tahun 2017.  Negara yang mempunyai high cost of living.  Food, transportation and etc.  Saya membuat persedian bermula Mei 2016 lagi.  Perkara pertama adalah membeli tiket kapal terbang dan seterusnya membuat deraf itineri, survey penginapan, study mengenai pengangkutan awam dan sebagainya.  Banyak perkara harus diteliti kerana kali pertama ingin melancong secara backpaker dan cuba untuk mengurangkan bajet.  

Perkara yang paling seronok adalah, apabila kita ingin mengetahui sesuatu maklumat, kita hanya perlu taip di google dan segala maklumat ada di situ.  Di hujung jari sahaja!  You know, how many rewards(pahala) the writers will get for every reader? So many!  They help a lot of people.  This is also call as random act of kindness.  MasyaAllah!

Mereka menulis tip, pengalaman, dan moments untuk dijadikan kenangan kepada diri sendiri dan keturunan mereka sekaligus membantu orang lain di luar sana untuk melancong.

Saya yakin mereka menulis bukan untuk membangga diri, tetapi ingin membantu orang lain untuk sama-sama merantau mempelajari budaya, adat dan mengambil ibrah di setiap sudut kehidupan mereka.

InsyaAllah, sekiranya ada kesempatan saya juga ingin berkongsi pengalaman berharga ke mana passportku telah sampai.  

2009 - Menunaikan Umrah( Dah pernah tulis) 
2011- Brunei
2014 - Kota Kinabalu, Sabah
2015 - Jogjakarta, Pulau Pinang, Pengerang Johor

Tak banyak kan?  Tetapi ada sesuatu yang sangat berharga terutamanya Umrah dan Jogjakarta.  Kita list down kan juga tempat dalam Malaysia. Sebenarnya melancong dalam Malaysia pun menarik.  Banyak tempat kita belum pergi.

Google.com

NH
04082016
Ampang, Selangor

Tuesday, August 2, 2016

Kenapa Menulis Semula?



Saya baca penulisan saya yang lepas. Baru perasan yang saya mula menulis pada tahun 2008.  9 tahun yang lalu.  Masih budak dan remaja.  Sekarang bukan kategori remaja tetapi dewasa. hehe.  

Kenapa menulis semula?

Kerana setiap ilmu pengetahuan dan pengalaman harus diabadi dan dikongsi untuk menjadikan kita orang yang sentiasa dalam keadaan bersedekah.  Ya, bersedekah ilmu.  Amal jariah yang berpanjangan.  InsyaAllah.  


google.com




NH
02082016
BSP, Kajang

2008 - 2013 - It's Has Been A Long Time


Assalamualaikum Warahamtullhi Wabarakatuh..

You know, it's been a long time I started writing a blog. Yes, a long time ago.
In 2008-  I was young,  but now in 2016, I still young!  ahaksss
Stay tune!  I will be back.  Share stories.  InsyaAllah.