Saturday, March 3, 2012

My Passion, Puding Caramel

Bismillah..

Homemad Puding Karamel


Selepas diterbalikkan

10 biji telur
1 tin susu pekat
1 tin air masak
Sedikit esen vanila
1 sudu tepung kastard

Cara-caranya:

1) Kacau sehingga sebati( Tak perlu guna mixer)
2) Hanguskan 3 sudu besar gula didalam loyang(di atas dapur).
3) Masukkan adunan yang telah sebati ke dalam loyang dan pengukus. Panaskan air dulu.

Masak lebih kurang 20 minit.

*******************************************************

Gambar diatas, tak guna loyang sebab nak letak dalam bekas kecil comel. Caranya lebih kurang sama sekiranya menggunakan loyang. Yang membezakannya, kita kena masak gula didalam periuk dan campurkan sedikit air ke dalam periuk supaya gula tu tak mengeras apabila sejuk. Lepas tu, tuang sikit-sikit kedalam bekas.



Saya memang suka buat kuih tetapi bila dah terhidang, saya makan sikit sahaja. Sebab tak suka manis! hehe. Kalau buat banyak, memang niat untuk bagi jiran.

My passion, my hobby..

No comments: