Thursday, February 18, 2010

Ayat-ayat Cinta vs Ketika Cinta Bertasbih


Tiba-tiba rasa nak menulis mengenai dua cerita di atas.

Kawan kelas (non muslim), dia selalu cakap yang KCB ni primitif. Primitif ni macam kuno, orang zaman-zaman dahulu ataupun ketinggalan zaman. Itu pendapat dia. Bagi pendapat dia, AAC ni mengceritakan perihal pengorbanan seorang isteri terhadap suami, seorang wanita terhadap wanita lain, dan seorang ibu terhadap anaknya. KCB mengceritakan perihal lelaki yang memanipulasi wanita dan menjadikan agama sebagai alasan untuk menindas golongan wanita.

Apa-apa pun pendapat dia, aku tetap ucapkan tahniah kepada dia kerana menghayati sebuah filem islamic yang bagi aku memberi manfaat kepada kita semua.

Cuma aku juga memandang dari sudut kualiti pelakon. Bagi aku, AAC tidak menjaga aurat dan KCB boleh dikatakan menjaga hampir keseluruahan aurat sepanjang pembikinan filem tersebut. Mungkin bagi sesetengah orang tidak kisah tentang pelakon, yang penting isinya. Adakah tidak penting? Tepuk dada tanya iman.

Walaubagaimanapun, isi cerita tersebut, Alhamdulilah tetap manfaat, cuma bak kata Abu saif "Mas Azzam tidak mengikuti usrah ke kat Mesir mahupun di Indonesia?"

Itu kena tanya Kang Abik. heheheh

No comments: