Monday, January 18, 2010

Generation

I always heard that generation YY very "Poyo", rude, difficult to respect other etc. Okay. Fine. I'm from GEN YY. For those yang tidak tahu dia dari generasi mana, meh aku beritahu mengenai bab generasi.

Baby Boomers

Generasi Baby Boomers ni ialah orang yang berumur 40 - 50 ++ pada tahun 2013 above. Generasi BAby Boomers ni selalunya sangat sopan a.k.a banyak terpengaruh dengan cara orang zaman dulu. Meaning, mereka sangat polite. Nak lalu depan orang pun, mereka akan tunduk. Sebab tu, kalau ada anak dara nak kahwin dengan anak teruna mereka, mereka sangat mementingkan akhlak dan adab + moral.

Generasi XY

Gen XY ialah orang yang berumur 30 ++ til 40. Lebih kurang macam itu lah. Gen ni open minded sikit. Boleh bertolak ansur dengan remaja. Gaya hidup mereka kadang-kala ada terpengaruh dengan Gen Baby Boomers.

Generasi YY

Gen budak remaja macam aku. *remajakah aku? hahaha. Hari tu lecturer aku tegur yang Gen YY ni susah nak hormat orang lain. Apa yang dikatakan oleh lecturer tu memang ada benarnya. Tapi bukan semua Gen YY ni tidak hormat orang, hanya segelintir sahaja berkelakuan lain. Sebenarya mereka kurang kesedaran sivik. Kadang-kadang aku perhatikan Gen YY ni susah nak tunduk sikit kepala tanda hormat kalau lalu depan lecturer atau orang yang lebih tua. Itu memang aku perasan.

Lagi....Selalunya Gen Baby Boomers ni kurang suka kalau budak-budak muda bergurau melampau dengan merek. Bagi mereka kurang beradab. Tapi Gen XY mungkin boleh dibuat begitu.

Kesimpulan, sesiapa yang baca entri kali ini dan merasakan anda dari Gen YY yang kurang kesedaran sivik, belajarlah untuk menghormati orang lain. Kita tidak rugi apa-apa malah disenangi oleh orang lain.



No comments: