Tuesday, February 16, 2010

Pandanglah Dengan Pandangan "Mata Hati"

Post kali ini akan menggunakan kata ganti diri "saya".

Tahun 2005, saya dapat keputusan SPM. Keputusan yang tidak teruk dan tidak juga cemerlang. Alhamdulillah dengan keputusan itu juga saya dapat belajar sehingga sekarang. Saya bercita-cita untuk jadi guru a.k.a pendidik. Saya memohon Maktab Perguruan tapi tiada rezeki. Hanya mampu sampai temudaga sahaja.

Tahun 2008, saya sudah memiliki segulung diploma dengan keputusan yang tidak terud dan tidak juga cemerlang tapi saya tetap berusaha untuk menjadi seorang pendidik. Saya memohon sekali lagi dalam bidang pendidikan untuk Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di Upsi, tapi masih tidak mendapat rezeki. Hanya mampu sampai ujian sahaja. Masih tidak berpeluang mendapat rezeki dalam bidang pendidikan.

Saya sangat kempunan untuk menceburi bidang pendidikan. Kenapa??? Nanti saya cerita.

Pada sahabat-sahabat yang teringin untuk menjadi guru a.k.a pendidik, anda masih mempunyai peluang ke arah itu. Saya cadangkan (bagi lepasan Ijazah) anda pergi ke PPD(Pejabat Pendidikan Daerah) atau JPN(Jabatan Pendidikan Negeri) untuk memohon secara terus bagi jawatan GSTT (Guru Sandaran Tidak Terlatih). InsyaAllah pasti ada kekosongan.

Anda juga boleh memohon KPLI.

InsyaAllah, selepas saya menghabiskan pengajian Ijazah ini, saya akan memohon lagi bidang ini. I believe if I love something, I'll try to achieve it and it will become true. InsyaAllah.

Bidang Pendidikan

Saya terlalu cintakan bidang pendidikan kerana???? Saya ingin mendidik anak-anak murid supaya menjadi orang yang berguna bukan sahaja cemerlang dalam pelajaran tetapi mempunyai akhlah yang TIPTOP. Sekiranya saya menjadi seorang guru, saya bukan sahaja mengejar masa untuk menghabiskan silibus tetapi ingin mendidik hati-hati mereka agar menjadi anak yang soleh dah solehah. Itu impian saya. Sekiranya saya berjaya mendidik hati-hati mereka patuh kepada Allah dan taat kepada ibu bapa, saya akan merasa berpuas hati. Tetapi sekiranya mereka berjaya patuh kepada Allah dan taat kepada ibu bapa serta berjaya dalam pelajaran, saya kira itu adalah satu BONUS buat saya dan mereka juga.

Sepanjang pemerhatian saya, hanya sesetengah guru sahaja yang mengajar bagi tujuaan mendidik jiwa anak-anak pelajar. Sesetengah lagi hanya mengajar untuk menghabiskan silibus dan mendapat gaji kerana apa? kerana mereka tidak kisah dengan masalah sosial yang semakin meruncing ketika ini. Maksiat di sana sini. MasyhaAllah. Tapi Alhamdulillah, setakat ini sahabat-sahabat saya sudah menjadi pendidik semuanya mengajar untuk tujuan mendidik jiwa anak-anak kecil ini. Mereka cakna tentang masalah akhlak yang semakin teruk dewasa ini.

Saya selalu bertanya kepada sahabat-sahabat yang sudah menjadi guru atau masih lagi praktikal mengajar tentang akhlak pelajar-pelajar mereka.

"Teruk budak sekarang!!"

"Alcohol is common!!"

"Zina is common!!"

"Smooking is too common!!"

"Drug is common!!" Jawab sahabat saya.

Termenung saya memikirkan hal ini. Sebab?? Saya masih tidak berkahwin dan tidak mempunyai anak-anak. Bagaimana dengan anak-anak saya akan datang? Adakah macam saya, adakan akan menjadi manusia berguna, or manusia tidak berguna? (nauzubillah). Menitis air mata saya.

Sebuah Kisah Benar

Sahabat saya bercerita lagi, pernah dia masuk satu kelas ini untuk relief yang mana kelas ni sangat bising dan kesemua pelajarnya ialah lelaki. Dengan menjerit macam kena rasuk hantu, dengan bisingnya berborak sana sini dan macam-macam lagi. Dia senyap sahaja dan perhatikan keadaan pelajar-pelajarnya. Terkedu dia sementera. Dia sengaja membiarkan keadaan begitu. Dia nak tengok sejauh mana degilnya pelajar-pelajarnya. Tiba-tiba, sedang dia memerhati keadaan kelas yang sangat serabut tu, ada seorang pelajar datang depan meja dia.

"Cikgu mengajar apa?" Tanya pelajar berkenaan

"Cikgu mengajar inggeris." Jawab sambil tersenyum

"Oh, teacher la ni. Ingatkan ustazah." Kata pelajar berkenaan

"Ha a, saya teacher. Awak asal dari mana? Mak ayah kerja apa?

"Saya dari sini je teacher. Mak kerja bla..bla... Ayah kerja Bla..Bla...Mak ayah saya dah bercerai. Saya sekarang tinggal dengan mak" Jawab pelajar tu lagi.

Sahabat saya pakai tudung labuh tetapi mengambil TESL. Hebat kan? I really proud with her. Sahabat saya cerita, pelajar ni sangat baik Memang pendiam.

Tiba-tiba sedang dia berborak dengan pelajar berkenaan, seorang demi seorang datang ke meja depan untuk participate juga. Pelajar-pelajar yang lain seolah-olah cemburu dengan kemesraan sahabat saya dengan pelajar berkenaan. Kelas yang tadi sangat bising terus diam. Semua berkumpul di depan mejanya. Sahabat saya tanya seorang demi seorang tentang ibu dan ayah mereka. Sedang berborak....

"Teacher, dia ni kan teacher dah biasa minum arak." Tempik seorang dari mereka sambil menunjuk jari ke kawannya.

"Ala, ko yang ajar aku kan." Jawab kawannya pula

"Teacher, tengok ni, muka stim je. Tengah high la tu." Tempik yang lain sambil menunjuk kawannya yang tengah stim (Nak buka mata pun tak dapat).

"Teacher, dia ni kan pernah rosakkan anak dara orang. Kalau teacher tak percaya tanya dia." Tempik yang lain sambil menunjuk kepada kawannya.

"Betul ke awak dah rosakkan anak orang?" Tanya sahabat saya

"Betul teacher . Mak ayah dia tak kisah saya keluar masuk rumahnya. Saya pun amik la peluang." Jawab pelajar itu.

Terkedu sahabat saya dengan cerita-cerita pelajar-pelajar kelas itu. Mereka tanya macam-macam. Tentang dosa pahala. Sahabat saya bagi nasihat kepada pelajar-pelajarnya. Semua senyap tidak terkata.

Sahabat saya cerita, kebanyakkan dari mereka ialah dari family broken's background. Kurangnya kasih sayang dan tiada didikan agama.

Dari cerita sahabat saya itu membuatkan perasaan saya untuk menjadi guru semakin membuak-buak. More you give, more you get. Just remember it.

TERCAPAI ATAU TIDAK CITA-CITA SAYA, ITU TERSERAH KEPADA ALLAH. MASIH MENJADI RAHSIA-NYA. I LEAVE EVERTHING TO ALLAH. ALLAHUAKBAR..!!

Kenapa saya tidak mahu menjadi pensyarah? Bukankah itu lebih bergaya?

Melentur Buluh Biar dari Rebung. Saya tidak berminat dengan pelajar-pelajar universiti. Saya tahu perangai masing-masing kerana saya juga pelajar universiti dan mempunyai ramai kawan di sini.

Kenapa tidak menjadi executive sahaja? Lebih relax dan bekerja di dalam aircond?

Itu terpulang kepada Allah. Saya berusaha, Allah yang menentukannya dan yang penting, saya mesti menghabiskan as soon as possible dengan keputusan yang cemerlang, TIPTOP dan diberkati oleh-NYA. Amin. At least grad with 2nd Class Upper. InsyaAllah

Kesimpulan

Pelbagai cara untuk mendidik pelajar-pelajar berkenaan. Ia bergantung kepada kemahiran masing-masing. Mungkin dengan rotan, mungkin juga dengan marah, tengking atau dengan cara berhikmah atau dengan perbuatan kita. Terpulang dengan diri masing-masing . Explore yourself..!!

"Pandanglah Dengan Pandangan Mata Hati"

No comments: