Monday, February 22, 2010

Nasyid + Band

Pertandingan nasyid intercampus.

Aku sampai kampus petang semalam. Usha-usha, rupanya ada pertandingan nasyid intercampus. Malam 20hb Februari ada saringan yang mana 13 kumpulan masuk bertanding tapi hanya 5 kumpulan sahaja yang terpilih untuk final. Hajat dihati memang malas nak turun sebab tengok dari bilik tepi tingkat pun dah boleh nampak dan sudah pasti sound system nya yang sangat kuat.

21 Februari, Final nasyid.

Bila memikirkan kupon (untuk kelayakan kolej next semester), terus bersiap dan turun ke dataran untuk melihat pertandingan dengan lebih dekat. Aku tak menyesal turun ke dataran, sebab pertandingan nasyid itu sangat best. Aku boleh bagi 4/5 bintang kepada pihak penganjur. Grand habis la.!! Yang penting, peserta-peserta sangat berbakat. Creative sungguh depa ni.

Pertandingan nasyid ini dibuat sempena Maulidur Rasul. Kira dalam masa seminggu ni, memang banyak program keagamaan . Alhamdulillah. Semoga ia berterusan hingga akhir hayat. Antara program-program lain yang bakal dijalankan ialah persembehan teater arahan Erma Fatimah, Forum dan solat hajat dan tahlil arwah. Bagi aku agak menarik program-program yang bakal dijalankan. Lagipun, ramai sahabat-sahabat aku terlibat. Itu yang lagi aku suka.

Pihak menganjur telah menjemput salah seorang dari Kumpulan Mursyidi, Mustika or Unic (tak ingat), dah Muaz sebagai pengadil. Akhir persembahan, kumpulan Mursyidi dan solo Muaz buat persembahan. And now, I'm falling in love with Muaz's song. best..!! Lagu Stand Up. Lagu sahaja ye, bukan orangnya, bukan caranya dan bukan segalanya. Orang lain dah biasa dengar kot, cuma aku ni. Baru nak kenal. hehehe.

Sedang aku kusyuk mendengar nasyid-nasyid yang dipertandingan, aku perasan seseorang yang aku kenal. Ye, itu Nasaie!! Tegur dia, rupanya masih kenal dia dengan aku. Aku sama kampus dengan dia semasa buat diploma di Sarawak. Dia sekarang dah makin advance. Ada band sendiri. Al-Farabi Band. Lagu-lagunya agak rock. Bagi yang suka, boleh dengar dan bagi yang tidak suka, just ignore it. Apa yang penting, dia bagi cd lagu free kat aku. Balik bilik, aku dengar, memang rock habis. Masa zaman di Sarawak dulu, dia memang minat nasyid, dan sekarang cita-citanya sudah tercapai. Sekarang ni dalam proses promotion.

Aku rasa, dalam masa setahun yang lepas, aku dah 3 kali jumpa dia. Pertama kali, jumpa dia kat majlis kawin anak kawan abah. Dia jadi DJ(Islamic Music) untuk majlis itu. Kali kedua, aku jumpa dia jadi penjual kat kedai buku dan ni kali ketiga aku jumpa dia, dia dah ada band sendiri. Tahniahlah buat Saudara Nasaie.

Ini gambar cd tu:


Al Farabi Band

Itu gambarnya


No comments: