Post kali ini akan menggunakan ganti diri "saya." Nak cerita benda baik-baik, kena guna "saya." hehe
Ada orang request kat saya , minta ceritakan pengalaman di Madinah dan Mekah. Cerita ini dah lama sebenarnya tapi masih mekar dalam otak fikiran saya. Mana mungkin saya melupakan kenangan ke Haramain.
Seminggu sebelum saya bertolak ke Haramain, saya demam. Bukan demam biasa, tapi demam campak. Saya dah risau masa itu. Dalam hati berbisik "boleh ke aku pergi ni? ke memang bukan rezeki aku nak ke sana?" Saya berusaha untuk sihat. Dan yang penting, saya tak pergi jumpa doktor pun. Sebab takut dengar jawapan doktor. heheh. Saya makan ubat 4 jam sekali, minum air kelapa, tidur tu memang terlebih cukup, tak buat satu kerja rumah pun, dan yang paling penting, memang saya rehat secukup-cukupnya. Badan dah naik banyak bintik-bintik merah. Tak putus saya berdoa kepada-NYA. Hari pertama nak bertolak tu, masih lemah. Dehydrate sangat masa tu. Muka dan bibir mengelupas dan kering+ badan lemah. Yang saya risau, saya pergi sana tanpa kenal seorang pun, sebabpergi seorang diri tanpa family.
Cerita bermula...
1 Jun 2009/Isnin/KLIA
Kat KLIA cari travel yang saya join ni, dan saya juga mencari kawan. heheh. Saya cari yang anak dara la. Alhamdulillah, jumpa kawan baru. Syarifah Hendon Al-Jash Salleh. Ada keturunan arab Jeddah. Cantik orangnya. 2nd times went to Haramain. Kiranya dia dah ada pengalaman ke sana. Senang nak ke Masjid Nabawi dan Masjidil Haram sendiri. oh. Dia pun pergi seorang tanpa family macam aku.
1 Jun 2009/Isnin/Bahrain - Jeddah - Madinah
Saya bertolak ke Bahrain dengan menaiki Pesawat Gulf Air selama 8 jam. (Transit) Penat sangat sampai susah nak tidur sedangkan saya masih demam ketika itu. Tambah lagi, saya tak sabar nak tengok Madinah. Teruja..!! Sampai Bahrain jam 2 petang waktu sana. Lepak-lepak, tengok keadaan sekeliling and then naik pesawat menuju ke Jeddah yang mengambil masa 2 jam perjalanan. Sampai di Airport Jeddah, kena periksa pasport dan mahram. Saya pergi tumpang mahram orang. Pengurusan di Airport Jeddah sangat lambat dan lembab.!! Orang arab ni,(sesetengah je) kalau nampak anak gadis cantik-cantik, cepat la buat kerja. Kalau yang tua tu, boleh dia marah-marah. Aduss..
Selesai di kaunter, serah pasport pada mutawwif dan bus tiba. Naik bus dan menuju ke Madinah jam 10 Malam waktu sana. Sampai Madinah jam 4 pagi. Wah, terus buka mata luas-luas. Nak tengok Bandar Madinah. Saya mencari-cari mana Masjid Nabawi. Sya (Syarifah) pun tunjuk kat saya. Cantik sangat. Awesome..!!!
2 - 4 Jun 2009/Selasa - Khamis/Madinah
Hari pertama sampai Madinah, tak sempat solat subuh di Masjid Nabawi. Solat di bilik sahaja and then jam 9 pagi berjalan menuju ke Masjid Nabawi untuk memasuki Raudhah. Wah, sekali lagi teruja. Orang ramai sangat nak masuk Raudhah.(Taman-taman syurga) hah, sebelum masuk masjid, akan ada pekerja periksa beg kita. Hp not allow to bring into mosque. Hp tiada kamera sahaja boleh bawa. Tapi pandai-pandai siapa nak bawa tu. Sorok la kat mana-mana di anggota badan anda selagi tidak disyaki. hehe.. Alhamdulillah, saya sentiasa terlepas, tapi Sya mesti tak lepas. Sebab?? Muka dia ada iras orang arab. nasiblah. Tapi kan, orang lelaki jarang kena periksa. Selalunya lepas saja bawa hp masuk masjid. Hah, Discrimination Gender!!!
Masuk Raudhah ni kena kuat. Sebab orang-orang arab akan tolak kita sesuka hati. Be carefull. Kali pertama masuk Raudhah, saya tidak terus menghampiri Makam Rasullah, tak biasa lagi. Masuk sahaja ke dalam kawasan Raudhah aku mula bicara "Assalamualaikum ya Habibullah, aku datang menziarahimu. Keluargaku dan kenalan-kenalanku menyampaikan salam buatmu." Menitis air mata ketika ini. Subhannalah. Tidak sangka diberi peluang mengziarahi Rasullah & para sahabat terutamanya Abu Bakar As-Siddiq, Uthman bin Affan dan Umur Al-Khatab. Kali kedua masuk Raudhah, aku tunggu sampai betul-betul hampir dengan Makam Rasullah. Nak masuk Raudhah ni pun ada masa-masa tertentu. Sebab Raudhah ni kat tempat muslimin solat.

Di Madinah, saya melawat tempat pembikinan al-quran dunia, ladang kurma, Masjid Quba, Masjid Qiblataini, Masjid Tujuh, Makam Saidina Hamzah, Bukit Uhud dan sebagainya. oh, lupa. saya pergi musim panas. Suhu kadang kala mencecah 40 C keatas. Ada sekali tu, 5o C keatas. Pening kepala. saya tak tahan panas. Astaqfirullah, ini baru dunia. Memang sun glasses sentiasa di mata. Nak buka mata pun susah. Tapi yang bestnya, anda tidak akan merasa busuk dengan peluh!!Sentiasa kering.
Sebelum meninggalkan Kota Madinah, Saya pergi buat salam wida' buat Rasullah. Sedih tak terkata. Menangis semahu-mahunya. Susah nak describe kat sini bagaimana perasaan ketika itu. "Ya Rasullah, jadikan ini ziarah pertama aku, bukan ziarah terakhir terakhir dariku."
Saya juga menziarahi Tanah Perkuburan Baqi' (Kubur para sahabat Rasullah dan anak-anaknya). Kubur Siti Khadijah di Mekah. Di Muala'(Tak tahu ejaan betul ke salah). Kat sana, saya dan Sya sempat pergi makan Al-Baik. Al-Baik ini sebuah restoran fast food. Macam KFC kalau kat sini. Tapi makanannya sangat murah. Harga Air Pepsi 1 Riyal. Makanannya pula, ada 4 ketul ayam, kentang goreng yang sangat banyak, dan roti berharga 11 riyal. Murah bagi saya. Makan tak habis. Saya gatal tangan beli nuget pula. Yang ni pun banyak juga. Harganya 7 Riyal. hah, kat sana tidak dikenakan tax. Sebab tu murah. Negara dah kaya. Tak perlu Tax ni. Keadaan restorannya pun best. Ada dua bahagian. Family and single. Family ni kalau datang dengan family ataupun muslimat sahaja. Yang single pula untuk muslimin sahaja. Makan pun dalam tempat yang tertutup. Privacy!!


4 Jun 2009/Jumaat/Madinah - Mekah Al-Mukarramah
Jam 2 petang bertolak ke Mekah. Singgah di Miqat Bir Ali untuk niat umrah wajib. Umrah pertama. Selesai semuanya, niat dan solat sunat ihram + solat asar di sana, kami meneruskan perjalanan menuju ke Mekah. 6 Jam perjalanan. Masa ini dah dalam keadaan ihram. Nak tidur pun takut, takut tertutup muka. Lebih kurang jam 10 malam kami sampai di Mekah. Masa ini teruja nak tengok nak tengok Masjidil Haram. Tak sabar pula nak tengok Ka'bah. Dalam hati ni takut juga sebenarnya. Ye la, macam2 cerita dengar sebelum datang Mekah. Tak nampak Ka'bah la, kaki sakit lah dan sebagainya. Kali pertama melihat Ka'abah, tak mampu nak berkata apa-apa, senyum sahaja dan berdoa. Awesome again!!
Tapi Alhamdulillah, saya selamat semuanya. Selesai Solat Jamak Maghrib dan Isyak, kami teruskan melakukan umrah pertama. Dimulai dengan Tawaf, saie dan Tahallul. Perasaan?? Penat tu memang pasti, sebab kali pertama melakukan umrah, tawaf 7 keliling dengan keadaan orang ramai, saie 7 kali dengan jauhnya. Tapi tu kali pertama sahaja, Alhamdulillah, perasaan teruja tu lebih mengatasi segalanya. Bersyukur sangat dapat melihat BAITULLAH. Macam-macam doa saya sebut. Apa yang saya mahu, semua saya sebut. Nampak sahaja Ka'abah, terus angkat tangan, berdoa, baca Al-quran dan sebagainya. Buatlah apa-apa kebajikan, insyaAllah, anda akan merasa tenang di sana. Hah, lupa saya nak cerita. Kalau di Mekah atau Madinah, hari Khamis dan Jumaat memang ramai orang sebab mereka cuti hujung minggu dan datang berkampung di Masjidil Haram. Jadi, ketika saya melakukan umrah pertama tu, memang ramai orang sangat. Malam di Mekah macam siang.
Tiada satu masalah pun dalam kepala otak ni untuk difikirkan. Semuanya gembira. Family di rumah pun saya tak ingat. Itu memang saya tak tipu. Mak selalu contact saya, tapi saya kurang ingat kat Malaysia. Malah sedih kalau teringat nak pulang ke Malaysia. *Tapi bila mak pergi Mekah, saya pula sibuk2 contact mak, padahal mak pun tak ingat kat saya. hehehe.2 x 5, 5 x 2..
5 - 8 Jun 2009/Jumaat - Isnin/Mekah


Selesai melakukan umrah pertama jam 2.30 pagi. Saya dan Sya balik hotel dan rehat. jam 3.3o pagi bersiap untuk ke masjid dan solat subuh. Rutin harian kami pergi masjid, melakukan umrah, tawaf sunat, kadang-kadang tawaf kedai, dan pergi bersiar-siar disekeliling hotel. Tengok2 Mekah.
Setiap hari akan berkejar ke masjid untuk berjemaah dan solat jenazah. Bahagia sungguh ketika itu. oh, masa 5 Jun tu, saya tidak pergi solat jumaat di Masjid, sebab terlalu penat. Tapi jumaat seterusnya, saya pergi untuk mendapatkan pengalaman. Ramai sungguh orang. Melimpah ruah sampai ke luar Masjid.
9 Jun 2009/Selasa/Mekah(Ziarah)
Kami pergi ziarah Jabal Rahmah (di sini bukan sahaja kita berdoa untuk mendapatkan jodoh yang soleh dan solehah, bahkan kita juga harus berdoa semoga diampunkan dosa sebagaimana Allah mengampunkan dosa Adam dan Hawa yang telah dicampak ke dunia atas kesalahan yang dilakukan), Bukit ....(Saya dah lupa nama bukit ni), kawasan arafah, mina, dan jamrah.
10 Jun 2009/Rabu/Mekah(Gua Thur@ Jabal Nur)

Alhamdulillah, saya dan 9 jemaah lagi berpeluang mendaki Gua Thur(yang pergi ni hanya yang larat sahaja untuk mendaki). Tempoh mendaki selama 45 minit dah turun 30 minit. Secara jujurnya, saya tidak larat untuk mendaki sebab saya kurang sihat ketika itu. Batuk, selesema, dan dehydrate. Tapi berbekalkan semangat untuk melihat keadaan di atas sana, dan lebih-lebih lagi tempat Rasullah bersembunyi, saya gagahkan juga untuk mendaki ke atas. Jabal Nur adalah tempat persembunyian Rasullah S.A.W bersama Abu Bakar As-Siddiq. Dalam masa yang sama, anak Abu Bakar, Asma' akan menghantar makanan kepada mereka selama persembunyiaan itu.
Saya cuba bayangkan bagaimana Asma' boleh menghantar makanan setiap hari. Betapa kuatnya Asma' mendaki jabal tu. Subhanallah. Jabal itu sangat tinggi, tapi orang-orang arab yang tua-tua terutamanya masih mampu untuk mendakinya. Terpegun tengok orang-orang arab ni. Perasaan kasih sayang mereka terhadap Rasullah sangat tinggi. Saya sempat mendaki dengan warga Iran. Orangnya gemuk, tapi semangat mendaki, Masyallah. Tapi sepanjang saya mendaki dengannya, mulutnya tak berhenti menjerit "Ya Ali, Ya Ali, Ya Ali." Orang Syiah barangkali.

11 Jun 2009/Khamis/Mekah(Al-Khansaa)

Saya juga sempat pergi ziarah rumah saudara jemaah yang datang bersama kami. di Al-khansa. Rumahnya besar, 3 tingkat, Muslimat di tingkat bawah sekali dan muslimin di tingkat kedua. Makan nasi arab. Sedap-sedap.hehe. Macam-macam tuan rumah jamu kat kami. Tuan rumah tu boleh cakap Kelantan Patani tapi yang tua-tua sahaja boleh cakap Kelantan Patani, yang muda2 tak pandai. BI dan BA sahaja mereka tahu. Tuan rumah tu kerja cikgu. Nak tahu berapa gajinya??? Gaji sebulan 15 Ribu Riyal. huhuhu. Dahsyat sungguh. Ada tu doktor pakar, gajinya 25 Ribu Riyal. Saya tak pasti di Malaysia berapa gaji doktor pakar. Samada around tu atau kurang dari tu gajinya.
13 Jun 2009/Sabtu/Mekah(Ziarah)

Kami ziarah Hudaibiyah, Ja'ranah, Ladang Unta, dan berpeluang untuk minum susu unta. Balik dari ziarah, saya dan 5 6 orang lagi pergi cari nasi beriyani kambing kat restoran yang berhampiran hotel. Malangnya, kedai banyak tutup, sebab mereka akan buka selepas Zohor.
14 Jun 2009/Ahad/ Mekah - Jeddah- Bahrain
Pada pagi 14 Jun, kami berkemas untuk bertolak ke Jeddah. Sebelum pulang, saya pergi buat Tawaf Wida'. Masa buat Tawaf Wida', perasaan kembalik sayu. Sekali lagi air mata menitis. Bukan setakat menitis, tapi menangis!!! Sedih. "Ya Allah, Jadikanlah ini ziarah pertamaku, bukan ziarah terakhirku. Murahakan rezekiku, keluargku dan kenalan-kenalanku untuk datang bertemu denganmu lagi."
Selesai melakukan Tawaf Wida', kami bertolak ke Jeddah dengan menaiki bus, and then meneruskan perjalanan dengan menaiki pesawat Gulf Air menuju ke Bahrain.

15 Jun 2009/Isnin/KLIA
Bila dah nak sampai Malaysia, tiba-tiba rasa rindu kat family. Dah tak sabar nak jumpa. heheh.
Itu sahaja pengalaman 2 minggu di Haramain. Kalau ditanya perasaan ketika didepan Ka'abah dan di Masjid Nabawi, saya susah nak describe. Kalau nak tahu selebihnya, Pergi dan merasainya sendiri. InsyaAllah, anda pasti akan merasainya sendiri.
"Semoga kita semua akan menjadi tetamu Allah yang paling istimewa. InsyaAllah"




No comments:
Post a Comment