Thursday, July 21, 2011

Singkatnya Hidup Ini.


Dan sebenarnya, kadang-kadang saya ada rasa terkilan dan menyesal dengan zaman persekolahan saya. Bukan menyesal dengan tempat persekolahan tetapi menyesal dengan diri sendiri.

Setelah dikonklusi, baru saya faham kenapa ramai ilmuan tidak gemar dengan sistem pendidikan negara ini. Exam Oriented!

Exam oriented atau Berorientasikan peperiksaan akan melahirkan banyak pelajar yang suka menghafal dari memahami sesuatu benda. Teori ini benar! Kerana sayalah salah seorang daripada itu.


Saya menyesal dengan sepenuh hati kerana tidak dapat hadam dengan baik apa yang saya belajar dizaman persekolahan dulu. Terutamanya ketika sekolah menengah.

Akidah, tauhid, hadis, tafsir, akhlak , sirah nabawi, bahasa arab, nahu dan sorof, adab, faraid, balaghah, usul dan qawaid figh, fiqah, semuanya dihafal semata-mata untuk peperiksaan!

Hasilnya sekarang, saya harus mengulangkaji kesemuanya semula pada masa kini!

Baru saya tahu, benda yang dulu saya belajar sangat berguna dalam kehidupan kita sekarang. MasyaAllah. Dan saya tidak mahu menjadi orang yang mengasingkan ilmu-ilmu Allah.

Mungkin ada yang hadam akidah dan tauhid tetapi tidak memahami usul fiqh dan qawaid fiqh. Susah juga.....


"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu ikut langkah-langkah syaitan. Sungguh ia musuh yang nyata bagimu." (Al-Baqarah: 208)


Tetapi...

Saya masih bersyukur, Allah ma
sih membuka mata saya dan memberi peluang kedua untuk mengulangkaji semua itu.


Alhmdulillah thumma Alhamdulillah thumma Alhamdulillah.



"Mengaji Hadith secara riwayatan tanpa dirayah, boleh menghasilkan golongan literalist bodoh sombong (Muslim Girondists), apabila Usul Fiqh, Fiqh, Tarikh dan himpunan ilmu-ilmu Islam lain mereka bakul sampahkan. Besarnya tanggungjawab menyembuhkan kecelaruan fikir ini hingga agenda menumpaskan kezaliman dan menegakkan keadilan jadi perlahan. Bukan diganggu kuffar tetapi oleh Muslim sendiri" (Abu Saif)

"Mempelajari Tafsir al-Quran, Hadis & ilmunya tanpa digabungkan dgn kefahamn mendalam ilmu Usul Fiqh & Qawaid Fiqh, tak mampu melahirkan seorg yg mampu berfatwa, malah berpotensi melahirkan seorang ahli fatwa yg menyeleweng. Krn itulah ulama berkata, "ahli hadis ibarat pharmacist & ahli usul fiqh serta fiqh adalah doktornya" (Ustaz Zaharuddin)

berbeza ulama dahulu, mrk belajr lengkap hampir semua cabang ilmu, namun akibat pemisahan usuluddin dan shariah, lepasa shariah sbhgiannya 'rabun' ulum hadith dan tafsir, manakal yg belajar usuluddin, 'rabun' ilmu usul fiqh..belajar sendiri tidak sama dgn berguru & berijazah. Sbb tu saya gabungkan BA sy dalam Usuludddin dgn Shariah di peirngkat MA & PhD agar sedayanya mengelak dari sekulariasi tadi." (Ustaz Zaharuddin)




No comments: