Monday, July 18, 2011

Masa Kita Pasti Akan Tiba

Apabila seseorang mendapat penyakit yang "berat", dia seolah-olah dapat rasa masanya akan tiba(Mati) dengan cepat. Dia akan berusaha keras menanam didunai untuk menuai hasil diakhirat kelak dan itulah hikmah Allah bagi orang yang mendapat penyakit. Bagi yang sihat walafiat, kadang-kadang kita(saya) leka dengan kehidupan dunia sehingga kita lupa untuk bersungguh-sungguh beribadah kepada ALLAH dan mentaati perintahNYA. [Apabila ajal sampai, ia tidak akan lewat atau cepat walau sesaat.]



Al-fatihah


buat Allahyarhamah Dr. Lo'Lo' Ghazali atas pemergian beliau pada 15 Sha'aban/17 Julai 2011, jam 10.15 malam. Berehatlah engkau di dunia yang kekal abadi. Kutiplah hasil tanamanmu didunia ni. Engkau srikandi islam!!


Saya pernah berjumpa dengan Arwah Dr. sekali. Dalam keadaan uzur, beliau masih sempat menghadiri program. MasyaAllah. Beliau seorang yang kuat semangat.

Teringat mengalaman dengan Arwah Dr. ketika dalam program, ada beberapa orang anak muda bangun dan terus keluar. Terus beliau menegur sikap anak muda yang tanpa memberitahu sebab(kurang sopan) dan terus keluar dari program.

Jelaslah menunjukkkan Arwah Dr. seorang yang sangat mementingkan sikap, moral dan akhlak anak muda. ;'(






Saya selalu susah hati bila memikirkan tentang MATI.


*sebab masih ada hutang PTPTN dan cars installment*

No comments: