Friday, July 22, 2011

"Kenapa Allah Tidak Bagi Kita Tengok Dia?"

Alhamdulillah, Saya dilahirkan dalam Islam. Saya juga bersyukur diberi didikan agama yang baik serta berpeluang bersekolah agama. Alhamdulilillah!

Walaubagaimana pun, masih banyak persoalan-persoalan yang timbul dibenak kita ini kadang-kala tidak dapat dijawab dengan sendiri. Saya sendiri, perlukan seseorang yang boleh saya percayai untuk menjawab persoalan-persoalan yang rumit.

Adakah anda pernah terfikir hal seperti dibawah ini?

SOALAN MAUT

“Saya rasa, Allah bagi semua benda supaya kita percaya Dia. Bagi Quran, bagi alam semesta dan macam-macam lagi. Tapi satu sahaja yang Allah tak bagi. Dan saya rasa disebabkan oleh Allah tak bagi yang ini, saya susah nak bulatkan kepercayaan saya kepada-Nya. Kenapa Allah tak bagi kita tengok Dia?” tanya Salina.

Sepi seketika.

Nampaknya semakin ramai yang menyertai perbualan kami. Bagus sebenarnya dikosongkan waktu antara Maghrib dan Isyak kerana berdasarkan pengalaman saya, inilah waktu santai yang bisa mencungkil pelbagai cerita yang tidak boleh dicungkil di dewan kuliah.

“Salina pelajar kelas Sains ke?” saya menyoal.

“Ya” jawabnya.

“Ok, ustaz jawab ikut pelajaran Sains awak ya!” saya memulakan jawapan.

Dia mengangguk.

“Untuk membolehkan kita melihat sesuatu, benda itu mestilah lemah. Lemah dalam erti kata ia perlu tunduk kepada undang-undang tertentu. Awak rasa undang-undang apa?” saya mengujinya secara bertahap.

Sunnatullah!” katanya. Mungkin memetik kuliah saya sebelumnya.

“Kita ketepikan istilah Sunnatullah. Kita guna istilah yang awak lebih familiar. Benda yang kita nak tengok, ia kena lemah dalam erti kata, ia kena tunduk dan tertakluk kepada hukum Sains. Ia perlu berimej. Cahaya dan rupanya mestilah boleh dilantun ke mata, ditafsirkan oleh mata, dihantar ke otak dan difahami sebagai apa dan apa. Kita tidak nampak Allah sebab Allah berada ‘di atas’ undang-undang tersebut. So, apa sahaja yang mampu dilihat oleh mata, adalah lemah, dan ia adalah makhluk, bukan Tuhan. Sebab ia tertakluk kepada hukum alam iaitu Sains” saya mencuba perlahan-lahan.

Terkenang diskusi saya bersama Prof. Khazani dan beberapa orang rakan tentang hal-hal sebegini. Memanfaatkan Sains untuk mengukuhkan kepercayaan.

“Maksud ustaz, bukan Allah tak bagi kita tengok Dia, tapi kita yang tak mampu tengok Dia?” tanya beliau.

EXACTLY!!! Benar. Betul sekali” saya terpana dengan kesimpulan yang dibuatnya.

“Itulah makna kita menyebut Allahu Akbar!” saya menambah paku.

Beliau mengangguk.

“Awak rasa macam mana?” saya menyoal.

“Logik. Ok, thanks ustaz. Tu ramai lagi nak tanya soalan kepada ustaz. Saya minta diri dulu” katanya kepada saya. Beliau bangun meminta diri.


Petikan dari blog Saifulislam.com

No comments: