Thursday, April 28, 2011

Keropok Ring, Keropok Sayur...

Rentetan dari akhbar hari ini.

Zaman kecil saya seindah orang lain juga. Alhamdulillah. Saya juga sentiasa merasakan diri saya sangat istimewa. Ah, biar orang kata, "perasan bagus", tapi itulah hakikatnya. Sebagai anak, saya sentiasa menyatakan yang mak saya yang terbaik dalam mendidik anak-anak.

Mak agak garang semasa kami kecil. Saya dan adik-beradik yang lain tak pernah membahasakan diri "aku" atau "engkau" atau "kau." Mak marah berkata begitu. Kalau perkataan aku, engkau dan kau pun dah marah, apatah lagi perkataan mencarut seperti babi, bodoh, gila, bangang, dan sebagainya. Saya yang tercakap atau sengaja cakap, siap la! Penampar halus atau cubitan yang akan dapat.

Itu bab perkataan, belum lagi bab permakanan.

Bab permakanan, saya dibiasakan untuk minum air putih di awal pagi sebelum makan makanan lain. Jadinya, sampai sekaranglah saya akan minum air putih dulu sebelum makan. Kalau tak minum air putih dulu, saya rasa mcm melanggar peraturan dan sampai sekarang jugalah mak akan tanya samada kami adik beradik sudah minum air putih atau belum di awal pagi walaupun kami sudah besar. haha.
Itu bab air putih, ini bab makan jajan pula. huh! mak cukup-cukup marah kalau kami nak beli jajan. Memang tak bagi langsung. Katanya ada MSG la, perisa yang tak bagus la. Macam-macam. Jadinya, kami kecil-kecil dahulu, cukup takut untuk beli jajan di sekolah. Tapi ada juga kadang-kadang beli sebab dah terliur sangat, malangnya balik rumah kantoi. Macam mana boleh kantoi? Mak bau jari saya. Jajankan kuat perisanya. Mana nak hilang kalau dah balik rumah. hahah. so, saya beringat-ingatlah. Kalau 2000 orang macam saya, jajan mesti tak laku ditepi sekolah. Kesimpulannya, segalanya bermula dari rumah. Didikan ibu bapa. Kita tak boleh nak salahkan peniaga diluar saya. Wallahu'alam.


No comments: