Wednesday, April 27, 2011

Entry Ke-3 Dalam Satu Hari

Dah lama tidak kemaskini blog. tup-tup, terus 3 entries. haha

Alhamdulillah, habis belajar bulan 12 tahun lepas. Saya mula mencari kerja sebulan selepas tamat belajar. Cari punya cari, masih tiada rezeki. Akhirnya, saya bekerja di sebuah IPTA sebagai admin assistant cum personal assistant. Tetapi....saya hanya bekerja lebih kurang seminggu sahaja. Ada sebab-sebab tertentu yang membuatkan saya "TERpaksa" berhenti. Saya kembali memerap dirumah senyap-senyap. Segala duit simpanan saya pun makin menyusut. T_T.

Walaubagaimana pun, akhirnya Alhamdulillah saya sudah kembali bekerja sebagai guru ganti di sekolah rendah. Merasa juga saya nak jadi cikgu. Saya ingat kerja guru ni mudah. Lebih mudah dari kerja di pejabat. Rupa-rupanya, MashaAllah! hanya yang pernah jadi guru sahaja memahami keadaannya. Dek kerana minat, saya meneruskan tugas-tugas yang diamanahkan. Semoga saya terus cekal mendidik anak bangsa. InsyaAllah.

Apa-apa pun, seronok sangat jadi cikgu ni. Yang tak seronoknya, saya takut tengok budak-budak gaduh. wakakaka.. gerun maa.. Dorang suka tendang-tendang sesama sendiri. Alhamdulillah diaorang tak tendang saya.

oh ya, 4 Amanah ialah kelas yang paling hujung. Kebanyakkan daripada mereka dari kelas pemulihan. Masalah keluarga, masalah ayah yang kerja tidak berapa bagus, dan sebagainya. Tetapi masih ada yang datang dari keluarga yang baik-baik. InsyaAllah.

No comments: