Wednesday, April 27, 2011

Tiba-tiba...

Assalamualaikum.

27 April 2011.

Saya ke kelas 4 Amanah lagi. Kelas yang terlalu "istimewa" di hati saya. Setiap kali saya hendak masuk kelas tu, saya akan berdoa seperti ini.

"Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosaku dan anak-anak muridku. Ya, Allah, engkau turunkanlah seberapa banyak malaikat untuk membantu aku mengajar dan jadikan mereka anak yang soleh dan solehah."

Ini la doa saya. Saya akan beristiqfar, beristiqfar, dan terus beristiqfar sebelum masuk kelas itu.

Hari ini, masih ada pelajar yang suka bergaduh sesama sendiri. Geram?? Oh,sudah semestinya. Tetapi saya cuba sedaya upaya untuk memendam perasaan geram atau benci saya pada 4 Amanah kepada orang lain. Kerna, masih ada pelajar 4 Amanah yang lain yang saya sayangi dan kasihi. Malangnya, kadang-kadang saya terluah juga. Cuma jenis luahan saya tu berbunyi macam ini.

"Pelajar Kelas 4 Amanah bergaduh lagi. Macam mana saya nak buat? Saya takut la."

Pelbagai cara saya lakukan. Kurangkan marah, bercakap lembut, memberi upah, dan sebagainya. Tetapi mereka tetap suka bergaduh sesama sendiri. Ya! Saya tahu, masih ada cara lain yang lebih efektif dan berkesan iaitu, jangan tinggal solat malam atau solat tahajjud. Walaubagaimana pun, saya harus terus bersabar. Indahnya pasti ada.

Fasobrun Jamil! Wallau'alam.

No comments: