Sebenarnya itu hanyalah alasan retorik. Saya bersekolah menengah di Kelantan selama hampir 7 tahun. Saban tahun memang tidak akan berkesempatan untuk "menyerbu" pesta buku ini. Selepas 7 tahun di Kelantan, saya terbang pula ke Sarawak selama hampir 3 tahun. Kira-kira 10 tahun saya diperantauan (cewaaah). Memang la saya tidak berkesempatan! Okay, alasan kukuh! hehe
Sebagai seorang pelajar sebelum ini, saya hanya mampu memperuntukkan RM200 sahaja untuk membeli buku di sana. Alhamdulillah. Walaupun tidak cukup, saya buat-buat cukup. Tapi pada tahun ini, kali ini (dah bekerja, tapi tak dapat gaji lagi), saya hanya mampu habiskan kurang dari RM100 sahaja. Kenapa? Sebab saya datang hari minggu yang mana orang terlampau ramai (sesak-badak bak kata Pn. Ainon PTS). Saya mudah rimas dengan orang ramai. Nak membelek buku pun saya jadi malas. Jadi, saya hanya membeli apa yang saya nampak dan mudah dicapai. *Kesudahannya nanti, saya akan cari buku di Pustaka Mukmin Jalan TAR sahaja*
Walaubagaimana pun, saya sangat suka PBAKL ini. Meriah dan gembira kerana banyak orang datang untuk memborong buku. Ada sesuatu perasaan unik di situ. Para bapa atau ibu sanggup membelanjakan duit untuk membeli buku, itu satu perkembangaan yang baik. Alhamdulillah.
Walaupun PBAKL telah berlangsung seminggu yang lalu dan hari ini adalah hari terakhir, suka untuk memberi tip-tip untuk "menyerbu" pesta buku ini pada tahun akan datang.
Antara tip-tipnya:
- Elakkan datang pada hari minggu. (Dah bekerja, kena juga datang hari minggu. Rempuh sajalah labu)
- Memakai pakaian yang selesa. (Elakkan memakai kain yang panas)
- Elakkan membawa anak-anak kecil. (Baby terutamanya, kerana bagi yang membawa stroller akan menyusahkan orang lain serta membebankan diri ibu bapa itu sendiri)
- Membawa beg sandang atau beg beroda.
- Membawa telekung bagi perempuan.
- Membawa air mineral sebagai bekalan.
- Makan dahulu sebelum pergi. (Sebagai tenaga untuk ditolak)
- Pastikan kita tahu buku yang akan dibeli itu keluaran syarikat buku yang mana. Ini memudahkan kita untuk terus ke booth tersebut.

No comments:
Post a Comment