Bagaimana untuk memperbaiki Bahasa Inggeris agar menjadi fasih?
Saya pernah dua kali mencuba untuk menceburkan diri ke bidang perguruan, tapi tidak pernah berjaya setakat ni. Pertama selepas SPM, kedua selepas Diploma. Mak saya kata, memang bukan rezeki saya kot. Dulu mak pun cuba menceburkan diri ke bidang perguruan, tapi tak pernah berjaya. Mungkin nasib saya sama seperti mak? oh tidak. Saya masih mahu mencuba selepas habis pengajian peringkat ijazah. InsyaAllah. Sepupu saya enam kali mencuba, dan akhirnya ada juga rezeki. Sekarang dah jadi cikgu pun. Alhamdulillah. Saya mahu menjadi pendidik sebab mahu berkongsi ilmu agar pelajar menjadi pandai, cerdik dan berfikiran kreatif dan inovatif.
Okay, bukan saya nak cerita pasal bidang ni, tapi saya kongsi pendapat bagaimana untuk memperbaiki atau mempertingkatkan Bahasa Inggeris agar menjadi fasih.
Saya bukan kategori yang "fluent" ketika speaking in English, tapi sekadar Broken English boleh la. Masih dalam proses PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN. Baru-baru ni, buka TV tiba-tiba terdengar YB berbahas di Parlimen mengenai pelajar buta huruf. Paling tinggi di Kelantan.
"Kenapa peratusan pelajar buta huruf semakin tinggi terutamanya di Sekolah Kebangsaan?Adakah disebabkan silibus buku teks yang tidak berkesan? Kenapa peratusan buta huruf di Sekolah Kebangsaan Jenis Cina rendah?"YB pembangkang bertanya
"Peratusan buta huruf di Sekolah Kebangsaan Jenis Cina rendah sebabnya mereka belajar Matematik dan Sains dalam bahasa ibundanya, oleh sebab itu lah kami memberhentikan PPSMI."berkata YB dari pihak kerajaan. [sekian lama baru nak berhenti..!]

Sekian lama banyak pihak tidak bersetuju dengan PPSMI, baru ada tindakan yang diambil. Sudah terhantuk baru terngadah.
Sebenarnya, untuk memperbaiki Bahasa Inggeris agar menjadi berkesan, bukan dengan cara menukarkan Matematik dan Sains ke Bahasa Inggeris tetapi harus mencari alternatif untuk menukar cara pembelajaran dan pengajaran di kelas. Terutamanya cikgu. Cikgu harus mencari jalan untuk menjadikan kelas Bahasa Inggeris itu berkesan. Bayangkan bermula dari darjah satu sehingga tingkatan lima, tapi pelajar masih tidak dapat menguasai bahasa itu.
Penyelesaian..
Selepas habis ditingkatan tiga, saya mendaftarkan diri ke kelas insentif Bahasa Inggeris. Saya boleh dikatakan ZERO dalam bahasa ini. Pada pendapat saya, cara mudah untuk menguasainya adalah melalui listening, reading, speaking and playing. Itu yang saya pelajari ketika mengikuti kelas insentif. Secara automatik kita akan tahu cara penggunaan tatabahasanya. Selebihnya kita kena berusaha sendiri terutamanya untuk penambahan vocabularly. Rajin-rajin la membaca buku inggeris ye. Baru saya tahu yang Bahasa Inggeris ni sebenarnya senang. Yang penting, CONFIDENT..!!
Bagi yang boleh menguasai Bahasa Arab, anda boleh tukarkan Nahu Sorof kepada Grammar. Sangat mudah dan berkesan. InsyaAllah. Selamat mencuba!

2 comments:
Salam.
Betul tu, Bintuhood. Bahasa Inggeris memang tak sesusah orang cakap. Yang penting, kena ada minat and ada usaha nak kuasainya...! :-) tak tepat grammarnya takpe, janji faham ;-)
Cari kawan yang sama2 ada semangat nak belajar, sama2 practice speaking dengan satu sama laen. Lama2 (lepas seminggu pun akan nampak kesannya klau buat betul2), akan nmpak perubahan pada confidence dan kefasihan bercakap tu sendiri...
Selamat mencuba...!
(luahan hati budak TESL.hoho) ;-)
Salam..
itu dia luahan hati teacher kita..Thanks Iman..(",)
Post a Comment