Sunday, December 6, 2009

Bersederhana Dalam Semua Perkara dan Urusan

Adapun dua kaki hendaklah diguna sepenuhnya untuk memperkukuh persahabatan. Berwaspada agar tidak melangkah untuk duduk ke hadapan kecuali sekadar mana peluang yang diberi untuk berbuat demikian.

Jangan gunakan kaki untuk tujuan duduk rapat dengan seseorang, kecuali setakat mana kesempatan yang diberi untuk berbuat demikian.

Apabila kawan dikenali atau siapa saja yang datang, hendaklah segera bangun berdiri tanda hormat mengalu-alu dan selamat datang atas kehadirannya.

Duduklah dengan tawaduk di mana saja diberi kesempatan duduk. Berbeza dengan duduk atas urusan Allah S.W.T pada saf dalam masjid yang mempunyai fadilat tertentu, Tuhan yang mengatur cara dan kaedahnya iaitu dituntut duduk di masjid pada saf pertama di hadapan.

Dilarang pergi ke saf hadapan dengan cara melangkahi bahu orang yang duduk di masjid. Cara mengatasinya ialah penuhkan dahulu saf hadapan.

...........................................

Sumber:Harakah/Fikrah 20 - 23 Zulhijjah 1430 H
Dari :TGNA

No comments: