Tuesday, December 8, 2009

Taharah@Bersuci

Sabda Nabi:

"Kebersihan itu separuh daripada Iman"

Taharah@bersuci merupakan suatu tugas yang begitu penting dalam kehidupan seseorang muslim kerana ia punca atau asas penerimaan segala alam ibadat. [Indahnya Hidup Bersyariat, Ust Ismail Kamus]

"Macam mana sebenarnya nak mandi hadas besar?" Tanya sahabat saya

"Kamu rasa macam mana?" Saya bertanya kembali

"Banyak step la. Kene shampoo, mandi bersih-bersih, kena mandi lama-lama. errkk..Tapi betul ke?"Berkata sahabat saya

"Sebenarnya rukun mandi hadas besar ada dua sahaja. Pertama niat dah kedua meratakan air keseluruh anggota badan." Jawab saya

***********************************
Saya perhatikan, ramai yang tidak tahu rukun mandi hadas besar hanya dua perkara. Kadang-kadang mereka merasakan mandi hadas besar ini sesuatu yang berat sedangkan ianya ringan. Perkara ini lah yang menyebabkan mereka terutamanya "perempuan" sangat liat untuk mandi hadas besar. Ini juga menyebabkan mereka selalu melewat-lewatkan solat setelah bersih dari haid. Please, don't do that..!!

Hadis Nabi:

"Apabila Nabi SAW mandi daripada janabah, Baginda mulakan dengan membasuh kedua-dua tangannya."

"Kemudian Baginda mencurahkan air dengan tangan kanannya ke atas tangan kirinya, lalu membasuh kemaluannya." [Riwayat Muslim]

Noktah...

***********************************

Saya cukup susah hati apabila keluar berjalan-jalan@bersiar-siar dan apabila tiba masa untuk membuang air kecil mahupun air besar. Ini kerana saya perlu menjaga kebersihan agar tidak terpercik air kencing ke pakaian saya. Pakaian itu akan digunakan untuk dibawa solat.

Saya perhatikan orang di sekeliling saya[terutamanya perempuan], kadang-kadang mereka akan masuk tandas dahalu sebelum bersolat. Bagi yang pakai seluar, kadang-kadang juga mereka hanya menyinsing seluar ke paras lutut sahaja untuk melepaskan hajat. Bagi yang pakai selain dari seluar, okay la sikit, sebab senang untuk menjaga pakaiannya. Saya pelik, bagaimana mereka boleh menjaga pakaian mereka agar tidak terpercik air kencing?? Setahu saya, apabila kita buang air kecil[lebih-lebih lagi tandas mengcangkung], air kencing itu akan terpercik di sekeliling tandas, jadi bagaimana mereka boleh tidak perasan hal yang demikian??

Pakaian-pakaian itu dibawa untuk bersolat. Jaga solat anda agar diterima oleh Allah.

Bagi yang berjaya menjaga kebersihan, saya ucapkan tahniah kerana anda telah menyempurnakan separuh daripada iman.

Hadis Nabi:

"Solat itu tiang agama, sesiapa mendirikannya bererti dia mendirikan agama, dan sesiapa yang meninggalkan bererti dia meruntuhkan agamanya."

p/s: pesanan ini adalah untuk diri sendir dan juga sahabat-sahabat.


No comments: