Wednesday, December 16, 2009

Dunia oh Dunia

Masalah dunia yang tidak akan selesai melainkan adanya HUKUM HUDUD


Adegan Terlampau. Credit to Harian Metro

Tiba-tiba pagi ni saya rajin duduk depan TV. Cadangnya nak tengok berita pagi tapi tak sempat. Lambat on TV. Jadi saya tengok MHI-Malaysia Hari Ini-. Ada berita yang selalu kita dengar. Rogol, zina, merompak, mencuri, mengandung anak luar nikah. budak belasan tahun mengandung, menagih dadah dan sebagainya. Dan pagi ni, pengacara MHI Ally dan Wardina[Terkedu+sedih] baca satu berita yang mana budak perempuan 14 tahun "dikendurikan" oleh lima lelaki. MasyaAllah. 14 tahun kawan-kawan..!!! 14 tahun. Sangat muda.

Ada beberapa pandangan dari ibu bapa yang menelefon MHI berhubung isu ini. Antaranya kawalan ibubapa itu sendiri. Pelbagai pandangan diberi oleh ibu bapa yang menelefon pihak MHI. Saya kira ibu bapa yang menelefon ini sangat mengambil berat hal kebajikan anak-anak mereka. [Yang tidak telefon tu ambil berat juga]

Pada pandangan saya anak-anak mesti[wajib] diberi didikan agama yang mencukupi. Bukan setakat bapa imam, anak pun okay. "Iman tidak dapat diwarisi oleh seorang bapa yang bertaqwa" Song by Raihan. Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam kehidupan anak-anak. e.g Ibu bapa kena paksa anak-anak sekiranya tidak solat atau tidak menutup aurat. Parents have power on their children.

Seandainya mampu untuk hantar anak-anak ke sekolah agama, hantarlah. Di situ banyak tarbiyah yang ada dan kadang-kadang ibu bapa sendiri tidak mampu untuk mentarbiyah anak-anak sendiri. Bukan Sekolah Kebangsaan Menengah tidak mampu tarbiyah tetapi alangkah bagusnya anak-anak bersekolah dalam suasana yang soleh dan solehah. Saya yakin, sekiranya ibu bapa pernah menghantar anak-anak ke sekolah agama tetapi masih berakhlak buruk, percayalah anak-anak itu akan sedar suatu hari nanti kerana meraka ada ilmu agama. Bagi yang tidak bersekolah agama, saya yakin anda ialah yang terbaik akhlaknya. Saya tidak "bias", saya tidak "stereotype" . Harap maklum

Sampai hari ini saya masih terpikir dan terus terpikir mengenai sesuatu hal iaitu aurat@pakaian anak-anak[terutamanya perempuan]. Saya bagi situasi.

  1. Ibu bapa pakai tudung labuh@kaki masjid dan berkopiah@kaki masjid tapi anak-anak masih pakai baju t-shirt paras-paras pinggul dan berseluar jeans dan slack agak ketat, tudung tidak menutupi dada. Apakah ibu bapanya tidak terjentik hati untuk menegur atau dah tegur tapi anak-anak buat tidak tahu sahaja?
  2. Ibu yang memakai tudung dan anak-anak perempuan tidak bertudung. Apakah perasaan ibu bapa nya?
  3. ETC

"Barangsiapa yang mempunyai tiga orang anak perempuan atau tiga saudara perempuan, atau dua anak perempuna atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan terhadap pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa serta bertanggungjawab maka baginya syurga"
(hadis nabi)

"Hendaklah mereka itu melabuhkan tudung sampai ke dada dan janganlah kamu mendedahkan aurat dan perhiasanmu kecuali yang terzahir"
(An-Nur:31)


"kadang-kadang ibu bapa takut anak gadisnya tidak kelihatan cantik sekiranya berpakaian tertutup. Takut tiada lelaki nak masuk meminang atau jatuh cinta dengan anak gadisnya". Kata seorang sahabat saya

"eh, muda lagi la. Orang tua je kena pakai tudung. Nanti bila dah tua baru pakai tudung". Jawab kawan saya

"InsyaAllah, saya akan pakai tudung bila sampai waktunya". Kata kawan saya

Semoga anda semua diberkati dan dilindungi serta diberi hidayah oleh ALLAH. InsyaAllah

Saya sangat bersyukur kerana tidak mempunyai adik-beradik perempuan yang lain. Saya tiada kakak dan adik perempuan. Alhamdulillah. Saya hanya jaga diri sendiri.

Apa-apa pun, saya mengucapkan syabas dan tahniah bagi sesiapa yang mempunyai adik beradik perempuan yang menutup aurat sepenuhnya dan tidak lupa juga bagi yang lelaki. Mabruk Alaikum





No comments: