Bismillah..
Bersedekah.
4 hari lepas pulang ke kampung untuk menziarahi saudara mara. Seperti biasa, dua soalan popular yang akan ditanya bagi golongan yang muda belia seperti saya. Soalan pertama; "Bila mahu berkahwin?" dan soalan kedua; "Kerja apa sekarang?"
Secara jujurnya saya suka memilih untuk menjadi suri rumah apabila berkahwin nanti dan secara puratanya ramai yang menyanggah pendapat saya untuk menjadi suri rumah. Faktornya adalah DUIT. Zaman sekarang, apa yang tidak menggunakan duit? Masuk tandas pun berbayar. Okay, saya setuju tang itu.
Saya menyimpan azam, sekiranya berkahwin dengan orang yang "berkemampuan", saya nak minta jadi suri rumah sepenuh masa. Tetapi sekiranya bakal suami berekonomi sederhana, saya rela untuk bekerja dan tetap menjadi suri rumah juga. Itu tugas biologi. No choice.
Walaubagaimana pun, semasa pulang ke kampung, saya memperolehi satu pendapat yang boleh diterima akal tentang kenapa kita perlu bekerja. Kesimpulannya, kita bekerja dengan niat kerana Allah Taala dan sekiranya kita mempunyai pendapatan sendiri serta banyak, kita boleh bersedekah. Menarik..
"Bekerja dan boleh bersedekah."
Zakat

Saya pernah mencadangkan kepada abah saya untuk membeli dinar emas atau emas. Infonya satu dinar emas bersamaan 4.25gram. Sekiranya kita menyimpan emas lebih daripada 80gram, kita dikehendaki membayar zakat. Jadi, saya cadangkan kepada abah untuk tidak membeli lebih daripada 80gram untuk mengelakkan zakat.
Tetapi saya silap, abah menegur saya kerana hendak mengelak zakat. Sedangkan zakat itu bermaksud penyucian. Saya seharusnya berhati-hati dalam berkata-kata. Astaqfirullahadzim.
Hari ni terbaca status dari FB Fedtri Yahya:
15 penyebab bala:
3. Zakat dianggap rugi.
Astaqfirullahalazdim.
Bersedekah.
4 hari lepas pulang ke kampung untuk menziarahi saudara mara. Seperti biasa, dua soalan popular yang akan ditanya bagi golongan yang muda belia seperti saya. Soalan pertama; "Bila mahu berkahwin?" dan soalan kedua; "Kerja apa sekarang?"Secara jujurnya saya suka memilih untuk menjadi suri rumah apabila berkahwin nanti dan secara puratanya ramai yang menyanggah pendapat saya untuk menjadi suri rumah. Faktornya adalah DUIT. Zaman sekarang, apa yang tidak menggunakan duit? Masuk tandas pun berbayar. Okay, saya setuju tang itu.
Saya menyimpan azam, sekiranya berkahwin dengan orang yang "berkemampuan", saya nak minta jadi suri rumah sepenuh masa. Tetapi sekiranya bakal suami berekonomi sederhana, saya rela untuk bekerja dan tetap menjadi suri rumah juga. Itu tugas biologi. No choice.
Walaubagaimana pun, semasa pulang ke kampung, saya memperolehi satu pendapat yang boleh diterima akal tentang kenapa kita perlu bekerja. Kesimpulannya, kita bekerja dengan niat kerana Allah Taala dan sekiranya kita mempunyai pendapatan sendiri serta banyak, kita boleh bersedekah. Menarik..
"Bekerja dan boleh bersedekah."
Zakat

Saya pernah mencadangkan kepada abah saya untuk membeli dinar emas atau emas. Infonya satu dinar emas bersamaan 4.25gram. Sekiranya kita menyimpan emas lebih daripada 80gram, kita dikehendaki membayar zakat. Jadi, saya cadangkan kepada abah untuk tidak membeli lebih daripada 80gram untuk mengelakkan zakat.
Tetapi saya silap, abah menegur saya kerana hendak mengelak zakat. Sedangkan zakat itu bermaksud penyucian. Saya seharusnya berhati-hati dalam berkata-kata. Astaqfirullahadzim.
Hari ni terbaca status dari FB Fedtri Yahya:
15 penyebab bala:3. Zakat dianggap rugi.
Astaqfirullahalazdim.

No comments:
Post a Comment