skip to main |
skip to sidebar
13 Tahun Dianiaya oleh Sistem Politik Malaysia
Asalnya saya ternampak video "Siti Aminah - 3 tahun di Germany" di youtube. Selepas selesai menonton video, saya terus ke channelnya iaitu "justpLt."
Selepas menonton satu persatu videonya, membaca komen-komen dibawahnya serta mencari sedikit maklumat di Google.com, saya dapati ayah kepada Siti Aminah (dengan isteri ke-dua) ni pernah terkenal suatu masa dahulu. Lepat, seorang pelukis(kot). Anak Lepat dengan bekas isteri pertamanya(Warga Britian) di bawa lari. 13 tahun dahulu. Lepat pernah sakit, pembedahan pankreas disebabkan tekanan perasaan kerana anak dibawa lari dan menganut agama lain. Bukan setakat pembedahan pankreas, malah buah pinggang juga turut rosak.
Doktor turut mengesahkan penyakit-penyakit ini datang kerana terlalu stress. Lepat tidak pernah ambil alkohol atau pun merokok. Doktor siap suggest untuk saman kerajaan sebab kes yang membuatkan Lepat stress.
Anaknya hilang dibawah jagaan pihak berkuasa, bukan di bawah jagaannya. Itu benda yang paling dia kecewa. Tiada tindakan susulan. kes ini masih ON, tetapi macam tu saja. Lepat sayangkan anaknya. Dia risau tentang agama anaknya. Allahuakbar. Dengan rambut dia yang panjang mengurai macam tu, kita silap menilai rupa-rupanya dia masih risaukan anak lelaki remajanya tu.
13 tahun bukan tempoh yang singkat. Dia berusaha, pihak yang bertanggungjawab boleh buat macam tu saja.
He only needs justice but he never gets justice. 13 years ago, he did effort to get back his son. May Allah bless him and his son.
If you free, lets watch this video. Good enough to open you mind. Just spend more less one hour. ;p
No comments:
Post a Comment