Bismillah..
Semenjak akhir-akhir ini, saya sangat beremosi. Banyak benda yang difikirkan. Normal kan apabila usia semakin meningkat, kita akan banyak berfikir perkara-perkara yang lebih berat tanpa membiarkan hal-hal yang remeh?
Baru sekejap tadi, ada seseorang memberitahu saya tentang seorang sahabat baiknya berkahwin tanpa pengetahuan ibu bapa di Golok, Thailand. Saya yang bukan kawan apatah lagi tidak mempunyai hubungan keluargaan melainkan saudara seislam pun sesak dada mendengarnya. Sedih dan berfikir. Seorang anak yang baik, yang solehah sebelum ini boleh terjebak dengan perkara begini.
Jawapanya hanya satu. Allah sedang menguji. Menguji sang anak, menguji sang ibu bapa dan menguji sang keluarga.
"Sekiranya hendak bahagia dunia dan akhirat, bahagiakanlah hati ibu bapa."
- Ini lah perniagaan di dunia yang akan dibawa diakhirat kelak. InsyaAllah. Jaga hati ibubapa, kasihi mereka, sayangi mereka, lindungi mereka.
"Tidak perlu mencari sebab tetapi carilah penyelesainya." (Prof Dr. Muhaya)
Dalam situasi begini, carilah penyelesainya dengan cara yang terbaik. Semoga Allah sentiasa mempermudahkan urusan kita.
Entahlah...
Terlalu banyak yang tidak terluah. Dan sememangnya kita sebagai orang Islam sangat beruntung kerana mempunyai Allah yang Maha Mengetahui. Tidak luah pun Allah tahu isi hati kita.

No comments:
Post a Comment