Indahnya Bersabar Kerana Allah!
Inilah ungkapan yang paling bahagia untuk disebut disaat-saat kecewa mahupun putus asa.
*************************************************
1 Ramadhan 1432h.
Sesudah sahur dan subuh, jam 6.30am saya, abah dan sepupu bertolak ke Teluk Panglima Garang. Tujuan ke sana adalah untuk menghantar sepupu (melapor diri) yang baru mendapat kerja a.k.a training selama setahun di Sime Darby Jomalina Sdn. Bhd., Teluk Panglima Garang
under program Skim Latihan 1 Malaysia. Sekiranya ada rezeki, akan diserap masuk. InsyaAllah. Tujuan kedua adalah untuk mencari rumah sewa.

Waktu lapor diri jam 8:30 am. Kami sampai jam 8:10 am. Alhamdulillah.
Setelah sepupu melapor diri, tinggallah saya dan abah di dalam kereta. Termenung dan berfikir. Kami kena cari rumah sewa untuk sepupu! Mengikut kata sepupu, supervisor nak tolong carikan, tapi wallahualam.
Lebih kurang jam 9 am, abah mencadangkan pergi cari rumah sewa sementara sepupu masuk office dan di "briefing". Maka bermulalah misi kami mencari rumah sewa di sekitar Teluk Panglima Garang. Mula-mula kami mencari sekitar Sime Darby dahalu. Kami harap sangat-sangat agar dapat rumah sewa sekitar Sime Darby saja. Kalau boleh, berjalan kaki sahaja. Sebab sepupu tidak ada lesen apatah lagi transport. 100% mengharapkan public transport. Tambahan pula, dia perempuan.
Cari punya cari, masih tak jumpa juga. Tanya orang sana, tanya orang sini, tak jumpa juga. dalam jam 11.30 am, kami jumpa masjid. Akhirnya kami iktikaf di masjid sampai waktu zohor. Abah cakap baik iktikaf di masjid dulu. Solat sunat dhuha dan hajat. Minta Allah permudahkan
urusan hari itu. Semasa iktikaf tu, hati memang tak senang. Saya ingatkan saya seorang saja yang gundah gulana, rupa-rupanya abah pun gundah gulana memikirkan pasal rumah sewa.
Abah ada juga bertanya dengan orang di sekitar masjid tu, rata-rata mengatakan rumah sewa sudah penuh.
Lunch hour, abah picked up sepupu di office then bawa ke masjid untuk solat zohor. Saya bertanya pada sepupu samada ada kekosongan rumah sewa atau tidak dalam kalangan officemate beliau, malangnya tiada. Makin sedih.... Hampa....
Saya katakan pada sepupu, "solat zohor dulu, then berdoa. Moga dipermudahkan."
After zohor saya hantar semula dia ke office then ke masjid semula untuk picked up abah. Kami memulakan misi kedua untuk mencari rumah sewa lagi. Kali ini sedikit jauh dari building Sime Darby tapi masih boleh menggunakan bus.
Saya kira, daerah Teluk Panglima Garang tu lah kami pusing-pusing. Boleh dikatakan setiap lorong kawasan perumahan teres atau kampung kami masuk. Tapi hampa. Masih belum rezeki. Kami bukan setakat cari begitu saja, kami bertanya juga pada penduduk, tapi masih hampa. Rata-rata tidak tahu mengenai rumah sewa. Dalam kereta, saya dan abah diam je. Tak mampu
nak kata apa. Nak mengeluh lebih-lebih, Allah marah. Dalam hati yakin, Allah sedang menguji kami. Sabar...Sabar...Sabar.. Kami yakin, doa kami dimakbulkan lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan ni.
Tapi sebagai manusia, kami ada juga terkeluar perkataan putus asa. Walaupun sekali dua mengeluh, tapi tetap ada walaupun cuba untuk bersabar. Kami takut untuk mengeluh sebenarnya, takut Allah tarikh nikmat. Astaqfirullah... Tapi termengeluh juga. Abah seorang yang sangat penyabar TERmengeluh juga. Apakan daya, manusia.. Sudah cuba sebaik mungkin.
Saya tak salahkan diaorang sebab saya rasa sekiranya ada orang luar bertanya mengenai rumah sewa sekitar tempat tinggal saya pun saya tak tahu.
Kira-kira hampir asar, saya mencadangkan pada abah untuk masuk satu lagi lorong yang betul-betul berhadapan dengan building Sime Darby Jomalina. Inilah satu-satunya lorong yang kami tidak masuk! Tiba-tiba terdetik untuk masuk di lorong tu.
Disitu ada 6 pintu rumah sewa dan juga rumah-rumah lain. Tapi saya nampak ada salah satu pintu disitu macam kosong. Saya minta abah bertanya pada penduduk samada rumah itu berpenghuni atau tidak. Kebetulan ada orang. Tanya punya tanya, penduduk tu minta abah terus pergi kepada owner rumah sewa 6 pintu tu. Alhamdulillah, owner rumah sewa 6 pintu dekat saja. Sekitar rumah sewa juga.
Tengok jam ada lagi 10 minit nak masuk waktu asar. Abah pergi juga bertanya pada owner rumah sewa 6 pintu tu. Tetapi..... masih bukan rezeki kami untuk mendapat rumah sewa 6 pintu tu. Semuanya penuh.
Tetapi...
Owner tu mencadangkan kami bertanya rumah di sebelah lorong pula. Sebab ada makcik Kelantan yang tinggal seorang. Owner tu cakap, mungkin boleh sewa bilik di rumah tu.
Kami pun ke lorong sebelah, ketuk rumah yang dikatakan oleh owner rumah sewa 6 pintu tu, tapi tak berjawab.
Kami dengan muka hampa, terus ke masjid untuk solat asar. Kami terus berdoa dan berdoa. Waktu makin gelap, rumah sewa masih tak jumpa. Saya dah risau sebab abah cakap kalau tak jumpa rumah sewa, keesokkan harinya saya kena hantar sepupu ke officenya.
AMPANG -> TELUK PANGLIMA GARANG. The journey takes 1 and half hour. *pengsan*
Saya diam... Tak kata apa masa abah bagi cadangan macam tu. Terus berlalu ke dalam surau.
Saya ada juga cadangkan pada abah untuk cari rumah sewa di sekitar Klang, sebab Klang pun hampir juga dengan TPG ni. Lebih kurang 15km. Boleh naik bus. Mungkin 2 bus. Tapi mungkin juga nampak susah. Idea tak relevan! Dia perempuan. Risau dengan keselamatan juga sebenarnya.
Okay, sambung lagi.
Lepas asar, kami terus ke Building and picked up her. It was around 5:45pm. Then, kami terus ke rumah makcik kelantan yang tinggal seorang tu. Dengan harapan, dia nak sewakan bilik.
Before sepupu tu keluar dari building, She did text me and said "rasa tak nak duk sini." I replied and said "Kitaorang dah kat luar building ni. sabarlahhh..." Apa lagi yang boleh saya kata. Perkataan "sabar" saja yang sesuai untuk digunakan.
Muka sepupu tak bermaya. Risau barangkali. After picked up her, kami terus ke rumah makcik tu. and....
ALHAMDULILLAH...
Makcik tu ada di rumah dan ada bilik kosong! syukur+gembira+sedih. Semua ada.
Doa kami dimakbulkan ALLAH! Serious, time tu saya rasa nak menangis pun ada. Sebab hampir satu hari saya dan abah pusing satu TPG untuk cari rumah sewa, akhirnya kami dapat rumah sewa yang betul-betul berhadapan dengan Building Sime Darby dan boleh berjalan kaki. Tempat menunggu bus pun senang. Sebab rumah tu tepi jalan besar.

Yang petak kecil tu rumah sewa, dan petak besar building of Sime Darby. Jalan raya yang memisahkan rumah sewa dan office.
Walaupun rumah tu rumah kampung saja, kami bersyukur. Sewanya pun tak mahal. RM80 sebulan. Termasuk air, api, gas dan sampah.
After semuanya settle, abah ambil keputusan untuk berbuka di masjid saja. Kami berjemaah maghrib, isyak dan berterawih juga di sana. Alhamdulillah.
Saya bersyukur, pada hari pertama Ramadhan, kami berbuka dengan ala kadar sahaja. cukup dengan kurma, sedikit kuih dan sedikit bihun yang disediakan oleh masjid. Lepas terawih, kami singgah makan di restoran berhampiran sebelum hantar sepupu semula ke rumah sewanya.
We safely arrived home at 12.10am. Alhamdulillah.
"Nikmat mana tuhan yang engkau dustakan." (ArRahman:13)
Kami hanya minta pada Allah rumah sewa yang berhampiran saja, tapi Allah hadiahkan bukan setakat rumah sewa yang berhampiran building malah fee bulanan juga murah dan tuan rumah yang sangat baik.
Mulut saya tidak berhenti menyebut ayat di atas sambil mengatakan syukur. Nikmat mana yang saya dustakan???
Indahnya bersabar!

2 comments:
salam. mohon bertanya mengenai sepupu cik/puan. masihkah dia tinggal di rumah mak cik itu. jika sudi, saya ingin meminta maklumat mengenainya
Salam. Maaf ya, sedikit terlewat untuk reply. :)
Macam ni, InsyaAllah, sepupu saya akan keluar dari rumah makcik tu. Mungkin dalam masa terdekat. Kemungkinan besar, bilik yang disewa tu akan kosong.
Jika tidak keberatan, boleh tanya? Nak menyewa bilik ke?
Post a Comment