Monday, August 15, 2011

Pahala Berjalan

Kalau hari-hari biasa, surau yang berhampiran rumah ni sudah ada penceramah tetap.

Tetapi, keistimewaan bulan Ramadhan ini, setiapa malam akan ada penceramah jemputan dari luar Selangor. Yang lebih menarik lagi, kebanyakkan penceramah ini daripada kalangan orang-orang muda.

Bukan maksud saya, saya tertarik dengan mereka, cuma apabila orang muda, berceramah dihadapan orang ramai, siap hafal ayat-ayat Alquran, matan-matan hadis, isi kitab-kitab para ulama', siapa tidak tertarik dengan ilmunya? Rasa takjub tu, MasyaAllah Tabarakallah.

Kadang-kadang, menitis juga air mata mengenangkan diri sendiri tidak sebaik dan sealim para penceramah itu.

Dulu-dulu, mak hantar belajar agama, tidak belajar betul. Belajar pun semata-semata peperiksaan. Kalau mengenangkan zaman sekolah dulu, berapa banyak surah dah hafal, berapa banyak hadis sudah dingati, belajar tafsir alquran, sirah nabawi, fikah (bab faraid yang paling susah nak faham tu), tapi sekarang, segalanya berlalu pergi bagai ombak menghempas pasir-pasir pantai.

Cuba untuk mengingati ilmu-ilmu dahulu, tapi sekarang tetap tidak sama seperti dahulu.

Allahu Musta'an..

********************************************

Malam tadi, ada penceramah yang bernama Ustaz Mizan bercerita, ada seorang pakcik Ali(bukan nama sebenar) ini sudah tua. Pakcik tu sudah tidak mampu untuk kesurau.

Pada sesuatu hari, Ustaz Mizan pulang ke Malaysia. Datanglah pakcik Ali berjumpa dengan Ustaz Mizan sambil menangis.

"Ustaz, pakcik rasa sedih sangat, sebab pakcik sudah tidak dapat ke surau lagi." Mengadu pakcik Ali.

"Kenapa pakcik?" tanya Ustaz Mizan

"Pakcik dah tua dan bukan tidak larat ustaz, tapi sudah longgar. Mudah terkencing tanpa sedar. "

"Tak apa pakcik, Rasullah kata, apabila orang ini sudah biasa dengan surau atau masjid dari zamna mudanya, dan apabila tiba masanya, orang ini sudah tidak mampu kemasjid kerana keuzuran, solat dirumahnya tetap sama seperti dia bersolat dimasjid dan pahala tu tetap berjalan. InsyaAllah." Kata Ustaz Mizan


Setelah pakcik Ali mendengar penjelasan Ustaz Mizan, pakcik Ali berasa tenang hati.

******************************************

Cuba kita bayangkan, dari zaman muda kita tidak pernah./jarang ke surau atau masjid (Lelaki terutamanya), dah apabila zaman tuanya, dia sudah tidak mampu ke masjid, dan terbaring diatas katil, apa lagi pahala yang boleh kita bawa padang masyar kelak?


Wa na'uzubillahiminzalik...

No comments: