
Sedar tak sedar, hari ini sudah 12 Ramadhan 1432H. Alhamdulillah. Cepat masa berlalu tanpa kita sedar. Apa yang penting, tanyalah diri kita, apa yang kita telah buat? Apa amalan yang kita sudah lakukan? Apa yang belum? Apa yang perlu dibaiki?
Tepuk dada, tanya iman!
Jangan tanya selera. Apabila tanya selera, jawabnya NAFSU!
*******************************************************
Kehidupan..
Benarlah kata kebanyakan orang, kadang-kadang apa yang kita mahu, Allah tidak tunaikan tetapi Allah gantikan dengan yang lebih baik. Cuma, kita perlu bersabar. Allah sedang menguji kita. Alhamdulillah.
Kita merancang, tapi Rancangan Allah lagi hebat.
"Saya geram dengan travel agency tu. Dia tak usaha bagi visa saya sampai dapat."kata
saya kepada sahabat dengan keadaan yang sedih.
"Bukan rezeki awak, Hanin." Kata kawan saya.
"Itu lah, memang bukan rezeki saya. Tapi saya geram dengan travel agency tu. Dia buat main-main je. Saya dah planning nak pergi dengan family ke Mekkah" kata saya sambil merungut.
"Awak yang planning, tapi planning Allah lagi hebat." kata kawan saya.

Saya terdiam. Sedar tidak sedar, saya terlupa yang perancangan maha esa itu lagi hebat. SubhannAllah. Iya, saya tak dapat join family pergi Mekkah pada hujung bulan Jun lepas disebabkan tidak mendapat kelulusan visa. Hikmah yang saya dapat, duit saya selamat. hehehe. Apa-apa pun, saya tetap redha dengan aturannya.
***********************************************
Sistematik.
Dalam kalangan teman-teman rapat, saya dikenali sebagai seorang yang agak sistematik. Atau bahasa kampungnya teratur. Semua benda nak teratur. Saya bukanlah yang jenis perfectionist cuma saya sukakan benda yang teratur. Sejujurnya saya hanyalah orang yang simple.
Saya pernah tulis satu planning kehidupan sewaktu di sekolah menengah dahulu dalam satu buku nota. What I want to do in future? What I want to be sooner or later? Benda ni dah lama, tapi baru-baru ni saya buka semula buku itu dan saya dapati, hampir kesemua cita-cita dan impian saya tercapai. Alhamdulillah.
Google.com
Benda ini bukan kebetulan. In Islam, no coincidence, but everything is fated. Also based on our du'a and effort. That's call Qada and Qadar.
Saya kira, apabila kita menulis planning kehidupan di atas kertas, itu dinamakan DOA! Sedar tidak sedar, yang turut sama mengaminkan doa kita ialah para MALAIKAT. InsyaAllah.
Jangan terkejut kalau saya katakan saya sudah draft kad kawin dan list barang hantaran untuk majlis perkahwinan saya. hahahaha.
Mungkin orang lain akan gelak, tapi tidak bagi saya. Ini adalah doa saya. Doa secara tidak langsung. :)
Dari segi cita-cita, saya menyimpan impian untuk menjadi guru. Cuma, masih tiada rezeki untuk menjadi guru tetap. Walaubagaimana pun, Alhamdullilah, saya diterima untuk menjadi guru ganti buat kesekian kalinya.
Untuk kali ini, saya mengantikan guru bersalin untuk mengajar subjek BAHASA INGGERIS. *Pengsan*
Mengajar bahasa inggeris tidak semestinya fluent in english!~~ hehehhe. Jangan salah anggap.
Menjadi guru memang cita-cita sejak azali lagi. Saya berangan untuk menjadi ustazah. Tapi siapa lah saya untuk menentukannya. Saya merancang, Allah yang menentukan.
Maksudnya disini, Allah makbulkan cita-cita saya tapi Allah tak bagi kesemuannya. Saya nak jadi guru, Allah bagi, saya nak mengajar subjek agama, Allah tidak makbulkan. Tapi saya yakin dengan ayat Alquran, "Allah tidak akan membebani seseorang di luar kemampuannya."
Mungkin inilah carannya Allah menghantar saya untuk memperbaiki bahasa inggeris. InsyaAllah.
*Mixed entri* keh keh keh

No comments:
Post a Comment