Sunday, October 16, 2016

PTPTN

InsyaAllah, saya akan berusaha agar keturunan saya tidak meminjam dari PTPTN lagi.  Saya tidak mahu mereka ulangi apa yang saya telah lakukan.  

Memohon

Belajar

Kerja

Bayar Hutang..

Walau bagaimanapun, saya tetap berterima kasih kepada PTPTN kerana dengan duit pinjaman itu, dapat saya belajar dan daftar haji pada tahun 2009.  Buka akaun TH dan terus daftar haji.  RM2000.00. Alhamdulillah. Hiksss.  Daftar haji RM1300.00 Saja. Tapi saya masuk lebih.  

Well done Hanin(Tepuk bahu sendiri).

Kisah PTPTN...

Walau ramai yang marah PTPTN, saya tetap terpaksa bersetuju dengan apa yang PTPTN buat bagi yang tidak membayar pinjaman.  Dah pinjam, then kerja, dapat gaji, apa salahnya kita bayar.  Gaji kecil? Jangan cepat melatah. Pergi mana-mana pejabat PTPTN, jumpa dan runding.  Kalau ada single loan, boleh bayar serendah RM65 saja sebulan.  Yang penting pergi beruding. InsyaAllah selesai. 

Kisah saya....

Al kisahnya, pernah bayar PTPTN ni dalam setahun lebih. RM100 sebulan. Tapi tetap ada tunggakan. Cek penyata di website, pinjaman nampak berkurang.  Tapi apabila cek imigresen, dah kena senarai hitam.   Mula-mula Saya pergi jumpa pegawai PTPTN di TBS.  Bincang-bincang, saya kena bayar sejumlah amount. Saya setuju untuk guna akaun 2 KWSP.  Apabila nak buat pemotongan KWSP, tiba-tiba website KWSP server down.  Tunggu punya tunggu, tak dapat buat juga.  Pegawai berkenaan bagi nombor phone, minta saya contact dia dan dia akan buatkan semula. Esom tu saya whatsapp pegawai tu, no anwser.  Then dua tiga hari whatsapp lagi.  But still no answer.  Saya putuskan, tidak mahu berhubung dengan pegawai tu lagi.  

Selang dua bulan, saya pergi pejabat PTPTN di The Mines.  Dapat Pegawai yang baik hati dan sangat helpful.  Puan Hafsoh.  Please deal with her.  Saya cakap pada dia yang saya dah setuju nak bayar amount yang terdahulu seperti yang pernah saya bincang dengan pegawai kat TBS, terus dia setuju.  Terus dia mohon KWSP, dan dapat sehelai borang bagi memastikan maklumat diri dan jumlah potongan kita betul dan tepat.  Nanti akan dapat mesej dari KWSP minta kita cop(cop ke cap) ibu jari di mana-mana pejabat KWSP.  Selang dua hari saya dapat mesej dari KWSP.  Hari seterusnya saya ke KWSP untuk cop ibu jari.  Sebelum pergi KWSP, kena bawa salinan sijil ijazah/diploma dan transkrip.  Salinan tau. Bukan original. Sebab kena serahkan pada kaunter KWSP nanti.  

Dalam masa 14 hari, duit potongan dari KWSP akan masuk dalam penyata PTPTN kita. Saya rasa dalam seminggu macam tu dan masuk akaun PTPTN.  Saya terus mesej pegawai PTPTN tu untuk tindakan sererusnya. Pegawai tu buat penjadualan dan penggabungan pinjaman saya.  Dia emel saya borang tu dan lengkapkan semua dan hantar pada dia semula. Akhirnya selesai kes senarai hitamkuu. Alhamdulillah. 

Sebelum saya pergi, macam-macam kisah saya dengar mengenai PTPTN.  Hakikatnya saya takut nak deal dengan pegawai PTPTN. Takut tak dapat kerjsama, takut kena marah dan macam-macam lagi.  Tahu apa yang saya buat?  Saya berdoa agar Allah pertemukan saya dengan pegawai yang baik, dapat solusi yang terbaik, dan selesai dengan segera. Alhamdulillah, Allah makbulkan doa saya.    Jangan lupa ucapkan terima kasih pada pegawai PTPTN yang bantu kita.  Dengan ucapan-ucapan yang baik, insyaAllah, pegawai tu pun akan senang hati nak bantu kita.   Dia juga manusia yang bekerja makan gaji.  Masing-masing ada bos. Kalau dia buat silap, dia akan dimarahi oleh Bos.  

Taraaaa.  Boleh pergi melancong lepas ni.  Wink. Wink. Wink. Hikhik


Nh
15102016
Ampang

No comments: