Google.com
Kisah ini diriwayatkan oleh Ibnu Abbas, suatu hari ada orang Quraisy bertanya kepada Nabi Muhammad S.A.W mengenai Ashabul Kahfi, dan Nabi berjanji untuk bercerita keesokkan harinya. Bagaimanapun, Nabi tidak menjawab keesokkan harinya sehingga ke hari ke 15, wahyu masih juga tidak turun. Maka turun ayat 24, memberi pelajaran kepada Nabi Muhammad S.A.W agar sentiasa menyebut Insya' Allah apabila membuat perjanjian.
Kisah ini juga memberi pemakluman kepada kita bahawa Al-Quran itu memang dari Allah, bukan dari Nabi Muhammad S.A.W. Apabila orang bertanya kepada Nabi, Nabi akan menunggu wahyu daripada Allah. Selagi mana tidak menerima wahyu, Nabi tidak dapat menjawab pertanyaan luar.
NH
26082016
Kajang, Selangor


No comments:
Post a Comment