Dalam hidup ini, selain mempunyai hubungan yang terjaga dengan Pencipta, juga hubungan yang sangat baik dengan keluarga yang bahagia, kita juga memerlukan sahabat yang benar-benar sahabat.
Yang mampu bersama kita ketika susah mahupun senang.
Yang mampu kita berkongsi perasaan gembira dan kecewa.
Yang kadang-kadang zero rahsia.
Yang mampu menjaga rahsia kita.
Yang mampu berkongsi masalah.
Yang mampu memberi solusi kepada permasalahan yang timbul.
Yang mampu bersama kita walaupun sudah berkahwin dan mempunyai anak.
Yang mampu menegur kesalahan kita.
Yang mampu bergayut ditelefon mengalahkan orang bercinta(more than 1 hour). hehehe
Yang mampu................ segalanya mampu.
Dan Alhamdulillah, saya memilikinya. Sayangkan mereka sampaikan boleh menangis sekiranya mereka berkahwin. Terasa ditinggalkan walhal mereka tetap ada bersama saya. Iaitu didalam hati saya.
Mereka juga bukan sekadar mengambil berat tentang diri sahabat sahaja, malah turut mengambil berat tentang keluarga sahabat-sahabat.
Bak kata mak saya "Inilah betul-betul kawan yang boleh buat kawan."
Semoga Allah merahmati mereka. "Ampuni dosa-dosa mereka, kurniakan cahaya mata kepada mereka yang belum mempunyai, kurniakanlah suami yang soleh bagi yang belum berteman. "
:)

No comments:
Post a Comment