
Hari ni seperti hari-hari biasa akan ada relief class. Sejak dua menjak ni, ramai guru-guru pergi berkursus KSSR. Apa tu KSSR? Saya pun masih blur-blur. Yang saya tahu, pelajar tahun satu tahun ni dah mula KSSR. Kiranya apabila pelajar tahun 1 2011 ni tidak akan menduduki UPSR. Markah ada lah sepanjang tahun. Eh betul ke? heeee.
Hari ni kali pertama dapat relief kelas agak hujung untuk tahun dua.
Bagi saya, benda ini sesuatu yang baru buat saya. Selepas saya bagi salam dan great Good Morning , pelajar-pelajar terus mengucap dua kalimah syahadah dengan angkat jari telunjuk ke atas.
SubhanaAllah! Terkejut dan tergaman.
Saya puji guru yang mengajar perkara ini. Benda ini nampak mudah, tapi tak semua cikgu Islam mampu dan terfikir untuk melakukan perkara ni.
Mereka sentiasa memperbaharui Syahadah. Sekurang-kurangnya setiap hari dan di waktu pagi ketika mana kita masih belum melakukan banyak hal atau cari PASAL.
I have learned something new! MasyaAllah

No comments:
Post a Comment