Banyak gambar bercuti di KK dalam SD card yang rosak tu. Sayangkan? Tapi tak sempat nak selamatkan lagi. Let bygone be bygone. Trip ni pun dah last two years. Tapi I tetap nak abadikan dalam ni.
Kami plan ke sana pada Januari 2014. Pergi Mac 2014. Dalam dua bulan macam tu buat preparation. Tapi tak rush sangat sebab just over the sea. And You know guys, Kos saya ke sana termasuk Tiket Kapal terbang, makan, tempat tidur, petrol hanya RM500.00. But but but, Don't get me wrong. Boleh ke hanya RM500 sahaja. Yes, memang boleh. Tapi kami ada juga ehsan orang sana. Contohnya kami tak perlu sewa kereta. Hanya bayar isi petrol. Dan kami ada juga tumpang tidur rumah kawan kat sana. I rasa kalau kami fully book hotel dan sewa kereta, Maybe it will cost around RM800- RM1k.
By the way, kalau pergi bercuti, suggest go in group. Less cost, and more fun maybe. Macam kami, kami pergi sana dalam 6 orang, dapat pakai kereta Alza. Jimat sangat isi petrol. Sebab tu RM500 cukup untuk semua termasuk shopping. Haha. Ala, shopping biasa saja. Bukan shopping bersungguh2 pun. Macam beli brooch, amplang, kuih cincin and makanan tradisional Sabah.
Okay, Back to itinery. Trip on 5-8 Mac 2014. 4 days. Fully utilized. Kami ambil flight 6.30 pagi. Solat kat dalam tempat pelepasan. Wuduk ready, masuk waktu terus solat. 6.30 calling. Masa ni subuh macam lewat sikit. Sampai sana still pagi, breakfast dan terus ke hot Spring-Ranau-Kundasang-tidur satu malam-Jalan-jalan Kundasang-balik KK-Rumah terbalik-makan seafood di pasar Filipina- Tidur- ke Jeselton untuk ke Pulau Manukan satu hari-balik tidur-jalan-jalan bandar KK-shopping-balik rumah berkemas untuk balik malam tu. Kami ambil flight Maghrib.
Oh ya, masa ni ada kes MH370, 7hb Mac. Ya Allah, punya takut nak naik flight malam tu. Semua passenger senyap, mulat baca doa semua dan ramai orang focus kat pramugari time instruction keselamatan tu.
Basically, 4 days were enough to spend time in KK. More and less than that, it's up to you. Being me, I always say to myself, I will just go somewhere(travel) once in life. Except Makkah and Madinah. Yang ni memang nak selalu pergilah kan. Hehehe. Always falling in love with these places.
Banyak lagi tempat saya lupa. 2014 punya cerita. Hew hewwww.
05022017
nh
Ampang








No comments:
Post a Comment