Thursday, February 21, 2013

Tuhan,

aku tidak pandai bermadah
aku tidak pandai berbicara
kadang-kadang aku kelu dilidah
terluah hanya didalam hati
meronta bersendirian
menangis teresak-esak
tetapi,
kelu untuk berbicara
walaupun untuk berbicara denganMU
DenganMU, Tuhan yang tidak pernah mengatakan tidak selepas aku berdoa
permintaan yang bermacam-macam
Tuhan yang tidak pernah memperlekehkan doa aku
Tuhan yang sentiasa mendengar.

Tuhan,

aku berdoa
aku berusaha
walaupun hanya usaha yang kecil
aku selalu mengharap ajaiban dariMU
aku masih menunggu dariMU

akhirnya
aku berkata pada diri

"faiza 'azamta fatawakkal 'ala Allah"

ya, aku terlupa untuk bertawakkal.
aku hanya tahu meminta.

Tuhan,

ampunkan aku.






No comments: