Monday, November 30, 2009

Pengalaman @ ???????

Heboh mengenai BTN.

Tiba-tiba teringat pengalaman menyertai program BTN selepas terbaca entry sahabat saya. Saya terpaksa menyertai program BTN sebanyak 2 kali di zaman pengajian. Program yang pertama selama 5 hari 4 malam, dan yang ke-2 selama satu hari sahaja. Sebenarnya banyak juga input yang saya dapat tika program BTN sehari terutamanya mengenai:
  • C4[tahu ke tidak apa kebendanya C4 ni??],
  • PPSMI[siapa tak tahu, memang tipis harapan nak dapat kerja government],
  • ISA[sentiasa hangat diperkatakan],
  • Masyarakt Majmuk[Kumpulan saya dapat tajuk ni(tak menarikkan??), tajuk ini lebih kurang 1 Malaysia] dan
  • macam-macam lagi.
  • Tapi, perkara menyakitkan hati juga banyak.
Bagi program BTN yang 5 hari 4 malam, banyak yang best dan banyak juga yang tidak best. Yang bestnya:
  • Solat berjemaah[Ada ustaz]
  • Makan free+banyak+sedap[Tajaan Government]
  • Aktiviti-aktiviti yang sangat menarik dan mencabar
  • Tidur dalam khemah[satu khemah 2 org].
Yang tidak best:
  • Ada perkara yang menyakitkan hati[boleh merosakkan minda pelajar],
  • Isi ceramah yang tidak berkualiti[ini pendapat saya]
  • Ikhtilat[Perkara biasa bagi "mereka"].
  • Membuatkan saya mengantuk dan mahu tidur...!!
Ada satu malam antara 4 malam tu kami dibawa ke tepi pantai. Setiap peserta akan dipanggil oleh FC. Dalam samar-samar cahaya bulan, ada peserta yang kena marah, ada yang bergelak ketawa dan ada yang kena tinggal berasingan selepas disoal. Mana tak cuak peserta lain. Cuak juga la kan termasuk saya. Bila giliran saya dipanggil, saya disoal beberapa soalan. Seingat saya, saya ditanya sebanyak 5 soalan[berkaitan Malaysia], dan kesemua soalan saya dapat jawab dengan tenang Alhamdulillah. Selepas saya disoal, saya ditempatkan di suatu tempat yang mana hanya ada 12 orang peserta sahaja. Tika tu, semua peserta seramai 70+ orang[kalau tak silap]. Tapi 12 orang diasingkan. Cuak saya tidak habis lagi. Rupa-rupanya seramai 12 orang sahaja yang mampu jawab kesemua soalan-soalan yang ditanya. Agak terkejut juga sebab soalan-soalan yang ditanya tu bukannya susah pun. Antaranya:
  • Siapa nama Agung kita?,
  • Berapa rukun negara?,
  • Nyanyikan lagu negaraku?,
  • Agung sekarang, Agung yang ke berapa?,
  • Siapa nama PM kita?,
  • Sebutkan nama-nama PM yang lepas?,
  • Nama-nama MB negeri-negeri?,
  • Berkaitan sejarah Malaysia dan
  • macam-macam lagi.
Susah ke soalan-soalannya?Anda mampu menjawabnya..hihihi. Akhirnya yang 12 orang selamat dari didenda dan yang selebihnya kena denda masuk kolam yang sangat sejuk jam 3 pagi!!. Dan dapat juga ceramah free dari FC sebab tak arif pasal negara sendiri. hahaha.
So, rajin-rajin la membaca buku, bahan bacaan dan surat khabar[jangan percaya bulat2, selidik dulu] terutamanya mengenai isu semasa.

Bak kata sahabat saya BTN best[betul ke]hihihi tapi bila kena tang best, best la...!!!

2 comments:

Anonymous said...

Hebat ingatan. siap ingat tajuk2 lg.

-Fathi-

NH-Nurhanin Hood said...

Tajuk yang menarik, mesti kena@nak ingat..