Sunday, August 30, 2009

Sambungan

Hati yang busuk

Pisang yang busuk


Salam
Sambungan cerita dari last post:

Begini cerita nya:

Maryam, guru kelas tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg palstik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari, Jadi jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci.
Keesokan harinya, setiap murid membwa beg palstic berisi pisang masing2, Ada yang membawa tiga biji, ada juga membawa lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.
"Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Ini lah permintaannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya."beritahu cikgu Maryam. Kanak2 tersebut menyimpan pisang masing2 di dalam beg.
Hari demi hari berlalu, pisang tesebut mula berbintik2 dan akhirnya menjadi busuk. Kanak2 itu mula merungut dan marah, Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.
Seminggu berlalu, pagi2 lagi murid2 Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.
"Okay semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama semingu?" tanya cikgu Maryam. Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek, dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain, dan menonton TV dengan bau busuk.
"Itulah yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada org lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan memcemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayanbkan apa jadi kalau jamu simpan kebencian sepangjang hidup kamu" beritahu Cikgu Maryam.
Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebib baik daripada membenci. Moralnya, jangan letak pisang dalam beg. Jangan simpan kebencian, dendam kesumat dan apa-apa yang mazmumah dalam hati. Macam pisang yang makin membusuk, begitu juga dengan hati.


p/s: Jangan ada benci antara kita




No comments: